Sunday, July 26, 2009

Julia Ziegler tolak lakon filem lucah


www.utusan.com.my
Oleh NIEZAM ABDULLAH
Foto FATAH SULAIMAN

Ketika membuat keputusan untuk berangkat ke Amerika Syarikat (AS) 20 April lalu, wanita ini hampir-hampir mahu menitiskan air mata. Bukan apa, kata Julia kepada saya ketika itu, jiwanya tertekan kerana ada sesuatu perkara yang agak peribadi perlu diselesaikan.

Saya bertanya berapa lama dia akan berada di rumah kakaknya yang tinggal di negara itu? Lantas wanita ini menggeleng-geleng kepala kerana tidak tahu berapa lama dia harus berada di sana.

"Kalau semuanya selesai, mungkin Julia akan balik ke Kuala Lumpur awal. Lagipun Julia sudah lama tidak bertemu dengan kakak Julia yang tinggal di sana bersama suaminya," ujar Julia April lalu.

Pada 18 Julai lalu wanita ini menghantar SMS mengatakan dia selamat tiba ke tanah air dan tentu sekali merindui untuk "menatap" wajah negaranya yang tercinta.

Pulangnya Julia selepas hampir tiga bulan berada di daerah Goergia itu dengan raut wajah yang ceria. Mungkin segala masalah yang melanda selesai sudah.

Ketika sesi fotografi bersama Pancaindera kira-kira dua minggu lalu, Julia memberitahu dia agak sibuk dengan penggambaran drama. Wah... laku betul minah ni.

Bercerita dengan Julia mengenai pengalaman selama tiga bulan di negara itu, Julia mengakui hatinya tenang menjadi "orang biasa" apabila tidak dikenali dan tidak diburu peminat.

Bagaimana pun semasa berada di negara itu, Julia turut ditawarkan untuk berlakon. Tetapi wanita ini terpaksa menolaknya kerana bimbang dirinya menjadi mangsa sindiket penerbit filem porno.

Melalui seorang kawan, Julia diperkenalkan kepada sebuah syarikat yang kononnya mempunyai projek khas untuk diberikan kepada Julia.

Syarikat berkenaan bersetuju untuk membayarnya sebanyak RM175,000 dengan syarat dia harus bersetuju memakai bikini dan akan dibawa ke California.

Bagaimana pun selepas berasa curiga dengan tawaran itu kerana bimbang ada maksud tersembunyi, Julia terpaksa menolak pelawaan itu.

"Mat salih ni bukan semua baik. Mereka tengok kita dari Asia, mulalah nak buat benda yang tak baik. Mula-mula disuruh pakai bikini, lepas tu dia akan suruh kita buka pakaian satu persatu. Daripada menjadi mangsa, lebih baik saya menolak tawaran itu," katanya.

Bagi mengisi masa lapangnya Julia mengambil kesempatan bekerja sebagai penyelia di sebuah restoran lama yang dikenali sebagai Greek Restaurant milik rakannya. Selain restoran itu dia juga bekerja sebagai penyambut tetamu dia Pirate House satu-satunya restoran tertua yang dibina pada tahun 1930-an.

Pengalaman menyeramkan

Pengalaman Julia berkata bekerja di restoran lama itu agak menakutkan. Bayangkanlah suasana sudah membuatkan mereka yang tidak biasa akan menjadi tegak bulu roma.

Tetapi apa nak buat, di situ tempat yang boleh dia cari rezeki bagi menampung sumber kewangan ketika berada di negara itu.

Mengimbas kenangan lalu, Julia sebenarnya pernah dirasuk ketika berusia 11 tahun sehinggakan membuatkan dia tidak dibenarkan bersekolah selama setahun. Kejadian itu menyebabkan dia akan menjerit, pengsan dan menjadi histeria pada bila-bila masa sahaja.

Puas berubat, akhirnya dia pulih kembali dengan mengamalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Ketika bekerja di restoran berhantu itu, Julia juga bimbang peristiwa lama yang pernah terjadi dalam hidupnya berulang semula. Maka, dia kuatkan hatinya dengan membaca ayat-ayat al-Quran ketika mula dan habis bekerja.

Kata Julia, dia pernah menyaksikan seorang kanak-kanak kecil menangis tengah malam, berjalan seorang diri dari restorannya menuju ke sebuah terowong yang tak ditemani sesiapa. Kanak-kanak itu ghaib begitu saja.

Selain itu setiap pelanggan yang mengambil gambar di dalam restoran berkenaan pastinya akan melihat kemunculan "orang asing" sebaik sahaja gambar mereka diproses.

"Bagi pengunjung di restoran itu, ia satu pengalaman biasa. Mereka sudah tidak rasa apa-apa lagi kerana sudah tahu kawasan tempat kerja Julia sememangnya kawasan berhantu.

"Malah di bandar tempat tinggal Julia juga memang diketahui kawasan yang menakutkan selain tinggi kejadian jenayah membabitkan masyarakat berkulit hitam," katanya.

Bersedia kahwin

Sudah beberapa kali kecewa dalam percintaan, Julia menjelaskan dia sebenarnya sudah penat untuk bercinta lagi.

Menganggap bercinta kadang-kadang membuang masa, maka Julia menetapkan tahun hadapan adalah masa yang sesuai untuk dia berumah tangga.

Bersedia untuk bergelar isteri orang, Julia sebenarnya mengimpikan untuk mempunyai anak-anak yang ramai kerana dia menyukai kanak-kanak.

"Ya... saya memang dah bersedia nak kahwin. Kalau boleh pada tahun hadapan. Saya sebenarnya sudah bosan untuk bercinta," katanya. Tidak memiliki teman lelaki, kata Julia dia mencari lelaki yang menyayanginya dengan jujur dan bukan sebab lain.

Mengimbas kehancuran cinta lama, ujar Julia dia tidak mahu menghambakan kepada cinta kerana jika putus peritnya tidak mampu tertanggung. Pernah hampir-hampir hendak bunuh diri kerana kegagalan cintanya tetapi syukurlah dia masih waras dan mampu berfikir dengan rasional.

"Disebabkan kejadian-kejadian yang menyakitkan itu, saya merasakan jika ada jodoh saya mahu terus kahwin. Saya harap saya akan bertemu dengan insan itu," ujarnya.

Read more!

Wednesday, July 22, 2009

"Jangan Tegur" - DVD release

Just wanted to let everyone know that the DVD for Jangan Tegur is now available in stores in Malaysia !

Read more!

Tuesday, July 21, 2009

"Cantik" - Telemovie for RTM1

I start shooting soon for this new telemovie. A production by Bright Networks Sdn Bhd. Script by Sofia Rhyland. Directed by Chunk Azizi Adnan.

Read more!

Friday, July 3, 2009