Sunday, August 17, 2008

Tak takut darah

www.kosmo.com.my

SEDANG bekerja untuk dua produksi, masa seorang Julia Ziegler kini sangat padat. Kata Julia, mengikut prinsip pekerjaannya, dia jarang melakukan dua kerja serentak.

Namun kerana Ampang Medikal, sebuah drama rantaian yang mencabar kredibiliti menjadi seorang doktor, dia tidak sanggup melepaskan drama yang bakal disiarkan di ntv7 bermula 21 Ogos setiap Isnin hingga Khamis.

Pada masa yang sama, Julia kini akan masuk lokasi untuk slot Samarinda berjudul Kasih Iftitah. Kesibukannya mencipta persoalan tentang mudahnya seorang wanita cantik hidup dalam dunia hiburan.

Tetapi Julia pantas menolak persepsi tersebut dengan mengatakan biar banyak pihak nampak dia bagai mudah naik, ironinya ia tidak semudah yang disangka.

"Tidak semua perempuan cantik boleh berjaya. Jika tidak ada disiplin, minat atau kesungguhan, cantik menjadi satu perhiasan yang tak akan membawa kita ke mana-mana.

"Ya, mungkin wanita berwajah Asia kelihatan lebih menyerlah, tapi kami tetap berusaha bersaing," katanya yang semakin selesa dengan industri seni lewat kebelakangan ini.

1 comment:

Bagan said...

cilok mc lebih skit...