Monday, August 16, 2010

Julia Ziegler Seronok Berniaga Di Bazar Ramadan

www.murai.com.my
KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2010: Tiba sahaja bulan Ramadan, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berniaga di bazaar ramadan begitu juga dengan pelakon berdarah kacukan, Julia Ziegler yang sudah beberapa kali menjalankan perniagaan setiap kali menjelangnya bulan yang penuh hikmah dan keberkatan ini.

Julia ketika dihubungi berada di lokasi pengambaran filem Ombak Rindu itu memberitahu murai.com.my bahawa dia menyediakan pelbagai juadah sempena bulan ramadan di bazaarnya.
"Tahun ini saya membuka gerai di bazaar ramadan Kampung Baru Kuala Lumpur. Beberapa juadah istimewa yang saya dan kakak saya sediakan adalah Nasi Dagang dan Popiah. Alhamdulilah setakat ini jualan semuanya bagus dan berjalan seperti biasa walaupun hari kedua keadaan cuaca tidak berapa mengizinkan kerana hujan tapi jualan masih diteruskan," katanya.

Walaupun pada saat ini kali ini Julia masih belum berkesempatan untuk keluar berniaga di bazarnya dan hanya memasaknya di rumah, namun dia tetap mempunyai pengalaman yang sangat manis ketika menjualnya sendiri di bazaar Ramdan pada dua tahun yang lepas.

"Seronok sangat apabila dapat berniaga di bazaar ramadan ini. Terutama sekali apabila sudah bergelar selebriti ini, ianya sangat berbeza dan pengalaman baru buat saya ketika itu. Apabila orang ramai melihat saya berniaga, mereka terus serbu ke gerai saya membeli di gerai saya serta bergambar dengan saya. Dengan cara ini, saya dapat mengeratkan silaturahim bersama peminat-peminat saya.

"Selain itu, saya belajar dan mengerti bagaimana susahnya orang lain untuk mencari rezeki berniaga di bulan Rramadan ini. Banyak dugaanya apabila terpaksa berniaga ketika hujan lebat kerana jualan pun akan merosot", katanya lagi.

Sementara itu, Julia yang berpendapat berniaga di bulan yang ramadan ini bukan sahaja untuk mengaut keuntungan daripada hasil jualan malah dia lebih senang menganggapnya amalan di bulan puasa.

"Saya suka berniaga di bulan yang mulia ini, kerana bukan sahaja kita dapat menambah rezeki di bulan ramadan malah kita juga akan mendapat kelebihan daripadaNya apabila menyediakan juadah untuk umat Islam yang berbuka puasa", katanya yang baru sahaja habis merakamkan klip video untuk album Aril AF7.

(Special credit to my sister, Linda, as she has managed all)

No comments: