We are shooting now in Ipoh..
Presenting Serapuh Arang, directed by Rashid Sibir
Starring Khatijah Tan, Fizz Fairuz, Fazrul Khan, Julia Ziegler, Norlia Ghani
Sunday, February 28, 2010
Telemovie TV3
Tuesday, February 16, 2010
Crayon Julia
Oleh MURSHID EUNOS
www.hmetro.com.my
USIA pembabitannya dalam dunia seni lakon masih hijau. Belum lagi dinobatkan dalam mana-mana penganugerahan, namun ia tidak langsung mematahkan semangat Julia Ziegler untuk berasak ke tahap lebih tinggi.
Pengalaman dan keyakinan selepas beraksi dalam filem Kayangan, Cuci, CicakMan 2 dan Jangan Tegur serta Teman Selamanya (Indonesia), sudah cukup memberi suntikan buatnya bergelar penerbit filem.Sedia atau tidak bukan lagi persoalannya. Sebaliknya, aktres kacukan Melayu Jawa dan Jerman berusia 25 tahun ini kini gigih mencatur tanggungjawab lebih berat dan rumit.
Filem pertama terbitannya, Crayon menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura. Tidak hanya di situ, graduan jurusan Seni Rekaan dari Savannah College, Georgia, Amerika Syarikat ini sibuk meneliti dua lagi skrip yang berkisar mengenai perihal orang kurang upaya dan warga emas untuk diterjemah pada skrin layar lebar sejurus selepas Crayon.
Menurut anak ketiga daripada empat beradik, keputusan ini bukan suka-suka atau ada strategi tersembunyi, sebaliknya langkah berani ini diambil selepas melihat semula perjalanan seninya yang memerlukan anjakan paradigma.
Selain dapat mengembangkan lagi sayap kerjayanya, status sebagai penerbit dapat memberi lebih kepuasan bagi anak kelahiran Ampang, Selangor ini untuk terus menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif dan dinamik.
“Skrip Crayon ditulis Ainuddin Burhan penuh pengajaran serta hebat plot penceritaannya. Ia terus menarik minat saya untuk menjadikan idea itu kepada bentuk visual.
“Sinopsis yang ringkas berkisar mengenai kehidupan seorang wanita dan perjuangannya terhadap kebajikan anak yatim, sudah cukup membuatkan saya teruja.
“Ilham untuk beralih menjadi penerbit datangnya daripada seorang teman yang kebetulan berminat membuat kebajikan dalam bentuk filem. “Malah saya sudah lama menyimpan hasrat untuk memartabatkan golongan kanak-kanak dalam perspektif saya sendiri.
“Filem ini mengundang teman saya yang juga pelakon berbakat besar, Adibah Nor selaku teraju utama manakala Joey Exists dan Acong tampil sebagai bintang undangan.
“Projek ini tidak akan berjaya jika tanpa bantuan dan sokongan kakak saya yang juga penerbit televisyen, Linda Ziegler selain turut memberi pandangan kreatif terhadap karya pertama syarikat kami, Zioss Film Sdn Bhd.
“Yang pasti, setiap kerumitan yang timbul semakin menajamkan keyakinan serta semangat saya untuk terus berusaha menjadikan Crayon filem pilihan kaki wayang tempatan,” katanya.
Tidak menyenaraikan dirinya sebagai pelakon untuk filem terbitannya, bintang utama drama bersiri Susuk ini hanya mahu memberi komitmen di belakang tabir. Julia berharap Crayon dapat memberi impak tersendiri kepada industri perfileman tanah air.
Gadis yang kini menanti dua filem lakonannya — Toyol Nakal dan Bisikan Suaka — ini menegaskan hasratnya untuk menyambung pengajian dalam bidang perfileman.
Memandang kelas lakonan serta pengarahan sebagai kiblatnya sebagai anak seni, Julia yang kini hampir empat tahun berkecimpung dalam arena lakonan menyedari kemampuannya masih perlu diperbaiki.
Selain itu, gadis lasak yang mengagumi seni kebudayaan ini ingin mencuba sesuatu yang baru dalam dirinya dengan beraksi di pentas teater.
“Saya menganggap jika seseorang pelakon itu benar-benar berbakat, mereka perlu menempuh pengalaman di pentas teater. Jadi itu satu lagi misi saya dalam bidang ini.
“Sejak dulu lagi saya berminat menyertai seni ini, tapi kerana kesuntukan masa ia menyekat langkah saya. Insya-Allah saya akan pergi ke arah itu jika diberi peluang satu hari nanti,” katanya.