oleh: Zubir
TEKA-TEKA siapakah teman rapat Yusry KRU sudah terjawab baru-baru ini apabila Zubir mendedahkan, model dan pelakon baru, Julia Ziegler adalah gadis cantik yang dimaksudkan itu. Namun, baik Yusry mahupun Julia, tetap menafikan mereka bercinta, sebaliknya hanya mengaku kepada Zubir, keintiman mereka atas dasar teman rapat dan rakan sesama artis, tanpa membabitkan sebarang perasaan sayang dan cinta. Cayalah!
Pengakuan itu sekali gus melayakkan Yusry dan Julia tidak terikat atau mempunyai komitmen dengan sesiapa. Bahasa mudahnya, Yusry dan Julia masih available, hati mereka tidak dimiliki lagi. Yang pasti, kemesraan Yusry dan Julia hanya terjalin apabila Julia membintangi filem terbaru arahan Yusry, Cicak-Man 2, baru-baru ini.
Nak dijadikan ceritakan, ketika Zubir mengikuti rombongan siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 di Kuantan, minggu lalu, Julia pun ikut serta. Dia finalis kategori Artis Baru Wanita Popular. Namun, Julia tidak menaiki bas Mara Liner yang menjadi pengangkutan rasmi siri jelajah promosi ABPBH 2007, sebaliknya ke Kuantan menaiki kereta sport BMW Z4 ditemani seorang jejaka. Pemuda berkenaan bukanlah orang lain, dia ialah Bard R1, juga Top 5 kategori Artis Baru Lelaki Popular.
Bagi Zubir keadaan itu bukanlah satu dosa kerana Zubir sendiri menaiki kereta bersama finalis Artis Baru Wanita Popular, Fouziah Gous. Pun begitu, yang menarik perhatian Zubir ialah kemesraan yang terjalin antara Bard dan Julia ketika di Kuantan. Julia turut membonceng motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi Bard ketika sesi konvoi ke Kuantan Parade. Berpeluk sakan mereka dan nampak mesra, siap Julia ‘lentokkan’ kepalanya atas bahu Bard. Namun, Bard dan Julia sporting, tidak menghiraukan gelagat mereka yang menjadi perhatian artis, media dan krew, cayalah beb!
Apabila pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi Bard dan Julia menaiki kereta sama. Selang beberapa hari, Zubir terus menghubungi Bard dan bertanyakan kepadanya perihal Julia.
“Aku memang suka berkawan dengan dia, Walaupun Julia tahu dirinya cantik, dia tak sombong atau bangga diri. Dia juga pandai bawa diri. Sebab itu aku senang berkawan dengannya. Tapi, tolong ya Zubir, jangan gosip aku dengan Julia. Kita orang baru nak kenal-kenal, berkawan saja. Lagipun aku tahu, dia berkawan rapat dengan Yusry, sendiri mahu ingatlah, jangan lebih-lebih!” jelas Bard R1.
Apa sajalah Bard. Sebagai kawan, Zubir hanya mendoakan yang terbaik saja.
No comments:
Post a Comment