Wednesday, June 30, 2010

Save The Day anjuran World Wildlife Foundation (WWF)

CAK: Makin ramai sertai kempen kesedaran
www.hmetro.com.my

CAK bangga apabila ramai penggiat seni sudi membabitkan diri dengan pelbagai kempen kesedaran yang dianjurkan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang menarik perhatian CAK adalah kempen Save The Day anjuran World Wildlife Foundation (WWF) atau Yayasan Hidupan Liar Sedunia di mana lebih 100 artis tempatan turut serta.

Antara terbabit dalam kempen itu yang bermula sejak Mac lalu adalah Atilia, Yasmin Hani, Julia Ziegler, Ratu Cantik Malaysia Deborah Henry, Aishah Sinclair dan juara So You Think You Can Dance, Alam.


Lisa Surihani, Fauziah Latiff dan Ning Baizura khabarnya pun berminat untuk turut serta. Memandangkan ramai artis sanggup bermandi peluh, kempen dua bulan itu dengar katanya akan diteruskan.

Difahamkan, selebriti yang terbabit akan bertindak sebagai jurucakap WWF dan mengajak peminat menjaga dan mencintai alam sekitar. Pelbagai acara bakal berlangsung sepanjang penganjuran termasuk kempen kitar semula, menanam pokok dan menyelamatkan haiwan terbuang.

Peminat yang menyertai kempen ini berpeluang mendekati artis pujaan dan makan malam bersama-sama. Antara lokasi yang bakal menyatukan orang ramai dan artis bulan ini adalah pusat membeli-belah Alamanda di Putrajaya dan Berjaya Times Square di Kuala Lumpur.

Niat murni penggiat seni untuk menyelamatkan alam sekitar dan hidupan sewajarnya menjadi contoh baik kepada masyarakat. Perkembangan positif ini setidak-tidaknya melapangkan telinga CAK yang sesak dengan gosip dan cerita panas artis yang memualkan.

Balik-balik cerita artis buat perangai, bergaduh, berebut kekasih dan terjebak dengan aktiviti tidak bermoral. Letih!!!

No comments: