Wednesday, July 9, 2008

Julia jadi gadis Indo







DIVA INTERAKTIF
www.kosmo.com.my

SEBENARNYA berita pelakon cantik Julia Ziegler berlakon di Indonesia tersebar secara tak sengaja apabila teman Diva menelefon Julia untuk sesi fotografi.

Tapi kata Julia dia tak boleh memenuhi undangan tersebut sebab sedang berada di Jakarta untuk membintangi sebuah filem usaha sama Malaysia dengan Indonesia berjudul Teman Selamanya.

Cuma kata Julia, sekarang dia tengah mendalami bahasa Indonesia. "Sebab saya membawakan watak gadis Indonesia bernama Melati."

Teman Diva tanya, siapa lagi yang berlakon dalam filem tersebut? Julia beritahu filem ini turut dibintangi oleh Pierre Andre.

Mereka berganding bahu dengan pelakon hebat dari Indonesia seperti Tora Sudiro.

Diva: All the best buat Julia.

2 comments:

azizi ali said...

julia bg la i no fon u...

Unknown said...

Satu langkah yang baik untuk menjadi seorang yang "super seni." Pandang ke hadapan kerana di hadapan adanya titik yang lebih cerah untuk mu k:)