Sunday, April 27, 2008

Jangan Tegur bukan sekuel Jangan Pandang Belakang

Oleh Hardi Effendi Yaacob
www.bharian.com.my


SELEPAS kejayaan Jangan Pandang Belakang yang mencatatkan kutipan lebih RM7 juta, diikuti filem Congkak yang bakal ditayangkan bulan depan, kini Metrowealth menerbitkan lagi filem dalam genre seram berjudul Jangan Tegur. Penerbitnya, David Teo, optimis filem bercorak sedemikian mempunyai tempat yang baik dalam pasaran filem tempatan.

"Ini bukan filem sekuel Jangan Pandang Belakang. Jangan Tegur filem baru, menggunakan skrip dan idea baru.

Kebetulan saja kedua-dua filem ini menggunakan perkataan `jangan' pada judulnya. Maklumlah, perkataan `jangan' memang biasa dalam kehidupan orang Melayu. Bila nampak benda pelik dan menakutkan, mesti kita kata `jangan tegur' atau `jangan pandang belakang'. Saya rasa perkataan itu `catchy' dan menarik," katanya sempena pelancaran filem itu, baru-baru ini.

Katanya, walaupun masih berkisarkan kisah saka dan hantu belaan, jalan cerita filem itu diolah daripada perspektif berbeza, malah beliau yakin Jangan Tegur akan diterima baik oleh penonton.

"Tema Jangan Pandang Belakang dan Jangan Tegur masih sama. Bila bercakap fasal dunia mistik dalam kehidupan orang Melayu, kita memang tidak boleh lari dari unsur saka dan belaan. Cuma, dalam filem terbaru ini, jalan ceritanya diolah dari perspektif berbeza bagi memastikan penonton tidak menggambarkan kita sebagai pengkarya ini tidak ketandusan idea baru.

"Ini filem ke-28 yang kita terbitkan sejak mula menceburi bidang ini pada 1998 menerusi filem sulung, Syukur 21. Bayangkan, dalam tempoh 10 tahun kita berjaya menghasilkan 28 filem dan pencapaian ini amat membanggakan," katanya.

Sementara itu, Pierre ketika ditemui Bintang Popular, berkata melalui naskhah terbarunya ini, beliau mahu menonjolkan mengenai gangguan iblis dan syaitan, bukanlah hantu seperti pocong atau toyol.

“Ia lebih kepada kepercayaan orang Asia dan jauh berbeza daripada filem seram dari Barat. Untuk skrip Jangan Tegur, saya memang melakukan kajian mengenai saka dan belaan di kampung. Bagi saya, kalau kita mahu buat... biar kita buat betul-betul. Mesti ada keaslian dalam menghasilkan kisah seram seperti ini. Memang saya mahu Jangan Tegur lebih baik daripada Jangan Pandang Belakang," katanya.

Selain menulis skrip dan mengarah, Pierre turut berlakon dalam Jangan Tegur dan pada pandangan sesetengah pihak, tindakan beliau mungkin boleh mendatangkan masalah kepadanya untuk membahagikan tumpuan.

"Memang pada mulanya saya hanya mahu mengarah tetapi memandangkan pelakon lelaki yang saya mahu mempunyai komitmen lain, saya mengambil keputusan untuk membawa sendiri watak lelaki utama dalam filem ini," katanya.

Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) telah terbabit dalam kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu.

Sewaktu koma, Natasya bermimpi mengenai gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang hilang secara misteri selama dua tahun. Natasya sering diganggu mimpi aneh menceritakan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan didatangi makhluk halus.

Selepas tersedar daripada koma, Natasya mula mengalami perkara sama yang dialami Baizura. Ini merunsingkan suami Natasya, Kamal (Pierre) yang tidak mempercayai perkara khurafat sehinggalah dia juga dapat melihatnya sendiri. Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini ialah Rozita Che Wan, Almy Nadia, Ellie Suriaty, Azri Iskandar dan Kaza.

Read more!

Thursday, April 24, 2008

Pierre's back with another creepy flick...


by Wahiduzzaman Yunus
www.cinemaonline.com.my

9 Apr – Cinema Online had a special look at new local creep-fest "Jangan Tegur" when we paid a visit to the shooting set at a bungalow in Gombak, Kuala Lumpur on 9 April 2008. The shooting of Julia Ziegler's shrill screaming scene in a bedroom was inspired by Hollywood's "The Exorcist" franchise and "The Exorcism of Emily Rose".


According to the director Pierre Andre, who is also the scriptwriter and lead actor of the movie, his passion for horror and all things macabre is what spurred him to make this movie, following his other scary movie exploits in last year's record-breaking "Jangan Pandang Belakang" and "Congkak", a movie poised for more box office success when it opens next week.

"Jangan Tegur" is Pierre's third film after "9 September" last year and "I'm Not Single", which is expecting general release some time this year. It revolves around the story of Natasya (Julia Ziegler) who is haunted by creepy images that only she can see. The storyline also incorporates ghostly possession and non-stop suspense throughout the movie. It stars Julia Ziegler, Pierre Andre, Nadia Mustafar, Ellie Suriaty, Azri Iskandar, Almy Nadia, Rozita Che Wan and Kaza.

"Jangan Tegur", the 28th movie produced by MIG is 80% completed and is expected to see wide releases next year.

Cinema Online, 09 April 2008

Read more!

Tuesday, April 22, 2008

Erma Fatima’s "Qasidah Buat Laila" - Astro Oasis TV Drama

I have just signed on for drama series for Astro to be shown during bulan pausa this year. Produced and directed by Erma Fatimah.

Read more!

Budiey Eksklusif: Pengambaran Filem Jangan Tegur


Sekitar Pengambaran Filem Jangan Tegur Arahan Pierre Andre
www.budiey.com

Selesai sahaja Majlis Hi Tea MACP di Restoran Sri Putri, Budiey dan rakan-rakan bergegas pula ke lokasi pengambaran Filem Jangan Tegur. Sebenarnya, dah lama Budiey berniat untuk menjenguk dan ‘mengacau’ Pierre Andre; anak jantan kepada Khatijah Tan ni mengarah filem seram pertamanya. Tapi asyik bertangguh je. Dan hari ini, nampaknya niat Budiey kesampaian setelah mendapat persetujuan dari Pihak Metrowealth. Terima kasih Zubir & Azahari!

Sekitar jam 5 petang tadi (9 April 2008), Budiey selamat menjejakkan kaki di lokasi shooting filem lakonan Julia Ziegler ini di sebuah banglo misteri empat tingkat di Kampung Batu, Batu Caves. Mesti mahal sewa rumah ni sebab memang agak besar dan mewah jugakla kan.

Hari ini diorang cuma buat 3 scene sahaja kat sini. Sebenarnya, mengikut jadual 3 scene itu dah lama siap tetapi pengambaran terpaksa dibuat semula untuk menggantikan filem yang scratch.

Semasa Budiey sampai di tingkat 2, di mana shooting untuk scene Julia Ziegler tengah asyik tidur dan kemudian diganggu oleh hantu. Masa tu, Budiey tak berani nak masuk dalam bilik tidur Julia. Sebaliknya, Budiey hanya menonton scene itu di TV kecil atau monitor yang disediakan di luar bilik.

Tak banyak pengulangan dibuat. Buat dua tiga kali, semua dah settle. Mungkin Pierre Andre dah berpuas hati dengan hasil lakonan Julia yang terpaksa berguling dan berpusing kiri dan kanan di atas katil. Tetapi penggunaan lampu memang sangat minima. Lagi gelap lagi seram, kan?

Kemudian, ada scene di mana tangan mayat hidup tu pergi sentuh tangan Julia Ziegler. Untuk scene ini, pelakon tambahan diperlukan untuk menggunakan tangan sebagai tangan mayat. Senang je, diorang ni ambik adik kepada krew je. Tetapi guna tangan pun berbayar beb. Walaupun muka tak keluar skrin! Hanya tangan sahaja. Mudahnya berlakon. Siap tangan tu disolek dan disapu bedak sikit.

Budiey sempat la jugak borak-borak dengan Pierre Andre. Katanya, pengambaran dah selesai dalam 85%. Pengambaran filem arahan ketiga Pierre ini akan dijangka habis pada 13 April ini. Ternyata, pengarah muda ini begitu teruja dengan hasil dan komitmen semua produksi yang sentiasa bekerjasama. Dalam pada sibuk pun, senyap-senyap Pierre ada buat skrip baru untuk filemnya yang akan datang. Wah! Memang proaktif betul si Pierre ni kan.

Antara babak yang paling susah untuk dibuat dan diarah oleh Pierre ialah babak di mana Julia kena rasuk.

Sambil borak, Pierre ada tunjuk kat Budiey beberapa babak menarik sepanjang pengambaran. Termasuklah scene untuk Julia Ziegler kena rasuk. Huhu! Memang menyeriau bulu romaku tatkala melihat gerakan badan dan wajah Julia yang disolek itu sedang dirasuk. Siap ada keluar ayat-ayat dalam bahasa Arab lagi tu. Huhu, hantu arab manalah yang rasuk Julia ni, Budiey pun tak tahu. Korang kena tunggu lah filem Jangan Tegur yang dijangka akan keluar di pawagam pada awal Januari tahun 2009.

Budiey ada dengar khabar, ada seorang pelajar Aswara telah mendakwa skrip Jangan Tegur hasil tulisannya diciplak dan diimprovise untuk filem Jangan Tegur. Khabarnya, penulis muda ini telah menyerahkan skrip kepada penerbit Ahmad Idham tetapi sampai sekarang tiada khabar berita. Tup tup keluar filem Jangan Tegur dan pada Budiey, mungkin ini secara kebetulan sahaja kerana menggunakan tajuk yang sama adalah sesuatu yang tidak mustahil akan berlaku. Istilah Jangan Tegur pun sudah lama digunakan oleh orang kita. Bukan perkataan asing dalam masyarakat orang Melayu.

Sejauh mana kebenaran isu panas dan kontroversi ini, kami sedang siasat untuk bertanyakan kedua belah pihak. Pada hari ini, kami tak dapat temubual Pierre dengan isu panas ini takut nanti hilang tumpuan dia mengarah. Masa tak sesuai. Kita pilih hari lain yang lebih sesuai untuk bertanya dengan Pierre. Tetapi mengikut pembantu Pierre, skrip Jangan Tegur mulai dibuat ketika Pierre di Filipina beberapa tahun yang lalu.

Huhu, lepas scene atas katil, Julia pun keluar dari kamar dan menyambut kehadiran kami dengan senyum ramahnya. Walaupun nampak muka Julia sangatlah letih tetapi dia masih lagi sempat melayan pertanyaan kami. Macam-macamlah kami tanya. Julia memang lah, sepanjang Budiey kenal dia, Julia seorang yang ramah dan senang diajak berbual.

Haha, baru Budiey tahu rupa-rupanya Julia Ziegler belajar di sekolah dan pernah sekelas dengan Pierre Andre ketika di sekolah rendah.

Julia juga mengatakan Filem Jangan Tegur ni ada sedikit kena mengena dengan dirinya. Dalam filem Jangan Tegur, Julia memegang watak seorang gadis bernama Natasya yang sebenarnya mempunyai persamaan dengan dirinya. Natasya mengalami koma selepas terjebak dalam satu kemalangan jalan raya. Begitu juga dengan diri Julia di mana beliau pernah koma selama lapan jam selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar 21 November 2006.

Selepas selesai, produksi semua pack semula barang-barang untuk ke lokasi lain pula. Pada malam ini ada pengambaran untuk scene pelanggaran di jalan raya, scene hantu keluar merasuk dan khabarnya satu kren digunakan untuk scene ngeri itu.

Read more!

Tuesday, April 15, 2008

Sinopsis Filem Jangan Tegur Sinematografi Indra Che Muda


www.budiey.com/
SINOPSIS FILEM JANGAN TEGUR

JANGAN TEGUR mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita.

Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura.

Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.

Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Saksikan kemunculan filem Jangan Tegur yang bakal menemui anda nanti..

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.

Pelakon Utama :
Julia Ziegler sebagai Natasya
Pierre Andre sebagai Kamal
Nadia Mustafar sebagai Baizura
Almy Nadia sebagai Sara
Ellie Suriati sebagai Mak Su
Azri Iskandar sebagai Ustaz Amin
Rozita Che Wan sebagai Doktor Lisa
Kaza sebagai Pak su

SENARAI KARYAWAN
Terbitan : MIG Production Sdn. Bhd
Penerbit : David Teo
Pengarah : Pierre Andre
Penasihat Pengarah : Ahmad Idham
Penasihat Produksi : Tok Bak
Pen. Pengarah 1 : Abdul Azizi Awang Ghazali
Pen. Pengarah 2 : Wan Suria Wan Deraman
Konti : Mat Syahrom
Pengarah Sinematografi : Indra Che Muda
Penulis Skrip : Pierre Andre
Pengarah Seni : Ahmad Rusli Mohd. Khadri
Props Master : Faizal Malek
Pengurus Produksi : Mokharul Shamsul Mokhtar
Special EFX : Ella Sandera
Tatarias : Sharulnizam Mazlan
Wardrobe : Nor Zairina Zakaria
Pengarah Muzik/ Bunyi : MIG Sound Factory / Brian Ng (Kang)
Still Photo : Tan Shier
Di Sebalik Tabir : Atom

Read more!

Sunday, April 13, 2008

pernah dirasuk


www.utusan.com.my
Oleh Niezam Abdullah

Ketika ini orang sibuk bercerita kisah cinta bintang yang semakin menyinar serinya, Julia Ziegler selepas dia dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan Yusry (KRU) dan juga Pierre Andre.

Bagaimanapun Julia menyangkal gosip berkenaan sebaliknya menganggap artis tersebut dan sesiapa saja yang dikaitkan dengannya selepas ini adalah rakan biasa.

Kata gadis berusia 24 tahun ini, tidak salah untuk mengajak seseorang itu keluar makan atau tengok wayang bersama asalkan tiada perasaan sebaliknya terhadap mereka.

"Saya masih belum bersedia untuk bercinta tetapi saya akui mempunyai ramai kawan rapat yang sering mengajak saya keluar," katanya.

Di sebalik kisah cinta Julia itu tentunya umum sudah mengetahui penghujung tahun 2006, beliau pernah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Hulu Klang, Kuala Lumpur sehingga mengakibatkan kulit kepalanya tersiat. Tuhan masih menyayangi Julia, kecederaan itu dapat dipulihkan dan hanya meninggalkan kesan parut pada tangannya sahaja.

Selain kisah ngeri itu, Julia turut membongkar kisah silamnya ketika zaman kanak-kanak apabila dia tidak boleh mendengar azan dan ayat-ayat suci al-Quran. Peristiwa yang berlaku ketika dia berusia 11 tahun itu menyebabkan Julia sentiasa gelisah dan sering kali bertukar menjadi ganas apabila terdengar azan.

Menceritakan kejadian itu, Julia akan bertindak merosakkan barang-barang di dalam rumah.

"Selalunya apabila saya sedar, saya akan lihat ibu saya menangis di sisi saya. Dia kata, saya dirasuk. Begitulah yang saya alami selama setahun," katanya.

Situasi yang berlaku menyebabkan keadaan keluarganya tidak tenteram apatah lagi bapanya yang merupakan orang Inggeris tidak begitu mempercayai mengenai gangguan makhluk halus.

Menurutnya, selama setahun ibunya mencari jalan untuk mengatasi masalah yang berlaku itu termasuklah berubat dengan cara moden dan juga tradisional sehingga dia terpaksa berhenti belajar di sekolah rendah sepanjang tempoh itu.

"Ibu pernah mandikan saya dengan air wuduk di beberapa masjid bagi 'menghalau' makhluk yang mengawal diri saya. Malah saya juga turut dibawa berubat dengan Datuk Haron Din.

"Ketika itu saya merasakan hidup saya amat tertekan kerana setiap kali azan berkumandang dan semasa mendengar orang membaca al-Quran, saya akan menjadi histeria," katanya.

Tetapi Julia tentunya bersyukur selepas setahun bertarung dengan masalah penyakitnya itu, dia kembali pulih seperti sediakala.

Bagaimanapun ketika mendapat tawaran berlakon filem seram Jangan Tegur arahan Pierre Andre yang sedang menjalani penggambaran ketika ini, Julia juga bimbang peristiwa yang sama berulang kembali.

Apatah lagi jalan cerita filem itu seolah-olah ada kena-mengena dengannya apabila dia dirasuk oleh makhluk halus selepas berlaku kemalangan jalan raya.

"Semasa mendapat skrip filem itu saya sudah maklumkan kepada ibu dia meminta saya supaya sentiasa menjaga diri. Malah ibu juga sudah memaklumkan kepada Pierre mengenai keadaan diri saya ini yang perlu dijaga dengan baik terutama ketika memasuki kawasan hutan untuk penggambaran," jelasnya.

Menurut Julia, ibunya antara orang yang banyak memberi nasihat supaya lebih berhati-hati kerana dia begitu bimbang perkara yang sama berulang biarpun kejadian itu sudah lama berlalu.

Selain diminta jangan meninggalkan sembahyang, ibunya juga menurut Julia selalu berpesan supaya tidak bercakap celupar selain menjaga peradaban diri setiap kali berada di mana-mana.

Tidak pernah membantah cakap ibunya, Julia juga mempersiapkan diri kerana tidak mahu perkara tersebut berlaku dengan membawa surah Yasin setiap kali ingin keluar rumah.

Percaya atau tidak sebanyak tiga surah itu digunakan masing-masing diletakkan di dalam almari pakaian, dalam kereta serta di dalam beg tangannya.

"Mungkin akan ada yang berkata saya ini kolot kerana mempercayai perkara itu tetapi ini semua pendirian saya selepas melalui peristiwa yang menyeksakan ketika berusa 11 tahun itu," ujarnya.

Read more!

Saturday, April 12, 2008

Mangsa makhluk halus


Oleh Rozdan Mazalan
www.bharian.com.my/Article

Julia Ziegler akui hidup tak tenteram selama setahun

SIAPA menyangka wajah ngeri ini milik pelakon jelita, Julia Ziegler yang pernah merasai sendiri pengalaman diganggu makhluk halus sehingga kehidupannya tidak tenteram hampir selama setahun.

Ditambah peristiwa hitam yang hampir meragut nyawanya dalam kecelakaan jalan raya pada 2006 membuatkan dirinya kembali bersemangat melawan fobia yang dialaminya.

Menurutnya, kejadian diganggu makhluk halus dan kemalangan itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupannya, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus melawan perasaan takut dan gementarnya.

"Saya sendiri pun tidak mampu membayangkan yang saya sebenarnya sudah dibungkus ke dalam beg plastik mayat selepas kemalangan itu namun saya bersyukur kerana nyawa saya masih panjang.

"Berbekalkan pengalaman itulah saya mencuba untuk memberanikan diri melawan ketakutan dan menerima apa saja asalkan keyakinan diri saya dapat diatasi," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Jangan Tegur baru-baru ini.

Melalui pengalaman lalu itu jugalah Julia memasang impian untuk menjadi seorang pengarah kerana mahu mengabdikan pengalaman hidupnya ke layar perak.

"Hubungan saya dan Pierre memang baik sejak dulu lagi. Semasa dia sibuk merangka skrip filem Jangan Tegur ini, dia menceritakan secara ringkas gambaran keseluruhan skrip itu.

"Secara tidak sengaja sedikit sebanyak jalan cerita itu seolah-olah mengenai kisah hidup dan pengalaman yang pernah saya hadapi. Menurut Pierre dia juga menggambarkan watak utama yang digambarkan untuk filemnya adalah saya.

"Secara kebetulan impian saya untuk menghasilkan filem mengenai hidup saya direalisasikan Pierre walaupun hanya beberapa peratus saja ceritanya hampir sama," katanya.

Jangan Tegur mengisahkan Natasya yang pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu di hospital. Semasa koma itu dia bermimpi berjumpa dengan Baizura yang tidak pernah dikenali dan seakan dia memerlukan bantuannya.

Selepas pulih daripada koma, Natasya sering diganggu makhluk halus dan secara kebetulan dia kini mampu melihat makhluk halus yang ingin mendampinginya seakan mahu menyelesaikan sesuatu peristiwa misteri.

"Ini yang menjadi cabaran buat saya untuk membawakan watak Natasya seperti mana yang pernah saya alami dalam kehidupan saya. Lagi pun saya pernah koma selama lapan hari dan pernah diganggu makhluk halus.

"Melalui filem ini saya ingin lahirkan pengalaman sebenar saya sebaik mungkin agar penonton yang menontonnya nanti merasai sendiri apa yang pernah saya lalui.

"Saya kini semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan baru saya dan meneruskan karier saya dalam bidang ini. Diharap filem Jangan Tegur ini menjadi pengalaman berharga buat saya," katanya.

Selain Julia, turut membintangi filem ke-28 terbitan Metrowealth Movies Production (MMP) arahan, skrip dan lakonan Pierre Andre adalah Nadia Mustapa, Rozita Che Wan, Almy Nadia, Ellie Suriaty, Azri Iskandar dan Kaza.

Read more!

Thursday, April 10, 2008

"Pengantin" - Magazine Cover


Impian perkahwinan
Julia Ziegler

Read more in the latest edition of Pengantin Magazine.

www.karangkraf.com.my/E-majalah/PesonaPengantin/07

Read more!

Tuesday, April 1, 2008

ABP2007 Awards Ceremony @ Genting

Anugerah Bintang Popular - Kemenangan Yang Sudah Dijangka

Oleh: Hanez Yussof
Foto: Dannial Shah & Reza

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 telah pun berlangsung malam tadi di Arena of Stars, Genting Highland. Medan mencari selebriti-selebriti paling popular mengikut beberapa kategori yang dipertandingkan ini, nampaknya masih memilih muka-muka lama yang pernah meraih anugerah yang sama.
http://jomstar.com.

Read more!