Saturday, March 13, 2010

"Inspirasi Fashion" Host - RTM

We are shooting now this new fashion programme, Inspirasi Fashion, to be aired on RTM soon.




Read more!

Sunday, February 28, 2010

Telemovie TV3


We are shooting now in Ipoh..
Presenting Serapuh Arang, directed by Rashid Sibir
Starring Khatijah Tan, Fizz Fairuz, Fazrul Khan, Julia Ziegler, Norlia Ghani

Read more!

Tuesday, February 16, 2010

Crayon Julia

Oleh MURSHID EUNOS
www.hmetro.com.my


USIA pembabitannya dalam dunia seni lakon masih hijau. Belum lagi dinobatkan dalam mana-mana penganugerahan, namun ia tidak langsung mematahkan semangat Julia Ziegler untuk berasak ke tahap lebih tinggi.

Pengalaman dan keyakinan selepas beraksi dalam filem Kayangan, Cuci, CicakMan 2 dan Jangan Tegur serta Teman Selamanya (Indonesia), sudah cukup memberi suntikan buatnya bergelar penerbit filem.

Sedia atau tidak bukan lagi persoalannya. Sebaliknya, aktres kacukan Melayu Jawa dan Jerman berusia 25 tahun ini kini gigih mencatur tanggungjawab lebih berat dan rumit.


Filem pertama terbitannya, Crayon menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura. Tidak hanya di situ, graduan jurusan Seni Rekaan dari Savannah College, Georgia, Amerika Syarikat ini sibuk meneliti dua lagi skrip yang berkisar mengenai perihal orang kurang upaya dan warga emas untuk diterjemah pada skrin layar lebar sejurus selepas Crayon.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik, keputusan ini bukan suka-suka atau ada strategi tersembunyi, sebaliknya langkah berani ini diambil selepas melihat semula perjalanan seninya yang memerlukan anjakan paradigma.

Selain dapat mengembangkan lagi sayap kerjayanya, status sebagai penerbit dapat memberi lebih kepuasan bagi anak kelahiran Ampang, Selangor ini untuk terus menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif dan dinamik.

“Skrip Crayon ditulis Ainuddin Burhan penuh pengajaran serta hebat plot penceritaannya. Ia terus menarik minat saya untuk menjadikan idea itu kepada bentuk visual.

“Sinopsis yang ringkas berkisar mengenai kehidupan seorang wanita dan perjuangannya terhadap kebajikan anak yatim, sudah cukup membuatkan saya teruja.

“Ilham untuk beralih menjadi penerbit datangnya daripada seorang teman yang kebetulan berminat membuat kebajikan dalam bentuk filem. “Malah saya sudah lama menyimpan hasrat untuk memartabatkan golongan kanak-kanak dalam perspektif saya sendiri.

“Filem ini mengundang teman saya yang juga pelakon berbakat besar, Adibah Nor selaku teraju utama manakala Joey Exists dan Acong tampil sebagai bintang undangan.

“Projek ini tidak akan berjaya jika tanpa bantuan dan sokongan kakak saya yang juga penerbit televisyen, Linda Ziegler selain turut memberi pandangan kreatif terhadap karya pertama syarikat kami, Zioss Film Sdn Bhd.

“Yang pasti, setiap kerumitan yang timbul semakin menajamkan keyakinan serta semangat saya untuk terus berusaha menjadikan Crayon filem pilihan kaki wayang tempatan,” katanya.

Tidak menyenaraikan dirinya sebagai pelakon untuk filem terbitannya, bintang utama drama bersiri Susuk ini hanya mahu memberi komitmen di belakang tabir. Julia berharap Crayon dapat memberi impak tersendiri kepada industri perfileman tanah air.

Gadis yang kini menanti dua filem lakonannya — Toyol Nakal dan Bisikan Suaka — ini menegaskan hasratnya untuk menyambung pengajian dalam bidang perfileman.

Memandang kelas lakonan serta pengarahan sebagai kiblatnya sebagai anak seni, Julia yang kini hampir empat tahun berkecimpung dalam arena lakonan menyedari kemampuannya masih perlu diperbaiki.

Selain itu, gadis lasak yang mengagumi seni kebudayaan ini ingin mencuba sesuatu yang baru dalam dirinya dengan beraksi di pentas teater.

“Saya menganggap jika seseorang pelakon itu benar-benar berbakat, mereka perlu menempuh pengalaman di pentas teater. Jadi itu satu lagi misi saya dalam bidang ini.

“Sejak dulu lagi saya berminat menyertai seni ini, tapi kerana kesuntukan masa ia menyekat langkah saya. Insya-Allah saya akan pergi ke arah itu jika diberi peluang satu hari nanti,” katanya.

Read more!

Saturday, January 16, 2010

Fatimah Juling - Astro


A.Aida production presenting Fatimah Juling for Astro.

Director: Malik Rahman
Stars: Julia Ziegler, Along raja lawak, pierre andre, Jihan raja lawak, Jalil hamid, Mak Jah, Enot, Harun Salim Bachik, and Ekky ( kucing fatimah)

Read more!

Pemandu Jelita




Telemovie comedy directed by Murali Abdullah...dibawa khas oleh Julie Dahlan Production..Miki (julia) merupakan anak tunggal kepada seorang dato ( dato jalaludin hassan). Perjalanan hidup Miki bertukar bila ajib ( zizan nin ) bekerja sebagai bibik dirumah dato... To be telecast over astro... Also staring Hanny, Fizzow, Julie Dahlan, Razi

Read more!

Siung for TV3

Talisman Pictures Sdn Bhd mempersembahkan drama bersiri untuk slot lagenda tv 3 tajuk Siung dibawah arahan Adam Hamid. Drama yang mengisahkan kehidupan siung aka vampire!!! :0

Read more!

Toyol Nakal




A movie directed by Z.Lokman - Artistic Production. 100% shot in negeri dibawah bayu, kota kinabalu sabah..Pelakon dari semenanjung : Abon, Joey Exist, Julia Ziegler dan dari sabah: Aaron, Mimi, Boby..

Read more!

Tuesday, December 15, 2009

"Sade Saadah " - Telemovie ASTRO Prima




My new telemovie. Directed by Pierre Andre. To be telecast over Astro Prima

Read more!

Sunday, November 8, 2009

Julia bukan merajuk


www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Pelakon mahu kembali ke Amerika Syarikat untuk belajar bidang pengarahan filem

SEJAK namanya meniti populariti, pelakon kacukan Melayu-Jawa-Jerman, Julia Ziegler sering dihambat kontroversi. Satu persatu gosip kurang menyenangkan menghimpit diri tetapi gadis berusia 25 tahun itu tidak cepat melatah sebaliknya reda - itulah harga yang perlu dibayar apabila bergelar selebriti.

Sebelum terbang ke Amerika Syarikat, empat bulan lalu, pelakon yang mula meniti nama di bibir peminat menerusi drama bersiri, Susuk itu terpalit dengan kontroversi percintaan dengan pelakon dan pengarah muda, Pierre Andre dan lebih ...

Amengejutkan apabila dikaitkan berlaku perbalahan antara beliau dengan produser filem terkenal, David Teo.

Julia dikatakan sudah menandatangani persetujuan menyertai 14 slot promosi filem Jangan Tegur membabitkan fotografi bersama media, kemunculan di kaca TV dan radio. Pun begitu, pada saat akhir sebelum promosi bermula, Julia hanya dapat menyertai dua slot, sekali gus keadaan itu mendatangkan kekecewaan bagi pihak Metrowealth (MIG) milik David.

Ada yang menganggap sikap Julia banyak berubah disebabkan terpengaruh dengan buah hatinya, Pierre yang ketika itu berdepan konflik besar' dengan David. Bagaimanapun, `tanda tanya' pertelingkahannya dengan David, hanya tergantung begitu saja apabila Julia menghilangkan diri dan terbang ke Georgia, Amerika Syarikat.

Adakah Julia merajuk? Atau apakah Julia cuba melarikan diri daripada kontroversi yang tercetus?

Apabila B*Pop menemuinya dan bertanyakan hal itu, Julia hanya tergelak kecil. Dengan nada perlahan, gadis kelahiran Ampang, Selangor itu mengakui: "Saya tak pernah merajuk atau berkecil hati dengan sesiapa, sebaliknya pemergian saya ke Amerika Syarikat memang dirancang awal, cuma keadaan sering membuatkannya tertangguh.

"Sebenarnya saya terlalu penat bekerja, saya inginkan masa untuk diri sendiri. Saya ke Amerika Syarikat untuk mencari diri, apa hala tuju hidup saya, selain menziarahi kakak dan keluarga. Bagaimanapun, ada yang tersalah anggap, ada yang menuding jari menuduh saya mahu lari daripada kontroversi yang tercetus.

�Dan, membuatkan saya tergelak ada yang menganggap saya bawa hati yang lara selepas putus cinta dengan Pierre. Saya bukanlah seorang yang cepat mengalah dalam hidup, saya sudah semakin lali dengan kontroversi apabila bergelar anak seni.

"Cuma ketika itu, saya tidak mahu memanjangkan perbalahan, saya tak mahu ada hati yang terus terguris dengan kenyataan saya. Tidak guna terus bertelingkah dan bersikap seperti budak sekolah, ia lebih mengusutkan keadaan dan mencemarkan nama. Sebenarnya, bukan saya tidak mahu bekerjasama dengan David, saya memang teruja nak mengikuti rangka promosi filem Jangan Tegur kerana saya sedar, itu antara filem terbaik lakonan saya.

Nafi dihasut Pierre, akui hubungan rapat

"Bagaimanapun, mereka (MIG) tidak dapat memberikan tarikh tetap, saya pula sudah merancang terbang ke Amerika Syarikat. Saya pernah ke pejabat MIG bertemu dengan kakitangan David, tetapi mereka minta saya menunggu. Saya memang teruja mahu mengikuti rangka promosi filem itu, saya sanggup ke pejabat mereka, tetapi tiada jawapan pasti yang diperoleh.

�Apabila sudah ada tarikh, saya hanya dapat mengikuti dua slot memandangkan saya juga mempunyai komitmen lain. Saya perlu melunaskan kerja terakhir sebelum bercuti panjang, jadi jangan cakap saya mungkir janji. Saya sudah memberikan tempoh kepada mereka, lagi pun saya sudah beritahu awal, bagi notis selama sebulan."

Gadis lulusan Savannah College of Art & Design, Georgia, itu berkata selama ini, dirinya tidak pernah masuk campur perbalahan David dengan Pierre, malah ketika pergaduhan besar tercetus, dia turut berlakon untuk menyudahkan penggambaran filem Jangan Tegur.

Semakin bergaya seksi, Julia akui: "Saya bekerja secara profesional, perbalahan antara David dan Pierre biarlah mereka selesaikan sendiri. Jika ada yang menganggap keputusan saya dihasut Pierre, saya nafikan sekeras-kerasnya. Jika saya berkomplot dengan Pierre tentu saya tidak menghabiskan penggambaran filem Jangan Tegur. Hubungan saya dan Pierre memang rapat tetapi soal kerjaya, itu hak saya.

"Mereka bergaduh tetapi janganlah kaitkan saya sekali. Apa juga keputusan yang saya buat tidak pernah dipengaruhi sesiapa, Pierre tidak pernah menghasut, keluarga saya juga tidak masuk campur. Bagaimanapun, saya agak tersinggung dengan satu kenyataan David ketika bertemu dengannya suatu ketika dulu. Saya nak tegaskan, saya rapat dengan Pierre, tetapi soal jodoh biarlah Tuhan yang menentukannya."

Mahu jadi pengarah, terbit filem

Julia juga berkata, dia sedar ramai yang tersalah tafsir hubungannya dengan Pierre, bagaimanapun setakat ini, mereka hanya berkawan rapat.

"Saya tak boleh nak kategori hubungan saya dengan Pierre 'teman tapi mesra', tetapi apa yang dapat saya katakan, kami rapat serapatnya. Saya juga rapat dengan ibu Pierre, Khatijah Tan. Bagaimanapun, saya tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan Pierre. Saya bukan seorang yang mudah jatuh cinta, tetapi jika nak mencari pasangan hidup, saya mahukan lelaki itu mengenali saya, apa yang saya suka dan sebaliknya.

"Jadi lelaki itu perlulah menjadi sahabat saya terlebih dulu, sebelum berani melamar saya. Bagaimanapun, buat masa ini, saya belum terdesak nak mencari pasangan hidup, perjalanan kerjaya saya masih panjang lagi. Saya mempunyai matlamat lain dalam hidup," katanya yang kini sibuk dengan filem pertama terbitannya, Crayon.

Julia berkata, dia dan kakaknya, Linda Ziegler berkongsi syarikat, Zioss Sdn Bhd merancang menerbitkan tiga filem. Filem pertamanya, Crayon arahan pengarah muda, Aminuddin akan menjalani penggambaran bulan depan. Bagaimanapun, dirinya tidak berlakon dalam filem itu.

"Impian saya bergelar penerbit akan jadi kenyataan tidak lama lagi apabila filem pertama terbitan saya, Crayon dibintangi Adibah Noor dan Aznil Nawawi memulakan penggambaran 7 Disember ini. Filem berkenaan mengisahkan kehidupan dan kesedihan anak-anak yatim dan ia memberi makna buat saya. Saya dan Linda juga akan menerbitkan dua filem lagi, kisah orang kurang upaya dan orang tua, tahun depan.

"Sebenarnya pemergian saya ke Amerika Syarikat juga bertujuan mencari kolej sesuai untuk saya menyambung pelajaran, tapi bukan lagi jurusan arkitek. Saya akan mengambil kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan filem hujung bulan ini. Saya dijangka ke Amerika Syarikat meneruskan pengajian selama tiga bulan. Insya-Allah... sekembali ke Malaysia tahun depan, saya sedia menduduki kerusi pengarah," katanya yang pernah bercita-cita mahu menjadi guru tadika jika tidak bergelar pelakon.

Solekan & Dandanan: AP Temerloh (019-969 7607)

  • Busana: Nana G Boutique, Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur. www.nanagboutique.blogspot.com (Liyana Ghaus 03-2282 5182)

  • Read more!

    Tuesday, October 27, 2009

    "Jantung Ini Bukan Milikku" - Telemovie TV3




    This time, julia bekerjasama dengan production opera klasik, dibawah arahan rashid sibir. pengalaman yang cukup bermakna untuk julia kerana dapat berlakon dengan idola julia, kak azean irdawati, zul huzaimy and juga azizah mahzan (salute) .rancangan ini akan disiarkan di tv3. Harap semua terhibur....

    Read more!

    Saturday, October 24, 2009

    "mangga" - Nov 2009

    See me on cover Mangga magazine at newsstands now !

    Read more!

    Friday, October 16, 2009

    "Menyusur Ruang Kasih" - Telemovie RTM

    Today we also start shooting for this new telemovie by Kacip Pictures. See me with Erry Putra, Rosnah Johari, and Hshim Ahmad Tajudin. Directed by Hanafiah Shariff.

    Read more!

    "Basikal Cucu Atuk" - Telemovie Astro Prima

    I start shoot today for Raden Pictures. A new TeleMovie for Astro Prima to be released later this year. My character is Aisyah, wife to Hamdan (played by Fauzi Nawawi). Also starring Sheila Mambo, Abu Bakar Juah, and Daniel. Directed by Din CJ.

    Read more!

    Friday, October 9, 2009

    Montel sebab salah ubat

    www.kosmo.com.my
    Oleh JESSABELL SOO

    LAMA tidak mendengar khabar aktres jelita, Julia Ziegler selepas pernah panas dek kisah cintanya dengan seorang pengarah muda sebelum ini. Julia yang baru-baru ini dilihat pada acara amal penjualan kek coklat anjuran Great Eastern Mall kelihatan gembira dengan hidupnya.

    Seri terpancar di wajahnya menunjukkan gadis itu sedang menikmati kehidupannya penuh bahagia. Lantas timbul pula persoalan ramai, adakah kebahagian itu menjadi penyumbang kepada kenaikan berat badannya secara mendadak.

    Ramai yang perasan aktres berusia 25 tahun itu semakin berisi. Banyak andaian yang dibuat terhadap anak seni kacukan Melayu-Inggeris itu kerana tidak dinafikan berat badan Julia naik agak mendadak kebelakangan ini.

    Julia bagaimanapun tidak mudah melenting apabila ditanya soalan mengenai kenaikan berat badannya apatah lagi memilih untuk menyembunyikan diri daripada khalayak. Ini kerana dia sendiri tidaklah begitu risau dengan berat badannya itu.

    "Sejak Julai lalu, saya pergi ke gim dari pukul 6.30 petang sehingga 10 malam setiap hari. Tapi disebabkan jurulatih saya memberikan ubat yang salah, ia menyebabkan berat badan saya meningkat secara mendadak.

    "Saya sebenarnya meminta ubat untuk membakar lemak tetapi dia memberikan ubat untuk menaikkan berat badan. Tujuan saya pergi ke gim adalah kerana mahukan otot seperti badan Jessica Alba yang tampak sihat.

    "Namun, sekarang bukan sahaja berat badan saya meningkat, muka saya juga tumbuh ruam yang teruk kerana kepanasan akibat ubat itu," cerita Julia.

    Pemilik nama penuh Julia Bob Fauzi Ziegler itu bagaimanapun telah berhenti mengambil ubat tersebut selepas sebulan mencuba.

    Ketika itu, berat badannya pernah mencecah 64 kilogram tetapi kini telah turun kepada 58 kilogram. Bagaimanapun, ibunya menyukai bentuk badan Julia sekarang kerana sedap dipeluk.

    Kesilapan pengambilan ubat itu bagaimanapun bukan satu perkara yang negatif bagi Julia. Secara kebetulan, dia pada masa yang sama ditawarkan satu watak gemuk untuk telefilem Suaramu.

    JULIA pernah mencapai berat 64 kilogram gara-gara salah makan ubat.

    "Masa gemuk itu saya tidak risau sangat sebab secara kebetulan saya ditawarkan watak wanita gemuk dalam telefilem Suaramu.

    "Saya sendiri tidak merancang untuk menjadi gemuk tetapi mereka memberikan watak itu kepada saya. Jadi ia satu bonus kerana saya tidak perlu memakai banyak solekan untuk menggemukkan badan saya," ujarnya yang menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur.

    Memberikan dirinya selama dua minggu lagi untuk mencapai berat idealnya iaitu 52 kilogram untuk ketinggian 170 sentimeter, Julia kini hanya makan sekali sehari. Itupun, dia hanya menjamah sandwich dan mengambil air 100 Plus serta air suam.

    "Sekarang saya dalam usaha menurunkan berat badan. Pemakanan amat penting dalam menguruskan badan dan saya tidak mengambil minuman bergula atau sejuk dan makanan kolestrol tinggi.

    "Setakat ini 64 kilogram adalah catatan berat tertinggi sepanjang hidup saya," katanya yang bakal dilihat dalam filem Suaka dan Crazy Crazy Crazy tidak lama lagi.

    Balik ke Amerika Syarikat

    Baru selesai merakamkan tiga telefilem iaitu Cantik, Suaramu dan Psiko Psikik, Julia sebenarnya ada menerima tiga tawaran filem di Sabah tetapi telah menolaknya. Ini kerana dia ingin menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya.

    Selain berada di gim, Julia sibuk bercucuk tanam di rumah pusaka ibunya yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sudah menanam pokok cili, bendi dan kangkung, tangannya juga disengat lebah baru-baru ini semasa bercucuk tanam di taman sayur-sayurannya.

    JULIA tidak bercadang untuk menetap di AS walaupun kerap ke sana.

    Perjalanan hidup yang ringkas dan rileks itu adalah apa yang dikehendaki Julia sekarang. Lagipun pada November nanti, dia akan terbang ke kampung ayahnya di Amerika Syarikat (AS) bersama ayahnya.

    "Sebenarnya sudah enam tahun ayah tidak pulang ke AS. Jadi saya akan membawa ayah untuk melawat nenek, pak cik dan mak cik saya di sana. Mungkin kami akan menyambut Krismas dan Tahun Baru di sana.

    "Jika dikirakan, saya merupakan saudara yang paling rapat dengan saudara-mara di AS. Saya seperti posmen yang menjadi penyampai mesej kepada keluarga saya.

    "Nenek saya ada menyatakan hasrat untuk melawat kami tetapi disebabkan usianya sudah menjangkau 83 tahun, dia terlalu tua untuk menaiki kapal terbang. Jadi kami sahaja yang pergi sana," katanya yang baru pulang dari AS Julai lalu selepas menetap di sana selama tiga bulan.

    Banyak menghabiskan masa di AS setiap tahun, ada yang pernah tertanya sama ada Julia mempunyai anak atau kekasih di sana. Dengan gelak ketawa, Julia menafikan semua itu dan memberitahu dia juga tidak mempunyai kekasih di sana.

    "Tidak ada siapa-siapa di AS. Kalau ada pun semuanya bekas kekasih. Lagipun saya tidak pernah mempunyai perancangan untuk menetap di sana atau mahu berlakon di Hollywood.

    "Saudara-mara saya amat bangga kerana saya merupakan pelakon di Malaysia. Saya sendiri juga sukakan kehidupan di Malaysia dan akan menetap di sini," tambah Julia.

    Read more!

    Thursday, October 8, 2009

    "Resepi Cinta" - Telemovie RTM2

    I have just started filming a new telemovie for RTM. Watch out for me in this film when RTM2 releases it, along with Pierre Andre and Fahrin Ahmad and Harun Salem Bachik.

    Read more!

    Friday, September 25, 2009

    Julia gementar sambut Syawal

    http://mstar.com.my

    SETIAP individu pasti mempunyai cara tersendiri menyambut lebaran yang tiba. Tetapi bagi pelakon, Julia Ziegler, dia mengatakan agak gementar pada hari raya tahun ini. Mengapa Julia gementar?

    Menurut Julia, hari raya pada tahun ini amat berlainan baginya kerana kakaknya, Melissa, yang menetap di Amerika Syarikat pulang beraya di Malaysia setelah lima tahun tidak beraya bersamanya dan membuatkan dia gementar.

    "Raya tahun ini sangat istimewa, pada mulanya saya agak gementar untuk beraya dengan kakak saya kerana sudah lama dia tidak pulang ke Malaysia.

    "Tetapi bila sudah berjumpa dia, saya rasa lega dan tidak sabar untuk beraya dengannya. Persiapan yang saya buat juga agak lebih pada tahun ini kerana kepulangannya memang saya nanti," kata pelakon berusia 25 tahun ini.

    Apakah persiapan yang telah dilakukan oleh Julia untuk menyambut kepulangan kakaknya?

    Julia mengatakan dia telah membeli sepasang baju raya untuk kakaknya, malah turut membuat beberapa jenih kuih raya untuk disajikan kepada kakaknya.

    "Saya ada beli sepasang baju raya untuk kakak saya selain dua set baju raya untuk saya. Selain itu saya ada buat kuih raya untuk kakak saya.

    "Antara kuih yang saya buat adalah coklat chips, coklat rice dan biskut tart," jelas Julia.

    Ditanya mengapa Julia hanya membeli dua set baju raya, dia mengatakan tidak mahu melakukan pembaziran kerana masih banyak bajunya yang masih boleh dipakai.

    "Saya hanya beli dua set baju raya kerana baju raya tahun lepas masih elok dan boleh dipakai lagi... saya kalau boleh nak elakkan pembaziran.

    "Kalau yang elok tu saya akan terus guna dan yang saya tidak mahu guna lagi saya akan sedekahkan kepada anak-anak yatim," ujar Julia yang beraya di Kampung Baru bersama keluarganya tahun ini.

    Julia turut memberitahu dia akan ke Amerika Syarikat menghantar kakaknya pulang dan akan berada di sana selama sebulan.

    "Selepas seminggu beraya dengan kakak di Malaysia, saya akan hantar kakak saya ke Amerika dan akan berada di sana selama sebulan.

    "Saya akan bawa daddy sekali kerana kesian kat dia, dah lama dia tidak jumpa keluarga dia di sana jadi ada kesempatan, saya bawa daddy sekali," kata Julia.

    Pastinya Julia amat gembira pada raya tahun ini kerana dapat beraya bersama dengan kakaknya yang telah lama tidak pulang ke Malaysia dan Julia memang amat rapat dengan kakaknya itu.


    Link

    Read more!

    Tuesday, September 1, 2009

    "Psiko Psikik" - Telemovie


    Shooting starts this week for this new telemovie.

    See some of the behind the scenes shots in my uniform !

    Read more!

    Friday, August 7, 2009

    "Suaramu" - Telemovie

    I have just completed my telemovie, "Cantik"; and started shooting a new telemovie called, "Suaramu" ! More details to follow.

    Read more!

    Sunday, August 2, 2009

    "Cantik" shoot - Behind the Scenes



    My character in this movie does ice sculpturing !

    Read more!