Thursday, November 22, 2007

"Ejen 016" - Digi TV Series


Musim baru Ejen 016 lebih menarik, cerita misi berbeza

ROMBAKAN besar-besaran berlaku ke atas program komedi bersiri, Ejen 016 yang mula menemui penonton di saluran TV3, jam 9.30 malam Jumaat lalu. Untuk musim kedua ini, rancangan yang memaparkan kisah perisik tempatan yang penuh gelagat lucu ini melakukan banyak perubahan.

Antaranya menampilkan ramai pelakon berbakat yang berwajah segar seperti Serina Redzuawan yang memegang watak sebagai Ejen 0146 dan Julia Ziegler sebagai Ejen Rin 0143. Manakala pelakon lain yang menghiasi siri lapan episod ini ialah Norman Hakim, Jehan Miskin, Lis Dawaty, Hetty Sarlene, Azri Iskandar, Rozita Che Wan, Corrie, Lando dan ramai lagi.

DiGi Home Copyright © 2007
DiGi Telecommunications Sdn Bhd - All Rights Reserved.

http://www.digi.com.my/rentaq/apayggempak/ejen016/index.do

No comments: