Tuesday, March 4, 2008

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007

www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular.
See update on Berita Harian's web site.

I just returned from road tour in Melaka and Kuantan and it was wonderful. Such a big crowd and it was great to meet so many people! Get your votes in before the closing date Mar 23rd.

Undian ABPBH 2007 semakin rancak
Oleh Akmal Abdullah

MINGGU ini dunia hiburan tidak diperkatakan sangat berbanding demam Pilihan Raya Umum yang lebih menjadi bualan ramai menjelang hari mengundi pada 8 Mac ini. Bagaimanapun, dunia hiburan kini tentunya rancak memperkatakan mengenai undian terhadap artis dan selebriti yang menjadi finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007.

Ada artis yang mula tidak senang duduk mengingatkan untung nasib dirinya sama ada berpeluang menang atau tidak. Bagi mereka yang menang pada musim lalu, tentunya lagi berdebar dalam usaha untuk mempertahankan gelaran tahun lalu. Memang tahun ini agak sukar menjangkakan siapa bakal menang dalam semua kategori dipertandingkan, begitu juga kategori utama - Bintang Paling Popular.

Sehingga hari ini, sudah masuk 39 hari borang undian ABPBH 2007 disiarkan dan sambutan diberikan begitu baik. Pengiraan undian sudah bermula sejak 1 Februari lalu dan saban hari penganjur menerima berguni borang undian untuk dimasukkan dalam data pengiraan. Pola undian terhadap beberapa artis menampakkan kecenderungan menarik kerana ada finalis yang mendahului pesaingnya jauh ke depan dan sukar digugat, selain ada juga artis yang tidak menentu kedudukannya. Jika minggu lalu dia mendahului kategori tertentu, tetapi undian diperoleh minggu ini agak merosot. Namun, kiraan undian akan terus dilakukan sehingga 27 Mac ini apabila tarikh akhir penerimaan borang undian ialah pada 23 Mac, sebeleum diumumkan pada malam kemuncak 30 Mac ini .

Undian ABPBH 2007 bergantung pada kehendak peminat dan bukan peminat mahupun daripada kelab peminat. Apa yang dikira untuk menentukan pemenang ialah jumlah undian keseluruhan yang diterima kelak. Jangan lambat hantar borang undian anda dan bagi pembaca yang menyertai undian, isilah borang dengan lengkap dan pastikan slogan dicipta menarik dan kreatif kerana jika ada rezeki, anda berpeluang menang kereta Peugeot 307 berharga RM140,000.

Jangan lupa terus mengundi kerana undian anda akan menentukan kejayaan artis untuk menjulang trofi bagi 16 kategori yang dipertandingkan serta kategori Bintang Paling Popular. Undilah mengikut kemahuan anda, bukan kerana sentimen glamor dan publisiti yang diraih seseorang artis itu.

Ketemu lagi minggu depan!

No comments: