Tuesday, December 4, 2007

"Cinta dan Keadilan" - Astro Ria TV

MENGISAHKAN suka duka serta cabaran yang terpaksa ditempuhi dua pelajar undang-undang, Zafira (Julia) dan Sara yang menjalani latihan amal guaman di firma Rashid & Co.

Zafira, lulusan universiti tempatan ditugaskan bekerja di bawah Tina, peguam wanita yang tegas tetapi lumpuh.

Sara pula menjalani latihan di bawah Roslan, peguam senior kacak yang juga anak pemilik firma itu, Rashid. Berbeza dengan Tina, Roslan memiliki segala-galanya tetapi dihimpit masalah rumah tangga yang dibinanya bersama Tina.

Konflik dan ketegangan tercetus apabila Zafira melihat Sara sebagai pesaingnya. Lebih memburukkan keadaan apabila Tina kerap memberikan lebih kerja hingga membuatkan Zafira tertekan.

Sara pula terheret dalam konflik rumah tangga Roslan dan Honey disebabkan sikap isteri Roslan yang terlalu cemburu.

Setiap mereka mempunyai konflik tersendiri apabila Zafira menghadapi masalah dengan teman lelakinya, Rauf manakala Sara pula jatuh cinta dengan Rashid.

Tina kembali dibelenggu masalah untuk merebut hak penjagaan anaknya daripada suaminya, Jefry. Apakah pengakhiran Cinta & Keadilan?

6:00PM & 9:00PM Mon-Thurs
www.astro.com.my
http://www.youtube.com

Cover photo with Nor Aliah Lee, Nazril Idrus, and Nurfaezah

No comments: