Sunday, July 27, 2008

Diana, Julia & Juliana bukan jual wajah

www.bharian.com.my
Oleh Zubir Mohd Yunus


Tiga wajah Pan-Asian - Diana, Julia dan Juliana diramal gegar industri perfileman negara, selain sedia berkongsi cerita peribadi.

KEMUNCULAN tiga bakat muda berwajah Pan-Asian - Diana Danielle, Julia Ziegler dan Juliana Evans mengingatkan kita kepada kehebatan serta pengaruh Sofea Jane, Deanna Yusoff dan Julia Rais dalam industri filem Malaysia sekitar era 80-an dan 90-an.

Memiliki wajah secantik Diana Danielle yang dikaitkan dengan Sofia Jane, Julia Ziegler bagaikan jelmaan semula Deanna Yusoff dan Juliana Evans pula sebagai pengganti Julia Rais, ia sekadar bonus kerana lebih penting bagi mereka adalah bakat lakonan serta keikhlasan hati, maknanya berusaha menjauhkan diri daripada sikap hipokrit dan sentiasa menjadi diri sendiri.

Realitinya, mereka tidak bersandar pada muka semata-mata kerana lebih ramai lagi insan lain yang juga kelihatan anggun, muda dan cantik tetapi tidak berpeluang menceburi kerjaya seni kerana tidak ada bakat dan kesungguhan.

Pastinya yang menjadi bualan hangat ketika ini ialah Diana selepas bakatnya dihidu penerbit dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam. Pun begitu, populariti Diana seiring gosip kisah cintanya dengan anak teruna Yusof, Syamsul.

Selepas bergandingan menerusi filem Evolusi KL Drift dan Bohsia, mereka sekali lagi dipertemukan dalam drama bersiri Farah Syakirah sebagai pasangan tunang.

"Tidak dinafikan, hubungan Diana dan Shamsul semakin hari, kami terus rapat. Tapi, nak kata sampai ke tahap bercinta tu, berilah kami sedikit masa lagi untuk membuat pengakuan yang lebih serius. Buat masa ini, tumpuan Diana 100 peratus kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang hanya tinggal kira-kira dua bulan lagi," katanya manja.

Pada masa sama, terdengar desas-desus, hubungan Diana dengan seorang aktres jelita agak dingin apabila aktres berkenaan dikatakan cuba menggoda kekasih Diana ketika mereka sama-sama berlakon filem Evolusi KL Drift, sedikit masa lalu. Apa komen Diana dalam hal ini?

"Diana tak mahu mengimbas kisah lama, selain tak mahu bermasalah dengan sesiapa dalam industri ini. Bagi Diana, apa yang sudah berlaku, biarlah berlalu dan kita ambil sebagai pengajaran. Diana serahkan pada peminat mahupun masyarakat menilai sejauh mana kesahihan cerita berkenaan," katanya berterus-terang.


Diana Danielle jelmaan Sofia Jane?

"Diana malu apabila orang cakap begitu. Namun, sebagai pendatang baru, Diana amat mengagumi lakonan Sofia terutama filem lakonannya, Cinta Kita. Apabila Sofia mampu bertahan hingga hari ini, mudah-mudahan karier Diana juga akan jadi seperti dirinya, sekalipun sudah berkeluarga, dia terus diminati," katanya lagi.

Julia tak berkasih dengan Pierre

Seperti Diana, Julia Ziegler juga sering dikaitkan dengan pasangannya di dalam filem, Pierre Andre biarpun dirinya sebelum ini pernah dikaitkan dengan Yusry KRU dan Bard R1.


"Julia akui semakin rapat dengan Pierre kerana hampir setiap hari kami bertemu, dah kenal hati budi masing-masing. Sayang pada Pierre, yes, Julia care about him, apa dia buat, dia selamat ke, tapi care dan sayang Julia pada Pierre tak lebih daripada seorang kawan baik. Cinta, terus-terang Julia belum sedia, tapi nak kata kami menjalin hubungan 'teman tapi mesra', Julia tak setuju dengan istilah itu.

"Bagi Julia, sekiranya berkawan atau bercinta, Julia tak suka hipokrit. Pintu hati Julia masih tertutup dan menunggu siapa sang pria yang lebih dulu membawa 'kuncinya'. Perasaan cemburu pun tak ada pada Pierre, sebab itu Julia katakan kami tak bercinta," katanya tanpa berselindung.


Apa komen Julia, kalau seseorang itu baru saja mengenali seseorang, terus melafazkan kata cinta?

"Baru berkawan, kemudian terus bercinta, hubungan itu tidak ikhlas, plastik. Bukan cinta sejati, sebaliknya lebih mempermainkan perasaan orang, tak baik begitu," kata Julia yang masih berada di Jakarta, Indonesia bersama Pierre sehingga 1 Ogos ini untuk menjayakan penggambaran filem Teman Selamanya terbitan 999 Pictures dan Astro Shaw.

Juliana akui sedang dilamun cinta


Sementara itu, Juliana selepas putus cinta dengan Adam Akademi Fantasia 2 (AF2), kini sudah pun mendapat pengganti, seorang pemuda biasa, bukan di kalangan artis, berusia awal 20-an dan mengusahakan perniagaan sendiri.

"Ya, kami bercinta, buat apa sorok-sorok? Juliana tak suka hipokrit dalam perhubungan. Seandainya tiada jodoh, kami break-up, itu sesuatu yang lazim. Kahwin pasangannya cerai, bercinta pasangannya putus kasih," katanya yang pernah mengacarakan rancangan E-Zone, Remaja dan Aksi Gerek (siaran TV Singapura, Suria TV).

Golongan aktres popular, terkenal, dikatakan gemar mencari pasangan di kalangan VVIP dan bangsawan, bagaimana dengan Juliana?

"Terpulang kepada diri masing-masing kerana bagi Juliana, cinta itu buta dan tak kenal darjat. Yang penting, kita jangan bercinta dengan suami orang sehingga berlakunya perceraian," katanya yang persis gaya dan secantik Julia Rais.

INFO: Diana Danielle

* 1. NAMA PENUH: Diana Danielle Danny Beeson
* 2. TARIKH LAHIR: 22 November 1991
* 3. ASAL: Dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di Kuala Lumpur sejak berumur dua tahun
* 4. DARAH CAMPURAN: Amerika (ayah) dan Melayu (ibu)
* 5. KELUARGA: Anak tunggal
* 6. PENDIDIKAN: Masih menuntut di tingkatan lima, Sekolah Sri Inai, Kuala Lumpur
* 7. IKLAN: lampin Merries (ketika berusia sembilan bulan), Milo, Telekon Malaysia (TM), Hazeline Snow dan Fair & Lovely
* 8. DRAMA: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah (setiap Ahad, jam 9 malam di RTM2)
* 9. FILEM: Idola (ketika berusia sembilan tahun), Evolusi KL Drift, Malaikat Maut (belum tayang), Bohsia (belum tayang) dan Setem (belum tayang)



INFO: Julia Ziegler

* 1. NAMA PENUH: Julia Bob Fauzi Ziegler
* 2. TARIKH LAHIR: 21 Mei 1984
* 3. ASAL: Ampang, Selangor
* 4. DARAH CAMPURAN: Bapa (Jerman-Amerika), ibu (Melayu-Jawa)
* 5. KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
* 6. PENDIDIKAN: Pengajian Asas Arkitek dari Savannah College of Art & Design, Georgia, Amerika Syarikat
* 7. SYARIKAT MILIKNYA: Suria Design Sdn Bhd
* 8. KOMERSIAL: Nokia, Celcom, Olay, Pantene dan Penerbangan Malaysia (MAS)
* 9. FILEM: Kayangan, Cuci, Cicak-Man 2 (belum tayang), Jangan Tegur (belum tayang) dan masih menjalani penggambaran filem usaha sama Malaysia-Indonesia, Teman Selamanya



INFO: Juliana Evans

* 1. NAMA PENUH: Juliana Sophie Johari Evans
* 2. TARIKH LAHIR: 5 Julai 1989
* 3. ASAL: Petaling Jaya, Selangor
* 4. DARAH CAMPURAN: British (bapa) dan Melayu (ibu)
* 5. KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik
* 6. PENDIDIKAN: Masih mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Help University, Pusat Bandar Damansara
* 7. KOMERSIL: Canon (ketika berusia lapan bulan), Kentucky Fried Chicken (KFC), Fruitella, Nokia, Johnson&Johnson, Play Dough, Dutch Lady dan Clean & Clear
* 8. DRAMA: Kami The Series (8TV) dan Kasut Tumit Tinggi (Astro)
* 9. FILEM: Kami The Movies dan Hooperz



* Solekan & dandanan Diana: Ruhaya Mohd Yusof (016 222 5126)
* Solekan & dandanan Julia: Zakiah Elorna (019 644 6349)
* Solekan & dandanan Juliana: Lisa Amri (016 993 5150)
* Pakaian Diana & Julia: Faizell Azraff (017 392 9216)
* Pakaian Juliana: Khairi Sufi (013 375 5892)
* Barang kemas Diana: Rafflesia - Mandalay Jadeite
* Barang kemas Julia: Rafflesia - White South Seas Pearls
* Barang kemas Juliana: Rafflesia - Golden South Seas Pearls
* Terima kasih: Pengurus Promosi Rafflesia, Bill Bora (012 326 9560)

Read more!

Saturday, July 26, 2008

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-21 (FFM21), PUTRAJAYA


Adalah dimaklumkan bahawa Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) akan diadakan pada 7-10 Ogos 2008 di Putrajaya Convention Centre (PICC), Putrajaya.

FFM21 dianjurkan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) serta mendapat sokongan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW).

See you all there!

Read more!

Wednesday, July 9, 2008

Julia jadi gadis Indo







DIVA INTERAKTIF
www.kosmo.com.my

SEBENARNYA berita pelakon cantik Julia Ziegler berlakon di Indonesia tersebar secara tak sengaja apabila teman Diva menelefon Julia untuk sesi fotografi.

Tapi kata Julia dia tak boleh memenuhi undangan tersebut sebab sedang berada di Jakarta untuk membintangi sebuah filem usaha sama Malaysia dengan Indonesia berjudul Teman Selamanya.

Cuma kata Julia, sekarang dia tengah mendalami bahasa Indonesia. "Sebab saya membawakan watak gadis Indonesia bernama Melati."

Teman Diva tanya, siapa lagi yang berlakon dalam filem tersebut? Julia beritahu filem ini turut dibintangi oleh Pierre Andre.

Mereka berganding bahu dengan pelakon hebat dari Indonesia seperti Tora Sudiro.

Diva: All the best buat Julia.

Read more!

Tuesday, July 8, 2008

Jakarta - filming....

Me and Pierre on set in Jakarta, filming the movie Teman Selamanya

Read more!

Indonesia goings-on....

Here's me with Pierre Andre, Tora Sudiro and Vincent. Behind the scenes for the movie, Teman Selamanya that we are shooting in Jakarta.

Read more!

Indonesia - Filming "Teman Selamanya"

Me, Pierre and Sharaad, the executive producer. In Jakarta while filming the movie, Teman Selamanya.

Read more!

Jakarta

Norman, our acting coach, with Pierre and me in Jakarta prior to start of filming the movie, Teman Selamanya.

Read more!