Oleh: Hanez Yussof
Foto: Danial Ubaidullah
Belum reda kisah Julia Ziegler yang dikaitkan bercinta dengan Yusri KRU, kini Julia beralih arah pula kepada pelakon dan pengarah muda berusia 23 tahun Pierre Andre. Khabarnya hubungan mereka agak rapat kebelakangan ini. Mereka dilihat datang bersama ke majlis persandingan Dyanas dan Hafizy di Shah Alam.
www.jomstar.com
Memakai baju sedondon warna merah hati, Julia kelihatan memegang lengan Pierre Andre ketika berjalan keluar dari pintu utama kediaman keluarga Dynas. Apa benarkah pelakon berdarah kacukan yang diperkenalkan ke dunia perfileman menerusi filem Kayangan ini mempunyai hubungan istimewa dengan Pierre Andre? Bagaimana hubungan Julia dengan Yusri KRU yang dikatakan amat intim baru-baru ini?
Julia ketika diminta memberi komennya mengenai hubungannya dengan Pierre Andre ternyata tidak melatah. Malah dengan bersahaja dia mendakwa bahawa antara dia dengan Pierre Andre hanyalah kawan biasa sahaja.
"Pierre Andre adalah kawan kepada adik saya. Kebetulan sekarang ni pula dia menjadi pengarah kepada filem terbaru yang sedang menjalankan pengambaran iaitu Jangan Tegur keluaran Metrowealth. Saya akui saya memang rapat dengan Pierre Andre bukan hanya kerana kami sudah kenal lama, tetapi juga kerana kami bekerja di dalam produksi yang sama sekarang ini. Pierre bertindak sebagai Pengarah, Pelakon dan Penulis Skrip dalam filem ini. Saya akui saya bercita-cita untuk menjadi Pengarah suatu hari nanti. Saya rapat dengan Pierre kerana saya nak belajar dari dia sebagaimana saya mencungkil ilmu dari Yusri KRU. Saya ingin belajar dari kedua-dua mereka ilmu pengarahan.
Soal cinta memang antara saya dan Yusri juga Pierre Andre tidak ada hubungan yang istimewa. Saya tak takut untuk mengaku bahawa saya memang kerap keluar dengan Yusri dan Pierre Andre. Dengan Pierre, walaupun dia muda dari saya tapi kami sekepala. Saya senang berkawan dengan mereka sementelahan senang berguru dengan mereka yang dah ada pengalaman menjadi pengarah. Sebenarnya bukan dengan mereka berdua sahaja, dengan Raja Ahmad Alauddin juga saya rapat masa berlakon drama arahannya. Tak ada pula timbul gosip"kata Julia sambil ketawa.
BELAJAR TAK SEKSI
Sebut sahaja nama Julia Ziegler, tidak dapat lari dari membayangkan empunya diri seorang gadis jelita dan seksi. Dengan ketinggian 5'8 tanpa sepatu, gadis yang berpendidikan dalam bidang Architecture ini bermula sebagai model catwalk. Dengan corak hidup sebegitu, apabila terjun ke bidang lakonan, Julia mengakui dia sudah terbiasa berpakaian seksi. Cuma katanya lagi, sejak terlibat dalam banyak drama dan filem dia mendapat banyak respon dari para peminatnya yang mahukan dia berimej lebih baik.
"Saya sedang berusaha untuk kurang menyeksikan diri. Saya tidak mahu tampil seksi yang keterlaluan dan menjolok mata kerana saya sayangkan kehidupan saya sekarang. Diakui selepas kemalangan kereta yang hampir meragut nyawa saya 21 November 2006, hidup saya semakin berubah. Tuhan memberikan kehidupan kali ke 2 buat saya. Sebagai manusia, saya perlu menghargai dan bersyukur kerana dipanjangkan usia lagi. Oleh kerana itu, sekarang ni saya beransur-ansur berubah dari segi pemakaian agar senang di mata para peminat yang amat penting dalam hidup dan kerjaya saya" akui Julia jujur.
Menyentuh tentang kerjayanya yang semakin berkembang, Julia Ziegler yang sekarang sedang memulakan pengambaran filem Jangan Tegur sebelum ini mula diperkenalkan ke dunia seni menerusi drama pertamanya Nur Aishah. Setakat ini Julia telah pun membintangi beberapa buah filem antaranya Kayangan, Cicak Man 2 dan Cuci. Meskipun memiliki Ijazah dalam bidang Architecture, ternyata minatnya dalam bidang seni dan pengarahan lebih mendalam lagi. Justeru, apabila sudah terlibat dalam bidang seni, Julia mengakui akan berjuang sehingga ke akhirnya.
"Setiap hari kita berdepan dengan proses pembelajaran. Jadi andai ada sebarang kekurang ketika berlakon, saya akan mengatasinya dari masa ke semasa. Saya hanya manusia bi
asa tidak sempurna. Kritikan yang saya terima saya jadikan pedoman untuk memperbaiki mutu lakonan saya. Begitu juga dengan pengarahan. Saya sedang ke karh itu sekarang" ujar Julia.
Tidakkah dengan paras rupa yang menawan, Julia sudah dikira beruntung dan mudah untuk terjun ke bidang glamour ini?
Kata Julia; "Saya akui berbekalkan muka Pan Asian ramai yang berkata begitu. Banyak yang terjadi keadaan sebegitu. Tapi saya tidak mahu menjadi segelintir dari mereka yang muka lawa tapi bakat hancur dan tak ke mana. Saya mahu manjadi pelakon dan pengarah yang ada jiwa".
SINGLE AND AVAILABLE
Sejak putus cinta dengan seorang jejaka pada tahun 2006, Julia masih bersendiri. Fokusnya hanya pada kerjayanya yang sedang menjalani proses penyesuaian. Meskipun agak kecewa dengan perhubungannya selama tiga tahun yang terhenti di tengah jalan, Julia berfikiran positif. Baginya apa yang sudah berlalu biarlah jadi sejarah dan panduan untuk hari kemudian. Mengimpikan seorang lelaki yang baik hati, sporting dan tidak mementingkan rupa paras semata-mata, Julia akui ingin menamatkan zaman bujangnya apabila berusia 27 tahun.
"Saya sekarang memang single. Target kahwin lagi tiga tahun, insya-ALLAH. Saya rasa pada usia itu saya sudah bersedia menjadi seoarang isteri. Apa yang penting saya tidak berkongsi kasih dengan sesiapa ketika itu.. Saya tak nak berpoligami. Tak mahu mengambil hak orang lain. Biar dia tidak kaya, asalkan bukan hak milik orang lain" ujar Julia lagi.
Saturday, March 22, 2008
Jomstar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment