Saturday, January 31, 2009

Golf 'merelakskan' - Julia

www.utusan.com.my
Oleh Mohd. Ridzwan Iman dan Metra Syahril Mohamed

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sukan golf kepada Julia Ziegler, 25, pelakon kacukan Melayu-Inggeris yang dijadikan model untuk muka depan WOW! kali ini, beliau berkata, golf merupakan sukan yang relaks dan mendamaikan.





Bagaimanapun, Julia berpendapat, sukan ini agak kurang menarik minat golongan muda sepertinya yang lebih menyukai sukan lasak dan yang memerlukan pergerakan aktif seperti futsal.

"Tanggapan pertama saya ketika mula berjinak-jinak bermain golf satu ketika dahulu, ia cukup relaks.

"Menurut perhatian saya juga, sukan golf turut dijadikan 'alat' kepada golongan korporat untuk membina jaringan bisnes masing-masing," katanya pada sesi fotografi di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, KGPA), Bukit Kiara, baru-baru ini.

Ujar Julia, meskipun lebih gemarkan sukan-sukan lasak, dirinya sudah mulai 'jatuh cinta' dan teruja dengan sukan golf.

"Seronok juga kalau sesekali hayunan kita menjadi dan bola masuk ke dalam lubang.

"Sebelum ini saya berlatih main golf di lapangan sasar di sebuah kelab golf sekitar Damansara," katanya.

Menceritakan tentang perkembangan seninya, Julia memberitahu bahawa dia sudah pun menjalani penggambaran sebuah filem berjudul Bego arahan Rako Prijanto dari Indonesia.

Filem itu, jelasnya, menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia serta bakal ditayangkan di pawagam sama ada Mei atau Jun ini.

3 comments:

Daniel Adnan said...

Wow!! How I wish that I knew how to play golf. Even at range :D

Anonymous said...

cantik betol kak julia landing kat situ.main golf kat ner?

Anonymous said...

penah main golf kat umah.amik payung ngan bola pingpong,pukul menggunakan tempat pemegang payung kat hujung pas tu,pukullah.