Sunday, August 8, 2010

Siapa Bilang Julia Ziegler Sudah Berkahwin?

LinkTeks oleh: Syafiqah Jalal
www.murai.com.my

KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2010
Pelakon berdarah kacukan Julia Ziegler atau dikenali sebagai Fatimah Juling dalam drama bersiri popularnya di Astro Prima ini mengakui dia sedih mengenangkan nasibnya apabila asyik didatangi berita atau kisah yang tidak benar mengenai dirinya sejak Julai lalu.

A Selain terpapar gambar dan berita yang kononnya mengatakan dirinya suka berfoya-foya dalam akhbar akhbar tabloid harian bertarikh 4 Julai 2010 yang lalu, Julia juga turut tertekan apabila dia dituduh sudah berkahwin.

Ketika ditemui murai.com.my, Julia telah meluahkan rasa kesalnya di atas segala laporan yang bukan saja disifatkan sebagai tidak berasas itu tetapi juga telah mendatangkan kebimbangan buat keluarganya.

"Saya pun hairan dan kecewa juga apabila saya dituduh suka berpesta sedangkan gambar yang mereka dapat itu adalah gambar candid dan leher saya yang nampak dicium oleh lelaki itu sama sekali tidak tersentuh.

"Saya harap peminat dan masyarakat di luar sana tidak tersalah tafsir dengan gambar yang tersebar itu, kerana saya ketika itu hanya keluar untuk menyaksikan World Cup 2010 bersama rakan-rakan sahaja dan tak lebih daripada itu.

"Namun apa yang membuatkan saya hampa dan sedih bila berita itu tersiar pada tarikh jatuhnya hari jadi mak saya dan ia nyata telah membuatkan mak saya jadi betull-betul terkejut. Bagaimanapun, syukur Alhamdulilah kerana dia bukan saja memahami tetapi tahu apa yang saya buat selama ini dan menganggap itu semua hanyalah dugaan daripadaNya.

"Ayah saya juga risau ndan telah bertanya lebih lanjut mengenai gambar itu kepada saya kerana takut kalau ada orang yang mahu mengambil kesempatan ke atas diri saya", keluhnya.

Malah, paling mengejutkan Julia apabila ramai yang beranggapan dia sudah berkahwin. Hal ini disebabkan, ramai pihak yang cuba mendapat pengesahan daripada dia dan keluarganya sama ada dia sudah berkahwin atau pun sebaliknya.

"Saya tidak tahu dari mana mana datangnya punca perkhabaran tersebut sedangkan usah kata berkahwin, mempunyai teman lelaki pun, belum lagi. Tapi yang peliknya ramaikawan-kawan kepada mak saya dengar yang saya sudah berkawin. Tidak cukup dengan itu, ramai kawan saya sendiri beritahu yang mereka berkecil hati dengan saya kerana tidak menjemput mereka pada hari perkahwinan saya.

"Saya pun tak tahu siapa yang bertanggungjawab menyebarkan berita tidak benar ini sedangkan saya tidak ada keluar dengan lelaki lain kecuali kawan-kawan saya serta akak dan mak saya sahaja yang sentiasa menemani saya ke mana sahaja kerana saya masih solo. Saya harap, berita ini dapat dihentikanlah kerana ianya secara tidak langsung akan mendatang pelbagai anggapan di luar sana terhadap diri dan keluarga saya", katanya yang kini belum bersedia untuk menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki selain hanya mahu fokus pada kerjaya serta familinya.

Dalam pada itu Julia yang baru sahaja tamat menjalani pengambaran drama bersiri Fatimah Juling itu sempat memberitahu bahawa sempena bulan Ramadan yang akan tiba nanti, dia dan adik-beradik yang lain tidak akan melepaskan peluang untuk berniaga di bazar ramadan, Kampung Baru Kuala Lumpur dengan menjual makanan yang dimasak sendiri seperti Nasi Dagang serta Popia sebagai menu istimewa nanti.

No comments: