http://jaffreyadam.blogspot.com
Thanks kepada Julia Ziegler yang telah mempercayai dan sudi memperagakan design yang SIMPLE oleh Jaffrey Adam. Sebetulnya warna yang dirancang ialah warna purple pink..tapi last minute cancel sebab nak catch-up masa. Apapun, Julia tetap nampak cantik dgn warna merah menyala...
Pelakon cilik iaitu Haziq yang juga telah memenangi Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Festival Filem Malaysia FFM22 yang lalu turut memuji Julia Ziegler..(ada apa2 ke Haziq? ). Haziq juga telah menempah tuxedo atas label Jaffrey Adam pada malam itu juga. He3x.. Walaupun Haziq masih kecil, tetapi fikirannya jauh lebih dewasa. Dia telah menceritakan banyak rahsia peribadinya pada I. Hurmm, biasalah Haziq.. I will keep it as our secret ! Nanti kita callling2x okay..He3x..
Malam tersebut, I berasa bertuah kerana berpeluang untuk duduk sebaris dengan beberapa artis tanahair. Antaranya ialah Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Danny X-Factor, Ahmad Idham, Haziq Tom-Tom Bak, Remy Ishak, Julia Ziegler dan Salina Saibi.
1. Anugerah Poster Terbaik – Filem Belukar
2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaakub dari Filem Magika – KRU Studios
3. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik – Edry Abdul Halim – Filem Magika
4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – Brian Ng dari V3 Samseng Jalanan
5. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Anuar Paharudin & Johan Lucas dari Filem Magika
6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki – Shashi Taran dari Filem Estet
7. Anugerah Pelakon Harapan Wanita – Daphne Iking dari Filem Belukar
8. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Fimie Don dari Filem Magika
9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Yana Shamsudin dari filem Adnan Sempit
10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam dari filem Evolusi KL Drift 2
11. Anugerah Pengarah Harapan – Edry Abdul Halim dari Filem Magika
12. Anugerah Filem Komedi Terbaik – My Spy dari Kru Studios
Posted by JAFFREY ADAM
Monday, October 25, 2010
Jaffrey Adam - FFM23
Wednesday, June 30, 2010
Monday, January 12, 2009
Micheal Shu - Celebrity "Wedding" Catwalk
Me and Remy Ishak - wiffie and hubbie :P .... (for the catwalk show)
Labels: _fashion-photos, *2009, model
Thursday, April 10, 2008
"Pengantin" - Magazine Cover

Impian perkahwinan
Julia Ziegler
Read more in the latest edition of Pengantin Magazine.
www.karangkraf.com.my/E-majalah/PesonaPengantin/07
Labels: _fashion-photos, *2008, magazine, model
Wednesday, March 26, 2008
Photo Shoot - Ted Adnan's Lighting Workshop

Photography & Art Direction: Ted Adnan
Ted's technique's in lighting and info on his workshops can be found at this link...
http://tedadnan.com/blog
Dress by Arma Abdul Rahman Wedding & Couture
Make-up by Dwan. .
www.tedadnanphotography.com
www.tedadnan.com/blog/
www.flickr.com/photos/tedadnan
Labels: _fashion-photos, *2008, model
Saturday, March 22, 2008
Jomstar
Oleh: Hanez Yussof
Foto: Danial Ubaidullah
Belum reda kisah Julia Ziegler yang dikaitkan bercinta dengan Yusri KRU, kini Julia beralih arah pula kepada pelakon dan pengarah muda berusia 23 tahun Pierre Andre. Khabarnya hubungan mereka agak rapat kebelakangan ini. Mereka dilihat datang bersama ke majlis persandingan Dyanas dan Hafizy di Shah Alam.
www.jomstar.com
Memakai baju sedondon warna merah hati, Julia kelihatan memegang lengan Pierre Andre ketika berjalan keluar dari pintu utama kediaman keluarga Dynas. Apa benarkah pelakon berdarah kacukan yang diperkenalkan ke dunia perfileman menerusi filem Kayangan ini mempunyai hubungan istimewa dengan Pierre Andre? Bagaimana hubungan Julia dengan Yusri KRU yang dikatakan amat intim baru-baru ini?
Julia ketika diminta memberi komennya mengenai hubungannya dengan Pierre Andre ternyata tidak melatah. Malah dengan bersahaja dia mendakwa bahawa antara dia dengan Pierre Andre hanyalah kawan biasa sahaja.
"Pierre Andre adalah kawan kepada adik saya. Kebetulan sekarang ni pula dia menjadi pengarah kepada filem terbaru yang sedang menjalankan pengambaran iaitu Jangan Tegur keluaran Metrowealth. Saya akui saya memang rapat dengan Pierre Andre bukan hanya kerana kami sudah kenal lama, tetapi juga kerana kami bekerja di dalam produksi yang sama sekarang ini. Pierre bertindak sebagai Pengarah, Pelakon dan Penulis Skrip dalam filem ini. Saya akui saya bercita-cita untuk menjadi Pengarah suatu hari nanti. Saya rapat dengan Pierre kerana saya nak belajar dari dia sebagaimana saya mencungkil ilmu dari Yusri KRU. Saya ingin belajar dari kedua-dua mereka ilmu pengarahan.
Soal cinta memang antara saya dan Yusri juga Pierre Andre tidak ada hubungan yang istimewa. Saya tak takut untuk mengaku bahawa saya memang kerap keluar dengan Yusri dan Pierre Andre. Dengan Pierre, walaupun dia muda dari saya tapi kami sekepala. Saya senang berkawan dengan mereka sementelahan senang berguru dengan mereka yang dah ada pengalaman menjadi pengarah. Sebenarnya bukan dengan mereka berdua sahaja, dengan Raja Ahmad Alauddin juga saya rapat masa berlakon drama arahannya. Tak ada pula timbul gosip"kata Julia sambil ketawa.
BELAJAR TAK SEKSI
Sebut sahaja nama Julia Ziegler, tidak dapat lari dari membayangkan empunya diri seorang gadis jelita dan seksi. Dengan ketinggian 5'8 tanpa sepatu, gadis yang berpendidikan dalam bidang Architecture ini bermula sebagai model catwalk. Dengan corak hidup sebegitu, apabila terjun ke bidang lakonan, Julia mengakui dia sudah terbiasa berpakaian seksi. Cuma katanya lagi, sejak terlibat dalam banyak drama dan filem dia mendapat banyak respon dari para peminatnya yang mahukan dia berimej lebih baik.
"Saya sedang berusaha untuk kurang menyeksikan diri. Saya tidak mahu tampil seksi yang keterlaluan dan menjolok mata kerana saya sayangkan kehidupan saya sekarang. Diakui selepas kemalangan kereta yang hampir meragut nyawa saya 21 November 2006, hidup saya semakin berubah. Tuhan memberikan kehidupan kali ke 2 buat saya. Sebagai manusia, saya perlu menghargai dan bersyukur kerana dipanjangkan usia lagi. Oleh kerana itu, sekarang ni saya beransur-ansur berubah dari segi pemakaian agar senang di mata para peminat yang amat penting dalam hidup dan kerjaya saya" akui Julia jujur.
Menyentuh tentang kerjayanya yang semakin berkembang, Julia Ziegler yang sekarang sedang memulakan pengambaran filem Jangan Tegur sebelum ini mula diperkenalkan ke dunia seni menerusi drama pertamanya Nur Aishah. Setakat ini Julia telah pun membintangi beberapa buah filem antaranya Kayangan, Cicak Man 2 dan Cuci. Meskipun memiliki Ijazah dalam bidang Architecture, ternyata minatnya dalam bidang seni dan pengarahan lebih mendalam lagi. Justeru, apabila sudah terlibat dalam bidang seni, Julia mengakui akan berjuang sehingga ke akhirnya.
"Setiap hari kita berdepan dengan proses pembelajaran. Jadi andai ada sebarang kekurang ketika berlakon, saya akan mengatasinya dari masa ke semasa. Saya hanya manusia bi
asa tidak sempurna. Kritikan yang saya terima saya jadikan pedoman untuk memperbaiki mutu lakonan saya. Begitu juga dengan pengarahan. Saya sedang ke karh itu sekarang" ujar Julia.
Tidakkah dengan paras rupa yang menawan, Julia sudah dikira beruntung dan mudah untuk terjun ke bidang glamour ini?
Kata Julia; "Saya akui berbekalkan muka Pan Asian ramai yang berkata begitu. Banyak yang terjadi keadaan sebegitu. Tapi saya tidak mahu menjadi segelintir dari mereka yang muka lawa tapi bakat hancur dan tak ke mana. Saya mahu manjadi pelakon dan pengarah yang ada jiwa".
SINGLE AND AVAILABLE
Sejak putus cinta dengan seorang jejaka pada tahun 2006, Julia masih bersendiri. Fokusnya hanya pada kerjayanya yang sedang menjalani proses penyesuaian. Meskipun agak kecewa dengan perhubungannya selama tiga tahun yang terhenti di tengah jalan, Julia berfikiran positif. Baginya apa yang sudah berlalu biarlah jadi sejarah dan panduan untuk hari kemudian. Mengimpikan seorang lelaki yang baik hati, sporting dan tidak mementingkan rupa paras semata-mata, Julia akui ingin menamatkan zaman bujangnya apabila berusia 27 tahun.
"Saya sekarang memang single. Target kahwin lagi tiga tahun, insya-ALLAH. Saya rasa pada usia itu saya sudah bersedia menjadi seoarang isteri. Apa yang penting saya tidak berkongsi kasih dengan sesiapa ketika itu.. Saya tak nak berpoligami. Tak mahu mengambil hak orang lain. Biar dia tidak kaya, asalkan bukan hak milik orang lain" ujar Julia lagi.
Sunday, February 24, 2008
"InTrend" - Magazine Cover Mar 2008
See me on the cover of InTrend magazine for Mar 2008, in news-stands now.
majalahintrend.com.my.
Thanks to InTrend team !
Penyelaras: Nora Habibur Rahman
Penyelaras Pakaian: Marini Mat Zain & Nisa"Halid
Fotografi: Bustaman Mokhtar@ White Studio
Solekan & Dandanan: Razlan Bahari
Pakaian: Bebe
Tali Pinggang: FCUK
Aksesori: Promod .
Wednesday, February 13, 2008
"i-Sihat" - Magazine cover Feb 2008
See me on the cover of the Feb 2008 issue of i-Sihat magazine.
Read more!Sunday, February 10, 2008
"Maskulin" - A Valentine Date with me!

The February 2008 issue of Maskulin magazine is in newstands now. There's something special ! A Valentine's Day promosi.....
Get your copy of the magazine. Register for a chance to win a Valentine date with me!
(The only Bahasa Malaysia magazine that caters to the needs of today’s modern men. Packed with insightful information on grooming techniques, fashion, fitness, health, psychology and other relevant issues related to the metropolitan male lifestyle.)
Foto: Ahmad Jumain Mokhtar (Jay)
Photo Courtesy Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
http://www.karangkraf.com.my/E-majalah/Maskulin
Wednesday, February 6, 2008
ABP - Berita Harian and Habib Jewels
Habib Jewels taja RM2.5j
Oleh Nor Azma Laila
ABPBH diiktiraf syarikat korporat
KUALA LUMPUR: Kredibiliti penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 terbukti diakui syarikat korporat apabila Habib Jewels Sdn Bhd sekali lagi menaja anugerah berprestij itu sebanyak RM2.5 juta dalam bentuk wang tunai dan barang kemas.
Sempena penajaan itu, satu memorandum persefahaman di antara Habib Jewels Sdn Bhd dengan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) ditandatangani, petang kelmarin.
Habib diwakili pengarah urusannya Datuk Meer Habib dan BHSB diwakili Pengarang Kumpulan, Datuk Manja Ismail di ibu pejabat Habib Jewels Sdn Bhd yang berpusat di Ampang Point di sini.
Majlis menandatangani memorandum itu turut diserikan dengan pelancaran Koleksi Habib 2008 yang diperagakan lapan calon finalis ABPBH2007, iaitu Fasha Sanda, Dynaz, Vanidah Imran, Julia Ziegler, Fouziah Ghous, Sheila Rusly, Arash Mohamad dan Azwan Ali.
Hadir sama, Pengarah Eksekutif Habib Jewels Sdn Bhd, Datin Zarida Nordin dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah.
Meer berkata, pihak Habib sangat berbesar hati apabila sekali lagi berpeluang untuk menjadi sebahagian dalam acara hiburan terpenting dan paling dinanti-nantikan itu.
"Penajaan ini adalah satu cara kerjasama antara Habib Jewels dan Berita Harian yang pastinya mampu menaikkan prestij koleksi 2008 ini yang dilancarkan sempena ulang tahun Habib Jewels yang ke-50 dan anugerah itu sendiri.
"Selain itu juga, ABPBH juga adalah acara yang memberikan penghargaan kepada penggiat seni dalam mengiktiraf kemahiran seni mereka. Berdasarkan ini, kami berkongsi falsafah yang sama dengan ABPBH dalam membangunkan industri masing-masing berasaskan seni hingga ke tahap lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, Manja, berkata jumlah tajaan itu yang terbesar daripada sebuah syarikat dalam sejarah penganjuran ABPBH sejak 1987.
"Bukan mudah mengekalkan reputasi penganjuran majlis anugerah berprestij untuk melewati jangka usia panjang, apatah lagi ABPBH sudah sinonim di kalangan masyarakat dan artis serta acara kemuncaknya ditunggu saban tahun.
"Justeru, penganjur berusaha keras memastikan ABPBH 2007 melakar kenangan sebagai acara hiburan yang lebih baik berbanding penganjurannya pada tahun terdahulu dalam semua aspek," katanya.
www.bharian.com.my/Current_News/
Thursday, January 31, 2008
Photo Shoot - Ted Adnan's Lighting Workshop


Julia and the Butterfly...
Photography & Art Direction: Ted Adnan
www.tedadnanphotography.com
www.tedadnan.com/blog/
Ted's technique's in lighting and info on his workshops can be found at this link...
http://tedadnan.com/blog/?p=110
Dress by Arma Abdul Rahman Wedding & Couture
Make-up by Dwan
http://www.flickr.com/photos/tedadnan/2232808702/
...
Labels: _fashion-photos, *2008, model
Saturday, January 26, 2008
"EH!" - Magazine Cover Feb 2008
See me on the cover and inside the Feb issue of the magazine, EH!
www.eh.com.my
Thursday, January 24, 2008
"Hai!" - Magazine
See me in the upcoming issue of Hai! magazine next month !
Dresses sponsored by Bebe, The Pavillion
www.bebe.com
Makeup by Dwan
Wednesday, January 23, 2008
"Pengantin" - Magazine Feb 2008
See the February edition of Pesona Pengantin. Fashion photos of gowns by Wan Ismail Hassan.
Penyelaras: Zetty Sakina Dewi Zainodin
Foto: Shahrul Nizam
Solekan: Shiela
Photo courtesy Karangkraf
Sunday, December 30, 2007
Utusan Malaysia - News

Julia Ziegler insaf lepas tragedi
Oleh: NIEZAM ABDULLAH
Namanya tidaklah begitu glamor tetapi percayalah gadis bernama Julia Ziegler ini sedang meniti sebuah jambatan populariti. Bakat dan paras rupa yang dimilikinya ternyata mampu membawa beliau lebih jauh lagi selepas dibuktikan menerusi percubaan pertamanya dalam filem Kayangan sebagai pelakon pembantu.
Kali pertama bertentang mata dengan Julia selesai penganjuran Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) 2007 di PWTC pada 2 Disember lalu, ternyata gadis ini cepat mesra dan ramah orangnya.
Apabila dicadangkan untuk mengadakan sesi fotografi cover Pancaindera, terus dia tersenyum.
“Betulkah nak buat saya ni cover?” tanya Julia seakan-akan tidak percaya. Saya bertanya tak layakkah dia menjadi cover sisipan akhbar popular ini? Tetapi ujar beliau, dia tidak pernah mendapat peluang seperti itu melainkan di majalah hiburan tempatan sahaja.
Mungkin rezeki buat Julia, sesi fotografi untuknya terus diatur dua hari selepas itu dan disolek sendiri oleh rakan sekolahnya, Dwan Ismael. Semasa fotografi berlangsung Julia menunjukkan saya tangan kanannya yang berparut.
“Parut ini meninggalkan kenangan dan membuatkan saya insaf,” katanya memulakan bicara mengenai kisah silamnya.
Melihat kesan parut pada tangannya, gadis berusia 23 tahun ini terus menunjukkan beberapa kesan lain yang ada pada beberapa bahagian badannya. Malah dia juga menunjukkan kepalanya yang turut meninggalkan parut itu.
Bercerita mengenai kejadian malang tersebut peristiwa hitam yang berlaku ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 21 November 2006 itu cukup bererti. Dia amat bersyukur kerana Allah masih memberi nafas kepadanya.
Malah lebih bernilai paras rupa dan pancainderanya tidak mengalami kecacatan membolehkan dia meneruskan langkah dalam dunia glamor ini.
“Saya bersyukur kerana Allah masih sayangkan saya. Kalau dilihat kemalangan yang berlaku, mungkin ramai yang berkata saya tidak dapat hidup lagi,” katanya.
Mengimbas peristiwa ngeri itu kata Julia, ia berlaku ketika dalam perjalanan pulang selepas penggambaran sebuah drama. Ketika itu Julia baru seminggu selesai penggambaran filem Kayangan yang sudah menemui penonton pertengahan tahun ini.
Dalam perjalanan pulang ketika pukul 2 pagi itu, kereta Toyota Vios yang dipandu Julia telah terbabas dalam keadaan hujan lebat.
Ketika itu kata Julia, dia terlalu mengantuk kerana kepenatan akibat seharian menghabiskan masa di lokasi penggambaran.
“Pada waktu itu saya melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah berdekatan Hulu Klang. Badan saya penat menyebabkan saya tertidur dan kemudiannya terbabas,” kata Julia.
Kemalangan yang berlaku menyebabkan kereta dipandunya terbalik sebelum beberapa kali berpusing di atas jalan raya selepas terlanggar penghadang jalan.
Kejadian tersebut menyebabkan tangan kanan Julia terseret di atas jalan dan jari telunjuknya hanya tinggal tulang. Lebih mengerikan, kepalanya juga tersiat sehingga menampakkan tengkorak kepala dan salah satu tulang pada lehernya patah.
Sesiapa yang melihat peristiwa itu dan keretanya yang remuk tentunya menyangka orang yang berada di dalam kenderaan tersebut sudah meninggal dunia.
Ketika dua minggu dirawat di hospital dan pelbagai teknik pembedahan termasuklah memasukkan besi pada bahagian leher dan jari telunjuknya, Julia mampu untuk melihat semula dunia yang indah ini.
Pada waktu itu kata Julia, hanya Tuhan yang tahu betapa dia bersyukur di atas nikmat yang diperoleh semula selepas ujian ngeri itu.
“Saya tak habis-habis bersyukur kerana tidak buta, dan wajah saya tidak mengalami kecacatan. Hanya kulit kepala saya saja tersiat tetapi dapat diubati,” katanya.
Selepas kejadian berkenaan, Julia terpaksa ‘dikurung’ oleh keluarganya. Dia tidak lagi dibenarkan untuk keluar seorang diri kerana dibimbangi kejadian yang sama berulang.
Malah kemalangan yang berlaku meninggalkan kesan sampingan iaitu dirinya tidak boleh tertekan kerana ia boleh mengakibatkan dia menjadi sakit kepala.
Dalam tempoh dikurung itu, Julia merasai perubahan dalam hidup dan menganggap kejadian yang berlaku itu merupakan satu pengajaran.
“Saya mengakui semasa belajar di Gorgia, Amerika Syarikat selama tiga tahun, saya seorang gadis yang agak sosial.
“Ketika pulang ke Malaysia, saya mendapat ‘balasan’ seperti ini dan ia benar-benar mengingatkan saya terhadap kesilapan lalu,” katanya yang memperoleh sijil dalam bidang seni bina di Kolej Savannah negara itu.
Akibat kemalangan yang menimpa membuka hati Julia untuk mendekati Tuhannya dan mendengar nasihat daripada ibu bapanya. Malah kenakalan lalu dan kemalangan yang berlaku memberi ruang baru dalam hidupnya untuk berubah menjadi seorang gadis yang lebih baik.
“Tuhan menurunkan ujian kepada saya untuk memberi ruang kepada saya agar bangun semula merubah kehidupan ini.
“Dan saya bersyukur, atas apa yang terjadi benar-benar membawa perubahan untuk membolehkan saya menjadi manusia yang lebih baik dan sentiasa bersyukur terhadap nikmat-Nya,” kata anak seorang bekas guru besar ini.
Mengakui kejadian yang berlaku membuatkan Julia fobia dengan keadaan sekeliling apatah lagi ketika waktu hujan dan melihat kenderaan menyusur laju berdekatannya.
Bagaimanapun pengajaran yang berlaku Julia menasihat pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan tidak memandu ketika berada di dalam keadaan mengantuk.
Dalam hidup ini jelas beliau tiada apa yang lebih penting melainkan nyawa dan nikmat lain yang dianugerahkan Tuhan.
*Punya syarikat sendiri
Beberapa bulan terkurung di rumah kerana kemalangan yang menimpa barulah Julia terfikir sekiranya kemalangan yang berlaku menyebabkan wajahnya cacat, entah apa pekerjaan yang dapat dilakukannya?
Maka dalam tempoh bermuhasabah diri itu, beliau menggunakan pengalamannya belajar di negara orang untuk membuka syarikat hiasan dalamannya sendiri.
Dengan nama Suria Design Sdn. Bhd. yang berpejabat di Damansara Perdana, Kuala Lumpur, Julia amat bersyukur kerana banyak projek besar diperolehnya.
Antaranya dia mendapat peluang untuk menghias bilik dan restoran sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur dan beberapa projek lain.
“Ia mungkin rezeki di atas kesabaran saya akibat kejadian yang menimpa saya selama ini,” katanya.
*Mahu aktif dunia seni
Selepas membintangi Kayangan, Julia mengakui ramai yang memberi kritikan termasuklah mengatakan lakonannya dalam filem pertamanya itu kaku.
Menjadikan kritikan itu sebagai pembakar semangat Julia mahu melakukan perubahan untuk melihat dirinya berjaya dalam bidang tersebut.
Maka selepas filem itu dia telah membuktikan bakatnya dalam filem Cuci arahan Hans Isaac yang akan ditayang pada 24 Januari 2008. Bukan itu saja, Julia turut diberi peluang membintangi filem Cicak-Man 2, yang baru selesai penggambaran bulan lalu.
“Selepas kritikan dalam filem Kayangan, saya banyak belajar untuk meningkatkan prestasi saya dalam bidang lakonan.
“Saya tidak boleh sombong sebaliknya banyak belajar daripada pengarah filem lain bagaimana untuk memperbaiki kelemahan dalam diri saya ini,” ujarnya.
Mahu aktif dalam bidang seni akui Julia, dia perlu belajar dari bawah dan tidak mustahil satu hari nanti azamnya untuk menjadi penerbit filem yang berjaya akan terlaksana.
*Suka lelaki Melayu
Berdarah kacukan - ibunya Melayu dan bapanya orang Inggeris, kata Julia dia tetap menyukai lelaki Melayu walaupun ramai di kalangan mat saleh yang meminatinya. Ini kerana dia menyukai budaya Melayu yang mengajar untuk menghormati antara satu sama lain.
“Melayu adalah budaya saya dan saya tidak pernah terbuka hati untuk memilih lelaki mat saleh sebagai kekasih,” katanya.
Mengakui pada waktu ini belum mempunyai kekasih hati, buat masa ini dia ingin memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjayanya terlebih dahulu.
Percaya kepada jodoh, dia berharap suatu hari nanti akan dipertemukan dengan insan yang dapat membimbing dirinya dan menjadi suami bertanggungjawab seperti akrabnya hubungan ibu dan bapanya pada hari ini.
Saturday, December 1, 2007
Photos

Here I am in a photo shoot for a car magazine.
Labels: _fashion-photos, *2007, actress, magazine, model
Friday, November 30, 2007
"Remaja" - Magazine Cover
Julia Ziegler - Diintip… dipuja & kian dikagumi!
REMAJA berkongsi segalanya dengan Julia, dari latar belakang dirinya, soal cinta, karier dirinya, dan juga tragedi hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya....
Julia Ziegler, berdarah kacukan Melayu dan Amerika Syarikat ini ternyata memiliki segalanya.... Dianugerahkan tubuh yang cantik dan tinggi, memiliki ekspresi wajah yang memukau, kulit putih bersih, senyuman menawan dan sikap yang peramah membuatkan si manis yang baru berusia 23 tahun ini kian menjadi perhatian! Bermula dengan iklan komersial, kini Julia melangkah setapak lagi, apabila mula muncul dalam beberapa drama dan filem tempatan.
Julia seorang yang bagaimana? Saya sebenarnya seorang yang suka berkawan. Walaupun saya kelihatan agak pendiam dan pemalu, tetapi bila dah kenal, mesti orang cakap “Ish, gila juga perempuan ini ya!”.
Serba sedikit mengenai latar belakang keluarga dan pendidikan? Julia memiliki ijazah dalam jurusan seni bina di Amerika Syarikat. Julia bersyukur kerana dengan minat dan titik peluh Julia selama ini, Julia telah pun memiliki syarikat hiasan dalaman sendiri iaitu Suria Design. Ayah Julia pula seorang ahli perniagaan dan mummy Julia seorang guru besar di sekolahnya. Julia memiliki dua orang kakak dan seorang adik lelaki yang sangat Julia sayangi.
Dapatkan temubual bersama covergirl ini dalam REMAJA 1 Disember 2007
http://www.karangkraf.com.my/Remaja
"Rapi" - Magazine Cover
See me on the cover of the Dec 2007 issue of Rapi magazine !
http://www.karangkraf.com.my/e-majalah/rapi/default.asp
Thursday, October 11, 2007
"Project Runway" - 8TV Reality

http://www.8tv.com.my
Project Runway Malaysia is a reality television series that focuses on fashion design. Its contestants compete with each other to create the best clothes and are usually restricted in their time, materials, and theme. Their designs are judged and one or more designers are eliminated each week. The show's winner receives prizes of cash and professional opportunities (such as an internship with an established fashion house) to jump-start a career in the world of fashion.
