Wednesday, December 31, 2008

ABPBH hargai pereka fesyen

AARON AZIZ dengan rekaan Lord's Tailor dan Julia Ziegler memperagakan rekaan Hatta.

www.bharian.com.my
Oleh Zaidi Mohamad


Majlis pengumuman pencalonan awal ABPBH2008 dimulakan dengan peragaan fesyen daripada personaliti dan artis muda

FESYEN dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ibarat dua perkara yang saling melengkapi. Saban tahun berlangsung, gaya dan tema yang dijelmakan ABPBH sejak tiga tahun lalu, terutamanya menerusi pembabitan pereka fesyen tempatan membuka ruang kepada mereka untuk menempa nama.

Sumbangan besar daripada mereka menjadikan penganjur mengadakan acara khas dinamakan Anugerah Pereka Popular ABPBH2007 dengan menampilkan sejumlah pereka yang hasil rekaan masing-masing diperagakan oleh barisan artis ketika acara karpet merah di kemuncak ABPBH2007 di Arena Of Stars, Genting pada Mac lalu.

Menerusi anugerah itu, pembaca yang menjadi rakan@BH boleh memilih calon pereka popular menerusi undian secara online dalam gerbang Berita Harian yang dijalankan dari Julai hingga Ogos lalu.

Hasil daripada undian itu, Hatta Dolmat dipilih sebagai pereka fesyen wanita popular menerusi rekaan yang digayakan oleh Julia Ziegler, manakala Kenny Loh (Lord’s Tailor) dan Michael Shu pula dengan hasil rekaan yang diperagakan oleh Mawi memenangi kategori pereka fesyen lelaki pular.

Pengumuman itu dibuat dalam majlis istimewa sempena pengumuman pencalonan awal ABPBH2008 yang diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses, Sri Kembangan.

Pereka fesyen yang menang bagi setiap kategori ini masing-masing menerima barang kemas Habib bernilai RM10,000 dan trofi. Julia Ziegler dan Mawi yang masing-masing memperagakan rekaan mereka turut membawa pulang hadiah yang sama. Bagaimanapun, Mawi tidak hadir di majlis ini.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Time Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun. Hadir sama ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail dan Pengarang Hiburan BHSB merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH, Hanizam Abdullah.

Bagi meraikan simbolik kepada kejayaan pemenang ini, Hip menggandingkan enam nama bintang muda yang semakin bersinar dan pantas menambat perhatian peminat seni tempatan iaitu Liyana Jasmay, Juliana Evans (Jue), Ainul Aishah, Wan Sharmila, Fizo Omar dan Kamal Adli. Mereka antara model yang dijemput memperaga bagi segmen pertunjukan fesyen di majlis ini.

Liyana, Jue, Ainul dan Wan Sharmila cukup bertuah dan bangga diundang buat pertama kali menggayakan koleksi rekaan Hatta Dolmat, manakala Fizzo dan Kamal Adli tampak eksklusif dengan rekaan Lord’s Tailor. Mereka juga antara nama yang turut tersenarai dalam pencalonan awal ABPBH 2008.

Paling mencuit perhatian Hip ialah mengenai hubungan Liyana Jasmay dan Aizat yang diusik pengacara majlis sidang media pada petang itu iaitu Anne dan Ikhwal daripada Hot FM. Mungkin ada yang perasaan, bunga mawar hitam yang dipegang Liyana tiba-tiba dibaling dan disambut Aizat.

“Kami tidak ada apa-apa hubungan cinta. Selepas fotografi dengan B Pop, kami ditemukan lagi dalam sebuah penerbitan lain. Dia (Aizat) pernah menyanyi di majlis perkahwinan abang saya pada 16 Disember lalu.

“Saya memang boleh serasi sebab personalitinya membuatkan saya mudah mendekatinya. Dia berbakat, baik hati dan ada misi serta visi di dalam hidup,” kata Liyana akan muncul dengan lagu pertamanya berjudul Tak Percaya Cinta, Februari depan.

Seperti Liyana yang gembira menggayakan baju rekaan Hatta, Jue turut bersetuju dengan pandangan rakannya itu.

Kata Jue, dia sudah lama menyimpan impian untuk menyarung baju rekaan pereka fesyen itu dan pada penghujung 2008 barulah menjadi kenyataan.

Ketika ini dia sedang bercuti daripada sebarang aktiviti seni dan tidak lagi menjadi pengacara untuk program Remaja terbitan TV3 yang banyak memperkenalkan namanya di persada seni. Dalam nada kecewa, Jue memberitahu, kontraknya bersama program itu sepatutnya tamat April 2009.

“Terkejut juga apabila nama saya dan Aliff tiba-tiba digugurkan tanpa notis awal. Saya cuma dihubungi penerbit dan diberitahu tidak perlu lagi mengacara Remaja. Memang hasrat untuk tidak mengacarakan Remaja sudah lama saya fikirkan, tapi saya tidak pernah membayangkan kesudahannya begini,” katanya.

Bagi Wan Sharmila, selain pertama kali menggayakan rekaan Hatta, dia juga memberanikan diri untuk melakukan catwalk di pentas. Berusia 27 tahun, dia yang sudah bergelar isteri kepada penerbit bernama Fazli Baharom sejak 2006 mula berlakon sejak dua tahun lalu.

“Saya beranikan diri juga untuk ‘feeling’ buat catwalk dan menambah sedikit elemen lakonan, hasilnya saya yakin diri saja,” katanya yang kini sedang menghabiskan penggambaran drama Rona Roni Makaroni arahan Shahrul Ezad untuk siaran Astro Ria.

Seakan bermimpi, pelakon filem Histeria, Ainul Aishah ini tidak menyangka akan terpilih menggayakan busana ciptaan Hatta. Mengikuti perkembangan fesyen pereka fesyen comel itu, Ainul berasakan rekaannya penuh perincian dan bersifat couture.

“Hatta seorang yang sangat cool dan saya senang bekerjasama dengannya buat kali pertama. Dia cukup dikenali dengan rekaan sarat perincian dan mampu membuatkan siapa yang terpandang rekaannya, terpaku seketika,” ungkap Ainul yang bakal memulakan penggambaran sebuah drama untuk slot Lagenda Januari ini.

Komen pemenang

Pengarah Urusan Lord's Tailor, Robert Loh

KAMI sentiasa memberi sokongan dan tajaan kepada mana-mana acara yang membabitkan selebriti sebagai contohnya ABPBH. Kemenangan ini menjadi penanda aras untuk kami terus berusaha menghasilkan kualiti pakaian yang lebih baik. Kami akan cuba melakukan yang lebih baik pada masa depan.

Hatta Dolmat

KEMENANGAN hadiah terbesar buat saya bersempena hari lahir ke-26 pada 19 Disember lalu. Tidak sangka penutup tahun ini begitu membahagiakan saya biarpun tahun ini saya tidak lepas dihimpit kontroversi itu, ini yang cukup menduga diri saya. Saya berharap sinar 2009 terus terpancar untuk saya menghasilkan rekaan lebih kreatif.

Michael Shu

UNTUK kemenangan ini, saya bekerjasama dengan Lord’s Tailor dengan membekalkan rekaan dan fabrik bermotifkan batik sesuai dengan tema ABPBH 2007. Saya memuji usaha Berita Harian menganjurkan ABPBH, kerana terbukti mampu memperkenalkan pereka fesyen tempatan ke peringkat lebih tinggi. Saya sudah mula terbabit dengan industri fesyen sejak 11 tahun lalu, namun sejak dua tahun kebelakangan ini baru saya mula dikenali dan ini semuanya atas bantuan Berita Harian.

Read more!

Sunday, December 28, 2008

670 pencalonan bersaing

www.bharian.com.my
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kembali lagi. Dengan usia penganjuran yang semakin matang, ABPBH yang memasuki edisi ke-22 menjadi antara majlis berprestij dinantikan di kalangan peminat dunia hiburan, pembaca mahupun selebriti tanah air.

Sejajar penganjurannya, ABPBH 2008 bakal memeriahkan industri hiburan tanah air dengan bermulanya undian pencalonan awal bagi menentukan selebriti yang berada pada kedudukan Top 5 bagi merebut 16 kategori yang dipertandingkan.

Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd, Datuk Hishamuddin Aun, berkata acara ABPBH memang sinonim dalam industri hiburan di Malaysia kerana ia bukan saja disifatkan sebagai anugerah hiburan paling berprestij, malah berjaya membuka mata ramai pihak bahawa populariti seseorang selebriti itu sebenarnya penting untuk menjadikan industri lebih berdaya saing, mempelbagaikan mutu produk seni dan menjana pendapatan lumayan.

“Kempen ABPBH 2008 kini bermula. Sebanyak 16 kategori yang dipertandingkan akan membabitkan lebih 670 pencalonan. Untuk undian kali ini, penganjur memperkenalkan format baru pada borang pencalonan awal edisi ke-22 yang akan mula disiarkan di akhbar Berita Harian dan Berita Minggu bermula esok, 29 Disember.

“Format baru borang undian ABPBH 2008 dibahagikan kepada tujuh bahagian di mana pembaca perlu mengumpul semua borang yang disiarkan di akhbar Berita Harian/Berita Minggu bermula Isnin hingga Ahad. Pembaca perlu mengumpul satu set lengkap borang penyertaan merangkumi tujuh borang yang disiarkan setiap hari bagi memilih nama artis pilihan untuk disenaraikan sebagai Top 5.

“Penyertaan akan ditutup selewat-lewatnya pada 15 Februari depan untuk menentukan lima finalis pilihan peminat bagi setiap kategori yang dipertandingkan,” katanya pada pelancaran ABPBH 2008 di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selasa lalu.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail dan Pengarang Hiburan Berita Harian yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola ABPBH 2008, Hanizam Abdullah.

Majlis itu turut meraikan pemenang Pereka Paling Popular ABPBH 2007 yang memberi pengiktirafan pada pereka fesyen dan selebriti pada malam kemuncak acara itu Mac lalu. Pereka Terbaik untuk selebriti lelaki dimenangi Michael Shu dan Kenny Loh menerusi rekaan bersama yang digayakan Bintang Paling Popular ABPBH 2007, Mawi.

Kategori wanita pula dimenangi Hatta Dolmat yang digayakan finalis Artis Baru Wanita ABPBH 2007, Julia Ziegler. Mereka menerima barang kemas Habib Jewels berharga RM10,000 setiap seorang bersama trofi.

Selain itu, seramai 14 pembaca bertuah Berita Harian yang menyertai undian Pereka Popular ABPBH 2007 turut diraikan. Mereka menerima barang kemas Habib Jewels bernilai RM5,000 setiap seorang.

Kemuncak ABPBH 2008 akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 12 April 2009 menyaksikan 16 kategori dipertandingkan di samping merebut gelaran Bintang Paling Popular. ABPBH 2008 menerima lebih 670 pencalonan awal yang terbuka kepada penggiat seni yang aktif dan mempunyai produk bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2008.

Read more!

Monday, December 22, 2008

Selebriti Jerai - Eco Cross Country Challenge 2008

I just returned from Yan Kedah where I took part in this Eco Cross Country Challenge. It was fun, exciting, tiring... and a whole new experience for me. Some of the activities were:

menyusun batu sungai
river crossing
panjat tangga
paint ball
berbasikal
berlari 10km
menyiang ikan
makan ikan mentah
membuat kuih keras
padam kebakaran
menjual majalah & lain2

My team members were:
Nabil Mentor
Anding AF
Shahdan Flava


We thank very much our sponsors:
Nestle
Majalah rasmi: Mangga
Pengajur Discovery Sport Sdn Bhd
Red Apple Communications Sdn Bhd
MTPN Kedah
Kementerian Pelangcongan



Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.

Read more!

Sunday, December 21, 2008

Julia bukan perampas

www.hmetro.com.myOleh MAIAMALINA MOHAMED AMIN

Begitupun, aktres dan model popular, Julia Ziegler, 24, tidak pernah menggunakan kelebihan itu untuk menawan hati golongan VIP bagi menikmati kemewahan hidup dan kelihatan hebat di mata masyarakat.

Menurutnya, dia tidak perlu mencari penaja untuk hidup senang kerana dia masih ada kudrat untuk mencari harta sendiri. Atas sebab itu dia rela mengorbankan masa lapangnya dengan bekerja keras menjalani penggambaran drama dan filem.

Oleh itu sehingga kini adik kepada pemilik Niche Films, Linda Ziegler ini, menjelaskan hatinya belum dimiliki sesiapa kerana masanya banyak tertumpu pada kerja.

"Setakat ini saya masih bersendirian. Tumpuan sekarang lebih terarah kepada mencari rezeki dan mahu memantapkan kerjaya sebagai pelakon serta model.

"Saya mahu memuaskan hati keluarga, terutama orang tua saya. Saya teringin sekali menyenangkan mereka dan membalas semula segala penat lelah mereka menjaga saya dulu.

"Sebaik segala impian ini tercapai, baru saya akan memikirkan mengenai diri sendiri, termasuk mencari pasangan hidup," katanya yang bakal muncul dalam telefilem Jawa berjudul Wak.

Menyelak gosip cintanya terdahulu, anak ketiga daripada empat beradik ini pernah digosip berpacaran dengan Raymee Innuedo dan Yusry KRU. Dia juga dikatakan pernah mendampingi Bard R1.

Tidak cukup dengan itu, wanita cantik ini dikhabarkan bercinta dengan pelakon dan pengarah muda, Pierre Andre, namun menafikan mereka ada hubungan istimewa. Sebaliknya menjelaskan mereka hanya berkawan rapat sehingga terdedahnya gosip cinta Pierre dengan Maya Darina Dahlan, baru-baru ini.

Terbaru, pemilik nama penuh Julia Bob Fauzi Ziegler ini dicanang memadu kasih dengan aktor yang juga suami kepada pelakon wanita popular, selepas kedua-duanya dilihat mesra sambil minum bersama di sebuah restoran.

"Mana dapat cerita ini pula. Saya dengan pelakon itu tiada hubungan istimewa melainkan rakan seperjuangan dalam dunia seni. Apatah lagi kami beberapa kali digandingkan bersama dalam drama.

"Saya tidak mahu menjalin hubungan dengan lelaki yang menjadi hak orang lain, sama ada bergelar suami atau teman lelaki. Kalau saya berkawan dengan suami atau tunang orang sekalipun, saya akan pastikan rapat dan mesra juga dengan isteri mereka untuk mengelak prasangka buruk.

"Memang begitu cara saya. Saya tidak akan membiarkan diri terdedah dalam bahana cinta suami atau tunang orang. Biar saya sendirian tanpa sesiapa, asalkan tidak digelar perampas hak orang," katanya.

Julia tidak mahu dilabel peminat sebagai perampas suami orang. Sementelah lagi senario industri seni tempatan kebelakangan ini dicemari insiden perceraian artis, termasuk kes popular Abby-Norman-Memey.

"Saya tidak mahu menjadi antara yang terbabit dalam kes sedemikian, sebab itu saya tegaskan tidak berhasrat main mata dengan kepunyaan orang lain. Seboleh mungkin mahu mengelak perkara sedemikian terjadi.

"Mengenai gosip saya keluar dengan pelakon lelaki itu, saya akui ada keluar minum bersamanya, tetapi tidaklah semesra seperti digambarkan. Lagipun saya dan isterinya berkawan rapat. Dia tahu kami keluar atas urusan kerja," katanya.

Mengenai jejaka pilihan hatinya, pelakon utama filem seram, Jangan Tegur ini menjelaskan, tiada kriteria tertentu ditetapkan untuk memilih pasangan hidup. Cukuplah jika lelaki itu seorang yang memahami.

Menurutnya, dia tidak terlalu cerewat memilih kawan, cuma lebih senang jika dapat berdamping dengan orang yang memahami kerenah, corak kerjanya dan boleh menyesuaikan diri dengan keluarga tercinta.

"Saya tidak menetapkan kriteria tertentu untuk mencari calon suami, cuma mahukan seorang yang memahami dan pandai mengambil hati saya. Tidak kisah dia daripada kalangan artis mahupun orang luar. Yang penting, dia tahu kerja saya bagaimana dan tidak cemburu buta.

"Namun buat masa ini saya belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Belum bersedia dan tidak sampai seru lagi. Lagipun perjalanan masih jauh. Karier saya baru hendak berkembang," katanya.

Pun begitu, Julia tidak menetapkan tempoh masa untuk mendirikan rumah tangga. Semuanya bergantung kepada jodoh. Dia juga tidak mahu menetapkan jarak usia tertentu dengan calon suami kerana menganggap semua itu di luar kuasanya.

Sehubungan itu, dia tidak menolak jika dijodohkan dengan lelaki seusianya atau lebih muda daripadanya. Julia juga menerima jika takdirnya bersama lelaki berusia. Namun biarlah perbezaan dalam jarak 10 tahun, tidak lebih daripada itu.

Read more!

Thursday, December 18, 2008

Poster - Media Hiburan mag

See this week's issue of Media Hiburan magazine. Pull-out poster of me inside :)

Read more!

Saturday, December 13, 2008

"Oh Ibu" - Astro Telemovie

Shooting starts today for this new telemovie to be shown on Astro.

Read more!

Thursday, December 11, 2008

Melaram di KLCC



www.bharian.com.my
Oleh Zaidi Mohamad


Julia Ziegler bergaya mewah dan eksklusif dengan barangan Habib

DILIMPAHI kemewahan gaya eksklusif rekaan barang kemas Habib, pelakon dan model Julia Ziegler, 24, dijelmakan dalam dua gaya berbeza yang cukup dramatik.

Habib KLCC menjadi saksi transformasi Julia mengenakan dua persalinan tajaan Calvin Thoo berwarna hijau dipadankan dengan koleksi Nanis yang lebih sesuai untuk golongan remaja. Manakala menerusi busana rona hitam, pelakon dan model kacukan Melayu, Jawa, Jerman dan Amerika Syarikat ini tampil dengan gaya sofistikated di samping dua koleksi, Emperor (Maharaja) dan Mutiara Hitam Laut Selatan.



Menurut Penolong Pengurus Pemasaran & Komunikasi Habib, Yasheedah Yashaiya, Julia dipilih kerana dilahirkan dalam keluarga berdarah campuran dan sesuai dengan sasaran kelompok pengunjung di KLCC yang turut menjadi tumpuan pelancong asing.

Ia juga dilakukan sekali gus dengan pembukaan semula bilik pameran Habib di KLCC sejak 29 November lalu dengan konsep dan suasana baru yang lebih luas, hebat serta selesa. Habib cawangan KLCC mula beroperasi sejak 1994 dan ditutup sementara untuk proses pengubahsuaian sejak dua minggu lalu.

Katanya lagi, dalam durasi masa sebulan lebih 1000 pelancong yang mengunjungi untuk membeli dan meninjau koleksi Habib di sini dengan skala 60 peratus pilihan berlian dan selebihnya emas. Julia juga terbabit mempromosikan koleksi terbaru Habib di TV3 menerusi slot empat minit dalam program Malaysia Hari Ini.

Bagi Julia, dia sendiri mempunyai nostalgia dan kenangan tersendiri dengan Habib kerana ibunya, Saminah Subari seorang bekas guru besar pernah menghadiahkan rantai leher kepadanya sewaktu masih kecil. Gemar menggayakan koleksi emas di acara keluarga, hari raya dan majlis formal, secara berseloroh pelakon yang turut muncul sebagai cameo di dalam filem Cicak-Man 2: Planet Hitam ini juga takut untuk memakai barang kemas di tempat terbuka.

“Kita patut bangga mempunyai seleksi barang kemas jenama tempatan yang menjadi pilihan komuniti rakyat di Malaysia. Sebagai lokasi tumpuan pelancongan, Habib KLCC menjadi mercu tanda yang baik untuk memberitahu orang luar bahawa kita juga mempunyai produk yang boleh dibanggakan.

“Koleksi Nanis juga begitu sesuai untuk remaja kerana cirinya yang ringkas, cantik dan manis. Bagi mereka yang gemarkan gaya mewah mungkin boleh mencuba koleksi Emperor dan Mutiara Hitam Laut Selatan,” katanya memulakan bicara sewaktu ditemui di Habib KLCC baru-baru ini.

Simpan impian jadi penerbit, pengarah

MENJENGUK sisi kerjayanya, Julia yang bakal muncul dengan filem Jangan Tegur dan Bego (dulunya Teman Selamanya) pada 2009, sudah dua tahun menerjah onak duri dunia seni tempatan.

Ketika ini, drama Ampang Medikal lakonannya sedang disiarkan di ntv7 dan pada masa yang sama, dia sedang menyudahkan penggambaran dua telefilem genre komedi, Bom arahan AR Badul dan Wak (Torpe Ali).

Dua tahun berlalu, ia satu fasa yang amat menyenangkan dan setiap hari umpama satu proses pembelajaran apabila ramai pihak yang mula menyedari kewujudan dan bakatnya. Insya-Allah diizinkan Tuhan, Julia ingin mengorak langkah ke satu medan lain untuk bergelar penerbit dan pengarah.

“Saya rasa lebih dihargai dan berpuas hati kerana mula menerima impak yang positif hari demi hari. Kalau dulu ada yang mengatakan saya berlakon kayu, saya akur kerana kehidupan ini adalah satu proses mematangkan diri. Dulu saya naif, ibaratnya seperti baru mengeja abjad A, B, C dan seterusnya.

“Dengan tiada latar belakang dunia hiburan, saya mula belajar dan membiasakan diri dengan realiti dunia hiburan yang penuh pancaroba dan keseronokan yang tersendiri. Memang impian saya untuk menjadi penerbit dan pengarah. Saya sasarkan dua tahun lagi ke arah itu dan ketika itu saya sudah berumur 26 tahun,” katanya berkobar-kobar.

Pergaulan dan kerap bercampur dengan orang yang lebih matang, tua dan berpengalaman, Julia mengakui sering dianggap sudah berusia. Lucunya, ada pelakon baru yang memanggilnya kakak. Pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti seperti Remy Innuendo, Pierre Andre dan Yusry KRU, Julia melihatnya sebagai asam garam dunia hiburan yang harus ditempuhinya.

Keinginannya untuk berumah tangga juga semakin ketara apabila ramai temannya sudah mempunyai anak dan ada antaranya sudah berbadan dua. Jelasnya, cemburu pasti ada kala melihat wanita sebayanya mempunyai kekasih tapi apakan daya, dia belum bertemu dengan lelaki yang wajar digelar sebagai kekasih hati.

“Mungkin juga teori saya dilahirkan sebagai anak kacukan membuatkan saya dilihat sudah tua. Ketinggian dan corak pergaulan saya yang lebih terarah kepada mereka yang berusia antara faktor saya difikir sedemikian. Saya rasa perkataan matang paling sesuai menggambarkan diri ini dan ia seiring dengan hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang. Mungkin dua tiga tahun lagi saya akan memikirkan soal kahwin dengan lebih serius, tapi calon suami pula belum ada.

“Lihat saja Nora Danish dan Dynas yang sudah mengandung. Begitu juga dengan Datin Natasha Hudson yang sedang bahagia bersama anak dan suami tersayang. Ia antara tanda yang saya juga ingin menjadi seperti mereka dan memiliki kehidupan rumah tangga sebagaimana orang lain.

“Cuma saya belum berjumpa yang sesuai dan terlalu kecewa dengan kisah cinta lalu. Saya sudah kuburkan kisah cinta yang lama termasuklah gosip cinta dengan Pierre Andre. Saya malas nak kenang kembali segala-gala kisah itu dan biarkan ia terus larut dalam kesibukan kerjaya seni ini,” katanya pernah berlakon filem Kayangan dan Cuci.

Bukan masa untuk bersosial

SEMAKIN matang menangani kehidupan, Julia memberitahu waktu sekarang bukanlah zamannya untuk bersosial seperti golongan remaja lain. Ia sudah berlalu dan sudah puas dinikmatinya sebelum ini. Tegas Julia, kini tumpuannya adalah kepada keluarga dan kerjaya yang sedang erat digenggamnya. Akui Julia, dia juga akan cuba mengurangkan gaya seksi seiring dengan kematangan usianya.

“Inilah masanya untuk saya membalas jasa ibu bapa dan saya berniat ingin membawa mereka ke Makkah untuk menunaikan ibadat sama ada mengerjakan umrah atau haji. Kekasih kita boleh dapat bila-bila masa, tapi keluarga adalah hak mutlak kita selama-lamanya. Ini juga peluang untuk saya menggapai impian dan mencari duit demi sebuah masa depan yang lebih terjamin.

“Cukup-cukuplah zaman saya berparti itu ini. Saya sudah puas dan sudah membazir masa dan wang ringgit. Ada juga yang cakap dan persoal kenapa saya tidak mempunyai kekasih sedangkan saya boleh bercinta lagi. Sebaiknya saya lebih senang menghargai keluarga. Daripada saya bergayut dengan kekasih (jika ada), lebih baik saya menghubungi bapa saya,” usiknya penuh makna.

Dijolok dengan soalan apakah dia juga tersenarai sebagai gadis ‘dumb blonde’ yang hanya cantik fizikal tetapi otak tidak ke mana, Julia menafikannya. Baginya, kecantikan adalah sesuatu yang bersifat subjektif dan perlu diseragamkan dengan kepintaran yang mampu membuatkan seseorang itu dikagumi dan dihormati.

“Tidak semestinya berambut blonde itu dia akan digelar sebagai dumb blonde. Ia berbalik kepada soal pembawaan diri kita dan jangan menyalahgunakan kecantikan yang dikurnia dengan memperbodohkan diri sendiri.

“Kecantikan adalah satu bonus dan perlu diseimbangkan dengan kepintaran. Lihat saja selebriti popular, Oprah Winfrey biarpun beliau mungkin dilihat tidak mempunyai kecantikan fizikal, namun hati dan kebijaksanaannya mengaburi segala-galanya,” katanya bersungguh.

Read more!

20 Yang Anggun



www.bharian.com.myLinkOleh Zaidi Mohamad

Empat artis kongsi pendapat mengenai impak gelaran selebriti paling bergaya

TERUS unggul dan kukuh, EH! sebagai sebuah majalah yang bertunjangkan gaya dan stail tidak ketinggalan memartabatkan golongan selebriti dalam beberapa siri penganugerahan seperti Anugerah Stail EH! dan 20 Yang Anggun. Ia bagaikan acara tahunan yang terus terisi dalam penerbitan kalendar aktiviti majalah ini.

Tahun ini 20 selebriti wanita yang terpilih dan bertuah diberi gelaran Yang Anggun ialah Deborah Henry, Farah AF, Farah Asyikin, Mila, Fouziah Gous, Sari Yanti, Julia Ziegler, Farhana Fabulous Cat, Hunny Madu, Belinda Chee, Sherry Ibrahim, Ainul Aishah, Siti Fazurina, Elyana, Sarah, Ayu Raudah, Puteri Sarah, Sheila Abdul, Almy Nadia dan Diana Amir

Berbeza tahun sebelumnya, majlis 20 Yang Anggun kali ini mendapat kerjasama dua pereka fesyen tersohor, Calvin Thoo dan Iszal Citra bersempena Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia 2008 pada 29 November lalu. Berlangsung di The Gardens, Mid Valley cuma 15 selebriti saja yang berkesempatan bergaya hebat dengan persalinan tajaan dua pereka fesyen ini.

Sejauh mana gelaran ini mampu memberi impak dan kesinambungan kepada pacuan kerjaya selebriti terbabit, Hip berkongsi sudut pandangan Ainul Aishah, Sari Yanti, Sherry dan penyampai radio Fly FM yang kini bergelar pelakon, Hunny Madu. Apa yang boleh dirumuskan, sedikit sebanyak gelaran ini mampu membuatkan mereka terus dikenali dan ‘terbang jauh’.

Ainul Aishah (20 tahun) - pelakon, model

“GOLONGAN selebriti memang tidak dapat dipisahkan dengan aspek kecantikan dan soal gaya. Ia bagaikan saling melengkapi dan imej itu menjadi penanda aras membuatkan seseorang selebriti itu dikenali. Saya sendiri tidak menyangka akan terpilih sebagai salah seorang di antara ramai selebriti yang ada di Malaysia. Saban tahun, terdetik di hati saya untuk berada di sini (diberi gelaran itu), akhirnya ia menjadi realiti.

“Sebagai selebriti yang baru bertapak, pengiktirafan ini sesuatu yang positif dan usaha majalah EH! ini wajar dipuji. Saya perhatikan hampir semua yang terpilih kali ini adalah muka baru yang sedang menempa nama dan meniti bibir di luar sana. Apabila terpilih, semestinya ia menaikkan semangat saya lagi untuk menjaga penampilan dan imej. Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya, ia harus dihargai dan dikekalkan.

“Pembentukan imej yang cantik mampu menjadi batu loncatan untuk memastikan kita mendapat peluang berlakon atau memperagakan barang. Ia adalah landasan terbaik dan strategi untuk memasarkan diri, sekali gus membuka peluang pekerjaan.”

Sari Yanti (24 tahun) - Pelakon

“NAK cakap gelaran ini mampu memberi impak atau tidak, saya belum mampu merungkaikan. Bagaimanapun gelaran ini mengubah saya daripada pelbagai aspek terutama soal keyakinan. Sekurang-kurangnya orang sudah mula membuka mata kepada selebriti yang terpilih ini. Ia adalah satu persaingan sihat, biarpun saya rasa belum layak untuk tersenarai sebagai Yang Anggun.

“Gelaran ini menjadi pembakar semangat dan mampu menyerlahkan apa saja kualiti yang ada pada diri. Bukan bermaksud nak cakap saya cantik, sebaliknya ia memastikan saya untuk sentiasa mementingkan gaya dan imej apatah lagi bila menjadi figura umum yang sentiasa diperhatikan. Saya gembira dengan gelaran ini tetapi tidak terlalu taksub dengannya.

“Apa juga saiz badan kita, tidak kiralah rendah, gempal, tinggi atau kurus, ia hanyalah perkara yang bersifat subjektif. Selagi kita pandai mengenakan pakaian yang sesuai dan cantik, tidak kiralah ia mahal atau murah, ia adalah satu nilai tambah kepada kita.”

Hunny Madu (24 tahun) - Pelakon dan penyampai radio Fly FM

“ANGGUN tidak hanya terpancar daripada sudut fizikal sedangkan soal dalaman hancur. Sebaiknya istilah anggun itu perlu datang daripada kedua-dua bahagian, luaran dan dalaman perlu diseimbangkan. Daripada hati yang cantik, maka terserlah personaliti dan pembawaan diri termasuk sifat diri yang positif. Yang penting tidak plastik dan propa.

“Apabila berpakaian, saya lebih selesa menjadi diri sendiri dan tidak perlu menjadi diri orang lain. Tidak semestinya apa yang dipakai orang, sesuai dengan saya. Ukur baju di badan sendiri dan saya selesa dengan gaya feminin yang ringkas dan pada masa yang sama menonjolkan gaya elegan. Bergayalah dengan baju yang sesuai dengan keupayaan diri kita yang sebenar tanpa perlu berlebih-lebih.”

Sherry (25 tahun) - pelakon

“SAYA bersetuju dengan pendapat Hunny Madu bahawa keanggunan membabitkan aspek dalaman dan luaran. Bagi saya semua wanita di dunia ada ciri anggun yang tersendiri dan ia perlu diserlahkan dengan jelas. Jika tidak menjadi selebriti sekalipun, saya akan pastikan pembawaan diri dan cara pakaian yang betul serta bersesuaian dengan apa juga acara. Apa yang kita pakai dan gayakan ada kalanya benar kerana mencerminkan personaliti diri. Ia cermin kepada diri kita sendiri dan imej menjadi satu perlambangan kepada apa yang kita rasa.”

Read more!

Saturday, December 6, 2008

Kata XX: Resepsi perkahwinan impian

Oleh Diyanah Anuar

www.bharian.com.my

5 lokasi meterai kasih impian model dan pelakon, Julia Ziegler

1. Tepi pantai.
Saya bayangkan majlis diadakan di tempat tinggi di tepi pantai supaya tetamu dapat melihat keindahan panaroma. Lokasi ini mampu membangkitkan suasana romantis dan menjadi kenangan sukar dilupakan, biarpun majlis ringkas. Saya fikir tidak ramai melakukan majlis perkahwinan sebegini, jadi ia tentu istimewa.

2. Kemeriahan desa.
Saya tidak ada kampung halaman, jadi sudah tentu saya impikan majlis...

perkahwinan di desa yang meriah, riuh-rendah dan jiran tetangga semua bergotong royong.

Saya pernah menghadiri majlis perkahwinan di kampung dan suasananya sungguh menyeronokkan. Kalau boleh, saya mahu majlis perkahwinan saya diadakan dengan konsep tradisional Melayu.

3. Benua Eropah.
Sudah namanya impian, saya teringin mengadakan majlis perkahwinan di luar negara seperti Eropah. Suasana pasti berbeza dari negara kita. Namun, kalau resepsi diadakan di luar negara, tidak ramai pula dapat datang mungkin hanya keluarga terdekat.

4. Rumah ibu bapa sendiri.
Kita semua ada banyak kenangan dan nostalgia di rumah kita dibesarkan. Tentu majlis perkahwinan di rumah ibu bapa menjadi kenangan istimewa. Maklumlah, selepas berkahwin, kita mungkin mengikut pasangan menginap di rumah baru.

5. Hotel.
Kalaulah saya mengadakan resepsi di hotel, saya mahu majlis saya bertemakan serba putih, dipenuhi dengan bunga lili... ibarat kisah fantasi atau fairytale. Saya juga akan lakukan sesuatu yang istimewa di majlis itu, tapi apa ya? Belum terfikir lagilah...

Read more!

Thursday, December 4, 2008

"BOM" - Telemovie for RTM

We have just finished shooting this telemovie.

"BOM mengisahkan tabiat dan cara hidup masyarakat atasan yang selalunya susah mengadaptasikan diri dengan mesyarakat biasa dipaparkan dengan derita Julia yang terpaksa bergadai maruah dan mengenepikan saat persahabatan demi kepentingan sendiri."

Production Company: Sheunik Sdn Bhd
Executive Producer: Richard Ung
Director: A.R. Badul

Imuda
Julia Ziegler
Puspa Nanayaran
Irene Chia
Zaibo
Aida Aris


Read more!

Sunday, November 23, 2008

Julia & Yusry - B*Pop

Julia & Yusry kami sama-sama ego
Oleh Zubir Mohd Yunus

www.bharian.com.my

SELEPAS mencapai kutipan memberangsangkan RM6.7 juta menerusi Cicakman pada 2006, KRU Studios pastinya mensasarkan jumlah yang lebih tinggi menerusi sekuel Cicakman2: Planet Hitam yang bakal 'merayap' di pawagam mulai 11 Disember ini. Sebagai pengarah, Yusry sekali lagi pasti menampilkan hasil kerja yang lebih hebat.

Namun, apabila berbicara mengenai 'pemuda terhangat' di pasaran ini, peminat tidak mampu melupakan peristiwa pahit yang pernah melanda hidupnya apabila secara sah bercerai dengan aktres terkenal, Erra Fazira pada 10 Julai 2006. Bekas isterinya itu sudah pun menemui kebahagiaan bersama Engku Emran. Tapi, hingga hari ini Yusry masih sendiri belum menemui calon isteri yang sesuai.


Antara faktor yang melengahkan pencarian teman hidup itu apabila dia dikatakan seorang yang workaholic, sekali gus gagal mempertahankan hubungannya dengan beberapa wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

"Kerja saya bermusim, kalau tengah sibuk, memang sibuk. Tapi, kalau tak ada kerja, pasti ada masa. Sebab itu kalau nak kata saya seorang workaholic, saya tak berapa setuju. Bukan saya tidak ada niat untuk berumah tangga sekali lagi, tapi saya tak mahu beriya-iya, kalau ada jodoh, tiba waktu yang sesuai, pasti saya akan bertemu calon isteri yang benar-benar memahami diri saya seadanya, insya-Allah," kata Yusry penuh keyakinan.

Pun begitu, Yusry tidak menolak ketika diajukan soalan yang agak panas berhubung kemelut yang pernah melanda rumah tangganya sebelum ini. Gara-gara perceraiannya dengan Erra, Yusry dikatakan bersikap dingin dengan seorang selebriti popular. Sejauh mana kesahihan khabar angin itu?

"Apabila berlakunya sesuatu yang serius, lazimnya ia membabitkan lebih daripada satu sebab. Dalam hal saya dan Erra, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Tapi, apabila menjawab soalan itu, terus terang saya katakan, antara saya dan selebriti popular itu, kami sememangnya sudah terputus hubungan, kalau jumpa tak bertegur sapa. Saya tak mahu hipokrit mengatakan kami masih berkawan," katanya tanpa berselindung.

Kini, bagaimana kesudahan perhubungannya dengan Julia apabila desas-desus mengatakan mereka berkawan rapat, tapi apa statusnya hari ini hanya empunya diri ada jawapan. Melihat kepada kemesraan yang terjalin ketika menjayakan sesi fotografi, tidak dinafikan antara Yusry dan Julia, dari pandangan mata kasar seperti ada sesuatu yang belum mampu dizahirkan kedua-duanya.

"Julia kawan baik saya, antara saya dan dia, kami sentiasa bersikap terbuka, tak pernah nak 'control'. Dalam perhubungan, jangan ada sikap hipokrit. Kami selesa bersama. Tapi, untuk menjalin hubungan lebih serius, saya belum sedia. Tengok sajalah kerja-kerja saya. Saya takut tak boleh fokus pada perhubungan itu, nanti elok-elok jadi kawan, apabila saya tak mampu beri masa, nanti jadi musuh," jelasnya lagi.

Sekali lagi Yusry dijolok dengan soalan sensitif, namun dia sedia memberikan kerjasama asal saja tidak keterlaluan. Dalam sibuk Yusry mengukuhkan namanya dalam empayar perfileman global, dia tidak terlepas dengan gosip liar apabila dikatakan menjalin hubungan 'terlarang' dengan artis di bawah naungan KRU Music Group (KMG), sekali gus menguatkan dakwaan dia tidak berminat dengan wanita.

Tidakkah kelelakiannya tercabar apabila dia dituduh gay?

Terguris hati dituduh gay

"Memang saya rasa terguris dan tercabar! Masyarakat di luar sana, apabila membaca dakwaan itu, mereka yang tak kenal saya, akan mempercayainya. Kawan-kawan tahu, saya 'straight'! Lurus macam pembaris! Naluri saya 100 peratus terhadap wanita, tidak ada sekelumit pada lelaki! Tengok gaya pun tahulah, lelaki tetap lelaki.

"Orang nak mereka cerita sensasi di internet, tapi wartawan tidak begitu. Sekalipun saya rasa tercabar, tapi saya masih mampu mengawal diri kerana ada orang lain, kena fitnah lebih teruk! Sekali lagi saya nak tegaskan di sini, saya lurus selurus-lurusnya! Namun, saya tidak bermaksud menghina lelaki gay, cuma saya bukan salah seorang daripada mereka. Everyone got gay�s friend!," tegasnya.

Sementara itu, Julia mempunyai perspektif berbeza terhadap Yusry.

"Saya memang menyukai Yusry, dia memiliki ciri-ciri lelaki yang saya minat, boleh memberi kebahagiaan dalam hidup. Tapi, untuk berkawan lebih serius, saya takut. Saya tak pasti adakah ini masa yang sesuai. Nak lafaz kata sayang atau cinta tu memang susah sebab kami jarang bertemu. Tapi, takkanlah perigi cari timba, Yusry sendiri tak pernah cakap apa-apa dengan saya, cuma selama ini kami selesa berkawan baik, itu saya tak nafikan.

Julia akui dirinya ego

"Yusry tak pernah cakap nak serius dengan saya, mungkin dia ego. Tapi, saya sendiri pun sama, sebenarnya kami sama-sama ego! Mungkin belum tiba masa yang sesuai, tak perlu terburu-buru. Orang kata, easy come easy go, jadi lebih baik beri kami masa. Buat masa ini, kami sekadar berkawan rapat, tapi kalau jumpa memang satu kepala," jelas Julia merungkai sedikit persoalan.

Andai ditakdirkan suatu hari tiba-tiba Yusry melafazkan kata-kata ini: "Julia, I love you! Ada jodoh kita kahwin." Apa reaksi Julia?

"Pastinya apabila Yusry cakap macam tu, sememangnya kami sudah benar-benar bersedia untuk komitmen. Saya pasti akan membalas, Yusry, I love you too, I'm starting to love you. Aduh malunya! Beginilah, Yusry adalah pantulan diri saya, dia umpama bayang-bayang. Kami sama-sama workaholic, tak hipokrit dan boleh berkongsi banyak perkara. Tapi, masalahnya sekarang, Yusry tak pernah cakap apa-apapun!," kata Julia akhirnya berterus-terang sekalipun masih samar-samar.

Dakwaan Yusry seorang playboy, bagaimana penerimaan Julia?

"Macam-macam orang cakap pasal Yusry, tapi saya yakin dia tidak begitu. Samalah halnya apabila orang bercakap mengenai diri saya. Masing-masing pernah melakukan kesilapan, jadi baik saya atau Yusry, terimalah diri ini seadanya," kata Julia yang memegang watak cikgu tadika menjayakan satu babak dalam Cicakman2: Planet Hitam.

INFO: Julia

* NAMA PENUH: Julia Bob Fauzi Ziegler
* UMUR: 24 tahun
* FILEM: Kayangan, Cuci, Cicakman 2: Planet Hitam, Jangan Tegur dan Bego (usaha sama Malaysia-Indonesia)
* DRAMA: Kasih Iftitah, Ampang Medikal, Qasidah Buat Laila, Nun Di Sana Cintaku dan Bicara Aur Dengan Tebing 2



INFO: Yusry

* NAMA PENUH: Yusry Abdul Halim
* UMUR: 35 tahun
* FILEM (CGI): Cicakman 2: Planet Hitam, Deadline (usaha sama Malaysia-Amerika Syarikat), Jin Notti, My Spy dan Magika
* DRAMA (CGI): Bionik



INFO: Cicakman2-Planet Hitam

* TARIKH TAYANGAN: 11 Disember 2008
* BAJET: RM2.5 juta
* SASARAN PENONTON: 1 juta
* JUMLAH SKRIN: 70
* NEGARA LAIN YANG TURUT TAYANG: Brunei, Singapura dan Indonesia
* PELAKON: Saiful Apek sebagai Cicakman/Hairi, Aznil Nawawi (Profesor Klon) AC Mizal (Ginger Ghost 1), Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost 2), Sharifah Amani (Iman) dan Louisa Chong (Miss Cheef)
* PENAMPILAN KHAS: Tamara Blaszenky (Rrama), Julia Ziegler, Linda Onn, Datuk Jalaluddin Hassan, Julie Dahlan dan Harry Boy
* LAGU RUNUT BUNYI: Planet Hitam (Tyco), Dibius Cinta (duet Melly Goeslow dan Yusry KRU) dan Mau Yang Besar (Pianka)
* ARAHAN: Yusry
* TERBITAN: KRU Studios dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn Bhd
* PENCAPAIAN: Menyertai tayangan perdana dunia kategori Superhero di Asia pada Festival Filem Antarabangsa Pusan, Korea Selatan
* PENAJA: Celcom, 1901 Hotdog, Nationwide Express dan Naza Bike

Read more!

Sunday, November 16, 2008

Remix magazine - Cover Dec 2008

See me on the cover of Dec 2008 edition of Remix magazine !
www.utusankarya.com.myLink

Read more!

Wednesday, November 12, 2008

"Bicara Aur Dengan Tebing" RTM Drama Season 2

The shooting of this second season of this RTM drama series will wrap up soon. The first season has won the award for best TV Drama Series (Drama Rantaian Terbaik) at the recent 10th Anugerah Skrin, 2008 awards ceremony held on 7th November.

The first season is currently showing on RTM1 at 11:00AM, Monday thru Thursday.

SINOPSIS
penulis : Nazli Jaafar (Che Li’)
............
Rumahtangga yang dibina oleh Mia dan Faizal dilimpahi kebahagiaan. Namun bagi Mia, kebahagiaannya tidak lengkap selagi kakaknya Yeen belum pulih seperti biasa. Walaupun banyak menyakiti dirinya, Mia tidak menganggap Yeen sebagai musuh, jauh sekali untuk mendendaminya.

Namun bagi ibu saudara Faizal, Datin Mimi, dia amat berkecil hati atas perkahwinan Faizal dan Mia. Dia yang mahu menjodohkan Faizal dengan anaknya Laila merasa begitu terhina apabila Faizal lebih rela menghawini gadis seperti Mia dari memilih anaknya yang merupakan seorang wanita yang terpelajar dan berkarier baik.

Setiap minggu Mia akan melawat Yeen di hospital. Berita gembira dari Doktor mengesahkan Yeen sudah beransur pulih. Mia memujuk Faizal agar membenarkan dia menjaga Yeen apabila Yeen sembuh nanti. Walaupun terasa berat hati, namun atas rasa sayangnya pada Mia, dia menyetujuinya.

Bermulalah fasa kehidupan yang amat membahagiakan bagi Mia dan Faizal. Alam rumahtangga terasa begitu indah. Hidup dalam kemewahan tidak membuatkan Mia lupa daratan. Sesekali Mia pulang melawat Pak Ngah dan rumahnya di kampong. Pak Ngah juga tidak lupa bertanya kabar tentang Yeen. Mia memberitahu Pak Ngah yang Yeen telah beransur pulih dan Mia tak sabar ingin membawa Yeen tinggal bersamanya. Pak Ngah sedikit gusar. Dia merasakan orang seperti Yeen takkan berubah tetapi Mia menafikan dan tetap ingat pada pesan arwah ayahnya agar sentiasa berbaik-baik sesama adik beradik.

Mia semakin kerap mendesak Faizal agar membenarkan dia membawa Yeen balik. Faizal cuba melengah-lengahkan keinginan Mia dengan memujuk Mia agar merawat dyslexianya terlebih dahulu sebelum merawat orang lain. Atas pujukan Faizal, Mia akhirnya bersetuju untuk mendapatkan rawatan. Hakikatnya Faizal masih menaruh perasaan curiga terhadap Yeen yang selama ini telah menzalimi Mia.

Hasil rawatan, Mia mula mendapat keyakinan diri. Dia semakin tahu membawa diri dan dapat menyesuaikan dirinya dengan orang disekelilingnya.

KEmarahan Datin Mimi terhadap Mia yang dianggap perampas bakal menantunya membuatkan dia terus cuba untuk menghasut Datin supaya membenci Mia. Mimi sering mencemuh Mia yang dianggapnya tidak pantas berada dalam keluarga terhormat. Datin Mimi dan Laila juga berpura-pura baik dengan Mia dihadapan Faizal, tetapi jika Faizal tiada, mereka sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan airmuka Mia dan ini amat menyedihkan Mia. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ibu faizal sakit dan meninggal dunia.

Mia yang merasakan dirinya sebatang kara amat berharap Yeen cepat sembuh. Mia bertindak nekad memujuk doktor yang merawat Yeen agar membenarkan dia membawa Yeen pulang ke rumah. Dengan pelbagai alasan yang logik, doktor membenarkan Yeen pulang. Namun doktor menasihatkan Mia supaya menjaga Yeen dengan baik dan sebolehnya cuba mengelakkan Yeen merasa sedih dan bimbang kerana tekanan perasaan yang dialaminya boleh kembali muncul bila-bila masa jika perasaannya terganggu. Mia menyanggupi semuanya asalkan Yeen dapat dibawa pulang tinggal bersamanya.

Dengan penuh kasih sayang dan tanpa sekelumit rasa dendam, Mia menjaga Yeen dengan dengan baik walaupun adakalanya dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah Yeen yang agak mencabar.
Tutur bicara Yeen selalu kasar terhadap Mia. Adakalanya dia menganggap Mia seperti bibiknya dan sesuka hati mengarahkan Mia membuat itu ini untuk dirinya. Rasa sayang membuatkan Mia terus melayani karenah Yeen tanpa sebarang rungutan. Tanpa disedari perhatiannya terhadap Faizal mulai berkurangan.

MElihat kepincangan yang berlaku dalam rumahtangga Mia dan Faizal. Datin Mimi mula menjalankan misinya. Laila mula mengumpan Faizal. Walaupun tidak pernah terfikir untuk curang dibelakang Mia, namun Faizal akui perhatiaan Laila terhadapnya sedikit sebanyak membuatkan dia rasa bahagia.

MEnjadi orang bawahan samada di rumah mahupun di pejabat membuat Razuan rasa Dina tidak pernah menghormatinya sebagai seorang suami. Dia mula menyesali perlakuannya terhadap Yeen selama ini. Dia mulai rindukan belaian dan rasa hormat seorang isteri. Rumahtangganya mulai berantakan, namun demi anak, Razuan cuba menahan sabar.

Terserempak dengan Yeen bersama Mia bagaikan memberi lorong pada Razuan untuk mendekati Yeen kembali. Rasa bersalahnya terhadap semakin menebal apabila mengetahui apa yang Yeen lalui selama ini. Razuan meminta kebenaraan pada Mia untuk datang melawat Yeen pada masa terluang dan Mia membenarkannya.

Beberapa kali Razuan melawat Yeen. Yeen banyak mendiamkan diri dan hanya membiarkan Razuan bercerita pelabagi perkara padanya. Sebaik Razuan beredar, bibir Yeen mula menguntum senyuman jahatnya.

Melihat ramai orang disekeliling menaruh simpati padanya, dia mula terfikir untuk mengambil kesempatan dan seterusnya menghancurkan orang-orang yang dibencinya selama ini.

Razuan dan Dina adalah tumpuan utamanya. Dia mahu Dina merasakan kesakitan dan kekecewaan yang pernah dia alami ketika Razuan meninggalkannya dahulu. Dalam diam dia menyusun strategi.

Dalam diam juga, Yeen mulai merasa cemburu melihat kebahagiaan Mia dan Faizal dan mulai merasa hasad dengan kemewahan hidup yang Mia

Sebagai langkah pertama, Yeen mengistiharkan dirinya pulih seperti sediakala. Dia mula berlagak seperti biasa. RAzuan merasakan kehadirannya berjaya memulihkan Yeen dan berhasrat untuk meneruskan hubungan tanpa pengetahuan Dina. Setiap bulan juga Razuan memberi Yeen duit perbelanjaan dan Yeen pula menunjukkan reaksi manjanya terhadap Razuan.

Yeen yang kononnya tidak mahu selamanya bergantung hidup pada Mia dan suaminya menyuarakan hasratnya untuk memulakan perniagaan. Di luar pengetahuan Faizal, Yeen berjaya memujuk Mia untuk menggadaikan tanah kampung untuk dijadikan modal perniagaan. Pak Ngah cuba menghalang tetapi Mia tetap dengan hasratnya untuk membantu kakaknya.

Yeen mula berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat hiasan dalaman. Atas alasan namanya sudah disenarai hitamkan oleh pihak bank, Yeen memujuk Mia supaya membenarkan dia menubuhkan syarikat atas namanya. Setelah bersusah payah menyakinkan faizal, hasrat Yeen akhirnya tercapai. Mia juga tanpa prejudis telah memberi kuasa pada Yeen untuk menguruskan semua urusan syarikat termasuk soal kewangan.

Yeen mula mengintai peluang untuk mendapatkan peluang perniagaan dan Razuan dilihat sebagai batu loncatan yang baik baginya untuk mengembangkan perniagaan. Razuan menggunakan kuasanya untuk melantik syarikat Yeen menjadi syarikat hiasan dalaman untuk salah satu projek syarikatnya.

Dalam pada itu juga Yeen terus menggoda Razuan kembali. Dina mula mengesyaki perubahan Razuan. Dalam diam dia mula mengintip gerak geri Razuan dan alangkah terkejutnya bila mengetahui Razuan kembali menjalin hubungan dengan Yeen, bekas isterinya (Dina masih tak tahu yang syarikatnya berusuan dengan syarikat yeen). Dina menyerang Yeen tetapi Yeen dengan selama mengatakan yang dia tidak berminat pada Razuan dan tak akan menerima kembali Razuan dalam hidupnya. Yeen dengan sinis mengatakan Razuan kembali mencarinya kerana Dina gagal menjadi seorang isteri yang baik pada Razuan.

Bagi melepaskan dendamnya pada Mia dan Faizal, Yeen menyusun satu strategi untuk menyakiti mereka. Yeen mendekati Datin Mimi yang memang membenci Mia. Yeen bersekongkol dengan Datin Mimi untuk mengusir Mia keluar dari hidup Faizal. Yeen kembali ke kampung dan menjejaki Razak kembali. Yeen memberi upah lumayan pada Razak agar tampil menemui Faizal dan mengakui yang dia pernah berbuat sumbang pada Mia dan ingin memiliki Mia demi membasuh dosanya. Faizal rasa tertipu dan pada masa inilah Datin Mimi dan Laila muncul untuk mengambil kesempatan.

Mia benar-benar terkejut dengan tuduhan Razak, dia meminta ‘bantuan’ Yeen untuk membersihkan namanya. Mia amat terkejut bila Yeen seolah-olah berpihat pada Razak dan mengiyakan tuduhan palsu yang Razak lemparkan.

Hilang pertimbangan, Faizal mengusir Mia keluar dari rumah. Mia lari membawa diri pulang ke kampung dan tinggal bersama pak ngah. Tinggal dikampung dan atas nasihat pak ngah, Mia mendapat kekuatan untuk menyiapkan diri berhadapan dengan Yeen yang telah banyak menyakitinya.

Razuan pula semakin menggilai Yeen dan memujuk Yen agar kembali menerimanya. Yeen mengambil peluang dan mengenakan syarat agar Razuan membelikan sebuah rumah dan kereta mewah untuknya sebelum dia bersetuju menerima lamaran Razuan. Yeen juga mendesak Razuan memberi syarikatnya satu lagi projek besar yang bakal membawa keuntungan berjuta ringgit padanya. Demi cintanya pada Yeen, Razuan setuju walaupun terpaksa menyalah guna kuasa di pejabat.

Perbuatan Razuan sampai ke pengetahuan Dina. Mereka bertengkar dan Dina dengan tegas mendesak Razuan membuat pilihan samada dia ataupun Yeen dan Razuan memilih Yeen!!

Razuan menemui Yeen dan mengatakan yang dia sudah mencerai Dina. Yeen dengan sombong memberitahu yang dia samasakeli yidak akan menerima Razuan kembali. Baru Razuan sedar yang dia tertipu. Yeen mentertawakan kebodohan Razuan. Razuan cuba kembali pda Dina, tetapi Dina menghalaunya dan tidak membenarkan Razuan menjejakkan kaki kerumahnya .Malah jawatannya di pejabat dilucutkan dan keretanya juga Dina rampas. Razuan keluar sehelai sepinggang. Razuan rasa begitu marah dengan penipuan Yeen padanya.

Yeen yang sudah dapat membaca rahsianya akan terbongkar bertindak cuba memindahkan wang syarikat ke akaun peribadinya. Ketika dia berurusan dengan pihak bank, Mia muncul dengan anggota polis dan Yeen dituduh menyalahgunakan wang syarikat.

Melihat Yeen tertangkap, Razuan puas. Faizal pula cuba untuk kembali memenangi hati Mia yang terluka…..

Read more!

Cicak-man 2 pasti lebih baik


www.hmetro.com.my
LinkOleh Ramlah Zainal

“Setiap kali mengarah, saya memang tidak pernah puas dengan karya dihasilkan kerana yakin mampu menghasilkan filem lebih baik dari hasil sedia ada.

“Saya sudah buat yang terbaik untuk sekuel Cicakman ini. Apa yang boleh saya katakan, Cicakman 2 lebih baik dari Cicakman yang pertama. Cicakman 2 adalah cerita Superhero dan topiknya sangat ringan serta sesuai untuk menghiburkan orang.

“Kalau orang tanya, apa perasaan saya pada tayangan untuk pihak media tempatan hari ini, terus terang, saya sudah menonton filem ini seratus kali dan saya tidak berasa apa-apa lagi.

“Saya sedar cerita superhero ini ada risikonya. Tapi kalau kita tidak mencuba kerana fikirkan bajet, sampai bila-bilapun kita tidak akan belajar. Banyak benda baru yang saya belajar dalam filem ini dan saya yakin lebih berani berkarya selepas ini,” katanya.

Yusry berkata, dia berharap orang tidak membandingkan Cicakman 2 dengan filem superhero Hollywood kerana industri seni kita masih bertatih lagi.

“Setiap kali buat filem baru, banyak perkara baru dalam bidang perfileman yang dipelajari. Babak paling sukar dalam Cicakman 2 ialah untuk buat karekter CGI dalam lakonan.

“Sebelum ini kita buat filem Cicakman sekadar bersandarkan teknologi sedia ada dan ia adalah eksperimen selamat. Tapi dalam Cicakman 2, kita tulis jalan cerita dan skripnya terlebih dulu serta perlu memikirkan faktor keselamatan juga.

“Dalam cerita superhero kita ada lebih 100 babak `digital stunt'. Setiap karekter yang ada dalam cerita ini diwujudkan dengan sebab tertentu.

“Watak baik dalam cerita ini ialah watak utama, Hairi/Cicakman, Tania dan Iman. Manakala, watak jahat pula adalah Profesor Klon, Rrama dan Miss Cheef. Sepanjang penggambaran semua pelakon juga beri apa yang mereka mampu untuk filem ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai permulaan jalan cerita Cicakman 2: Planet Hitam yang perlahan dan watak Rrama yang samar, Yusry berkata, ia bukan formula yang harus diceritakan.

“Jika nak diikutkan, kalau buat filem aksi mengambil tempoh lebih 60 hari tapi penggambaran filem ini hanya selama 35 hari. Subjek cerita superhero juga sama seperti dalam cerita pengembaraan.

“Saya juga tidak faham kenapa orang harus pertikaikan watak Rrama dalam filem ini? Kenapa orang tidak pertikaikan karekter dalam cerita Batman? Karekter Rrama yang juga pembunuh upahan Profesor Klon itu dizahirkan seperti dalam komik dan watak itu memang ‘standard'. Saya tidak boleh nak jelaskan dari mana datangnya watak itu,” katanya.

Yusry ditemui ketika pelancaran fleet Nationwide Express - Cicakman 2 yang berlangsung, di Mutiara Damansara, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden Kumpulan KRU Studios Sdn Bhd selaku Penerbit Cicakman 2: Planet Hitam, Norman Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif, Nationwide Express Courier Services Berhad, Rozilawati Basir. Nationwide Express, selaku penaja perkhidmatan logistik rasmi Cicakman 2: Planet Hitam.

Selaku penerbit, Norman juga mengakui risiko yang dihadapi dalam menerbitkan cerita superhero berkenaan.

“Mungkin Yusry masih belum puas dengan hasil filem itu kerana dia ingin buat yang lebih baik lagi. Bagi saya, kita kena realistik dengan pasaran filem Melayu. Apatah lagi filem ini membabitkan bajet RM2.5 juta.

“Saya tetap bangga dan puas dengan hasil filem ini.Sasaran untuk Cicakman 2: Planet Hitam juga lebih tinggi dari Cicakman pertama kerana bagi saya hasil Cicakman 2 juga lebih baik.

“Filem Cicakman pertama dulu dengan bajet RM1.8 juta dan ditonton sebanyak 670,000 serta mengutip RM6.7 juta. Tapi sekuelnya pula, Cicakman 2 dengan bajet RM2.5 juta dan sasaran kita hanya sejuta penonton.

“Pihak kami tidak sasarkan dari segi kutipan filem tapi kami sasarkan jumlah penonton yang menonton filem ini. Kalau kurang penonton yang datang menonton Cicakman 2, pihak kami kena pertimbangkan projek filem lain pula selepas ini.

“Kita buat filem ini ini kena ada kerja berpasukan. Contohnya, aspek lagak ngeri yang boleh dipertingkatkan dalam filem kita dengan mencari tenaga mahir dalam bidang itu. Apapun, jalan cerita Cicakman 3 sudah ada dan apa yang membebankan kami ialah tanggapan orang nanti,” katanya.

Tambah Norman, penampilan Tamara Blaszenky (watak Rrama) juga sebagai strategi mereka untuk menembusi pasaran Indonesia.

“Selain Indonesia, filem ini juga dijangka ditayangkan di Singapura dan Brunei Darussalam,” katanya.

Sementara itu, bintang utama filem ini, Saiful Apek yang memegang watak utama Hairi/Cicakman berkata, wataknya kali ini pada tahap selesa kerana karekternya lebih matang dan bertanggung-jawab dalam Cicakman 2.

“Dalam Cicakman pertama dulu, karekter saya gila-gila sikit berbanding dalam Cicakman 2 yang semakin menyerlahkan diri Hairi yang sebenar.

“Hairi juga lebih emosi kerana dalam cerita ini dia kehilangan kawan karibnya Danny.Pada masa sama, Hairi perlu menjaga ibu dan adik Danny yang buta, Iman. Dari segi kostum juga lebih selesa dan nampak menyerlah untuk watak superhero,” katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan Tamara, Saiful berkata, bintang jelita itu pelakon yang berbakat besar.

“Tamara nampak lemah lembut dari segi luaran tapi sebaliknya dia boleh bawa watak Rrama yang jahat dengan baik serta terserlah kejahatan dalam dirinya.

“Cuma yang menjadi masalah, setiap kali tersalah pukul, Tamara akan meminta maaf pada saya sama ada ketika latihan atau penggambaran filem berkenaan.

“Berdasarkan maklum balas penonton mengenai karekter saya sebelum ini, ramai yang meminta supaya karekter saya lebih serius. Justeru, anda akan perasan watak Hairi/Cicakman nampak kurang buat lawak kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aznil yang memegang watak Profesor Klon pula berkata, dia berasa puas berlakon dalam Cicakman 2:

“Dalam Cicakman pertama dulu, mungkin saya masih belum celik teknologi maklumat lagi dan tidak tahu apa-apa. Dalam Cicakman 2, saya sudah boleh bayangkan apakah media hijau itu. Saya juga perlu menghidupkan watak Profesor Klon yang masih dalam pembuangan itu,” katanya.

Seperti Saiful, Aznil juga menimba pengalaman menarik bekerja dengan Tamara.

“Rrama bekerja dengan Profesor Klon tetapi `mastermind'nya masih Profesor Klon.

Pada pandangan saya, Tamara cepat menghafal skrip dan kami cuma berhadapan dengan masalah bahasa saja. Akhirnya, kami terpaksa menggunakan perkataan yang boleh difahami penonton kedua negara,” katanya.

Selain mengekalkan pelakon asal seperti Saiful Apek, Aznil Nawawi, Fasha Sandha (Tania) , AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost), filem ini turut dibintangi muka baru seperti Sharifah Amani (Iman), Tamara (Rrama), Louisa Chong (Miss Cheef).

Antara penampilan khas ialah Linda Onn, Julia Zieglar, Datuk Jalaluddin Hassan, Julie Dahlan, Harry Boy dan Azwan Ali.

Cicakman 2: Planet Hitam bakal menjengah 60 pawagam di seluruh tanah air pada 11 Disember nanti.

Read more!

Monday, November 10, 2008

"Wak" - Tele-movie for RTM

Synopsis:
Mengisahkan kebanyakan karakter yang berturunan Jawa. Ironic-nya cerita ini, kerana ia menayangkan kisah orang Jawa dari kampung berurusan dengan orang Jawa yang modern dan berkedudukan tinggi.

Starring: Faizal Yusuf, Julia Ziegler, Ijoy Azahari, Ava Vanja, Jalil Hamid, Harun Salim Bachick, Acong

Produced By: Media Movie Pictures Sdn Bhd
Executive Producer: Thorpe Ali
Director: Thorpe Ali

Read more!

"Nun Disana Cintaku" - Tele-movie for RTM

Just finished shooting for this new tele-movie for RTM.
starring: raja farah, julia ziegler, roy azman...

Read more!

"Hijrah Sabrina" - Telemovie for RTM

Another new tele-movie for RTM.Finished shooting
Starring: Zamarul Hisham, Julia Ziegler, Farah Lia@ Baby More news to follow...

Read more!

Jangan Tegur The Movie



http://jangan-tegur-the-movie-karyawan.blogspot.com

Scheduled for cinema release March 2009 !

Read more!

Friday, November 7, 2008

EH! 20 Yang Anggun 2008



www.eh.com.my/khas01.asp

Dia yang dinantikan telah kembali. November menyaksikan mekar malar 20 gadis anggun di Malaysia. Persembahan EH! khas buat tatapan anda semua!

Read more!

Saturday, October 18, 2008

"Prolog" - RTM Telemovie

Today this telemovie is airing on RTM-1 (Oct 18th at 3:05PM). My character depicts a split personality (good and evil). Enjoy ! .

Read more!

Monday, October 13, 2008

"Media Hiburan" 11-17 Okt 2008

See me in this week's issue of Media Hiburan, and some of latest news ! At newsstands now.

www.karangkraf.com.my/E-majalah


Read more!

"Trek Selebriti" Julia

Watch out for upcoming episode of Trek Selibriti !
(shown on Oct 16th at 10:00PM on Astro Ria)

Read more!

Wednesday, September 24, 2008

Julia Ziegler leads in "Teman Selamanya"

www.cinema.com.my
By Wahiduzzaman

The star attraction for Malaysian-Indonesian production "Teman Selamanya" will undoubtedly be model-actress Julia Ziegler, who has landed the lead role for the first time in a feature-length film. She will be playing opposite long-time collaborator and close friend Pierre Andre in a romantic comedy directed by Rako Prijanto of "Ungu Violet" fame.

"Teman Selamanya" ("Friends Forever") sees the collaboration of local studios Astro Shaw and Tarantula with Indonesia's 999 Pictures. In "Teman Selamanya", Ziegler, 24, plays Melati, a young Indonesian girl in Jakarta who lives a simple life despite her wealthy family business of selling coffins. According to the starlet via a phone interview, Melati is a kind and charitable girl who understands the suffering of the poor.

As to how the offer came to her, Ziegler said: "It was Metrowealth that actually referred me to the audition of "Teman Selamanya". Since Pierre and I worked together in Metrowealth's "Jangan Tegur" previously, we just tried our luck for the audition. Fortunately, both of us were selected. I guess it was my fluent Indonesian accent during the audition that clinched the role."


Ziegler elaborated that her experience in shooting the Indonesian movie was undeniably a great and unforgettable one. Speaking of her working experience with the crew there, she explained: "The filming style more or less resembles the local scene except that the Indonesian team has a bigger production crew of 150 manpower."

Malaysian-Indonesian joint efforts are nothing new. Recent films include "Bayi Tabung Uji", "Hapuslah Airmatamu", "Mawar Merah" and "Diva".

The Indonesian cast for "Teman Selamanya" include Tora Sudiro, Vincent and Luna Maya. Filming has recently wrapped up after 44 days around Jakarta and Kuala Lumpur and the movie is likely to see wide release next year.

Read more!

Tuesday, September 16, 2008

"Kayangan" - Movie on Astro Kirana 122

See this movie, released earlier this year, now showing on TV on Astro Kirana channel 122. Sept 17th, 19th, 23rd, 29th at 9:00PM.

The story is basically about love, class levels and wrong relationships. Amongst the line-up are Fazura, Opie, Dynaz, Teuku Iskandar, Julia Ziegler, Nazril Idrus, Ahmad Busu, Ziela Jalil, Mustapha Kamal and Louisa Chong.

Read more!

Monday, September 8, 2008

"Cicakman 2" set for 11 Dec

www.cinema.com.my
By Lai Swee Wei


28 Aug – KRU Studios finally announced the release date for "Cicakman 2 – Planet Hitam" as 11 December 2008, after months of speculation from the press on the status of the sequel.

The date was made known at Planet Hollywood Kuala Lumpur recently, where it was also announced that they would be in close partnership with telco giant Celcom (M) Berhad for its third motion picture production.

Mr Zalman Aefendy, Senior Vice President of Marketing for Celcom stated: "Celcom is proud to work with KRU Studios and to play its part in further enhancing the quality of local films". "Cicakman 2 – Planet Hitam" is now officially the second motion picture to be sponsored by Celcom this year after "Cuci".

The event was attended by Aznil Hj Nawawi (playing Professor Klon in the sequel), Julia Ziegler...

(actress in upcoming film "Teman Selamanya"), Dafi (Akademi Fantasia Season 5 alum) and Linda Onn (Era FM DJ). Due to the encouraging response of "Cicakman" in 2006, KRU studios made the decision to embark on the sequel directed by Yusry Abdul Halim, who is also the Vice President of KRU Studios. He mentioned that in the sequel, fans can expect more action scenes as compared to the first "Cicakman", which was directed more towards the introduction of characters. Regardless of earlier uncertainties, fans can now rest assured that the official date is confirmed as 11 December 2008, as announced by Norman Abdul Halim, President of KRU Studios.

The film also sees the introduction of three theme songs brought exclusively by Celcom, namely "Planet Hitam" by Tyco, "Di Bius Cinta" by Yusry KRU and Melly Goeslow, and "Mau Yang Besar" by Pianka. All three titles were created specifically for the motion picture.

"Cicakman 2 – Planet Hitam" has received international recognition and will have its world premiere at the 13th Pusan International Film Festival in Korea (2-10 October 2008) in the "Asian Super Heroes" segment.

"Cicakman 2 – Planet Hitam" is slated for nationwide release on 11 December 2008.

Read more!

Friday, September 5, 2008

9 program baru seri bulan puasa di TV3

www.bharian.com.my
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

RAMADAN ini, stesen televisyen bagaikan berlumba-lumba menghidangkan program yang terbaik khusus untuk penonton setia mereka. Stesen nombor satu negara, TV3 baru-baru ini mengadakan satu sidang media bagi memperkenalkan barisan program yang bakal menemui penonton.

Jika sebelum ini, sidang media memperkenalkan program baru diadakan di hotel dan restoran terkemuka, sebagai mengambil keberkatan Ramadan, majlis doa selamat dan kesyukuran diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum kesemua sembilan program baru diperkenalkan, tetamu yang hadir terlebih dulu dihidangkan dengan bacaan ayat suci al-Quran dari pelakon baru Iqram Dinzly dan Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani.

Antara selebriti yang hadir pada petang itu ialah Rusdi Ramly, Norlia Ghani, Sheila Rusly, Wahid, Shamsul Ghau-Ghau, Julia Ziegler, Shahruddin Thamby dan ramai lagi.

Program yang menemui penonton sepanjang Ramadan ini ialah Shamsul@Bazaar Ramadan, Drama Ramadan: Pertama Ramadan, Lagenda Ramadan: Lagenda Lara Rindu Mahsuri, Samarinda: Kasih Iftitah, Haiwan Teladan, Singgah Sahur, Jejak Rasul musim 14, As-Salam dan drama bersiri Ta’in 3T.

Shamsul@Bazaar yang dihoskan Shamsul Ghau-Ghau menemui penonton pada setiap Isnin jam 6 hingga 6.30 petang. Rancangan berunsur travelogue ini akan membawa penonton meninjau ke bazar Ramadan terpilih. Selain itu, program ini juga akan memaparkan artis tempatan yang mengambil kesempatan menjual dan membeli juadah berbuka puasa.

Drama Pertama Ramadan pula menemui penonton setiap Rabu & Khamis jam 11 pagi. Drama menarik ini dibintangi Zed Zaidi, Maisarah, Taqif, Sheila Mambo, Sharifah Sofia, Enot dan Shaharudin Thamby. Drama ini mengisahkan bagaimana Hakim terpaksa berhari raya sendirian bersama anak-anaknya setelah kematian isteri tersayang.

Lagenda Lara Rindu Mahsuri, drama bersiri sebanyak 12 episod ini pula menemui penonton setiap Isnin hingga Rabu pada jam 4.30 petang. Siri ini akan mengimbau lagenda Mahsuri tetapi dalam konteks zaman moden. Drama tragisnya ini mengisahkan Teh Halimah (Norish Karman) yang berkahwin dengan Farouk Abadi (Eman Manan) mempunyai seorang anak bernama Mustika (Sherry Ibrahim). Teh Halimah tidak disukai mentuanya dan dihalau keluar tanpa mengetahui dia sedang hamil anak kedua. Setelah lahir, bayinya dibawa pembantu Teh Halimah, Chu Zainab ke Langkawi. Anaknya itu dinamakan Mahsuri.

Slot Samarinda sebanyak 25 episod, Kasih Iftitah pula menemui penonton setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam. Mengisahkan pergolakan Azrai dan Rudi yang cuba menguasai syarikat Iftitah Berhad yang megah sebagai pembekal barangan halal. Malang sungguh pengurusan serta anak syarikatnya tidak mempraktikkan kemegahan di dalam urusan harian. Drama bersiri ini dibarisi Zed Zaidi, Zamarulhisham, Sharifah Haslinda, Julia Ziegler dan ramai lagi.

TV3 juga tidak melupakan penonton yang terdiri di kalangan kanak-kanak apabila menayangkan program Haiwan Teladan setiap Isnin hingga Jumaat jam 9.05 pagi. Program bersiri khusus untuk kanak-kanak ini menceritakan pelbagai kisah menarik dan teladan yang diadaptasi dari kisah haiwan.

Singgah Sahur yang memasuki tahun ke empat akan menemui penonton sekali lagi pada setiap Jumaat dan Sabtu jam 12.30 malam. Tahun ini bersama pengacara Ally Iskandar, Singgah Sahur akan menjelajah ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Terengganu.

Jejak Rasul 14 : Rihlah Battutah pula akan menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis jam 6 petang bersama hos Ahmad Noor Sulaiman. Siri ini memaparkan pengembaraan Islam kurun ke 14 yang cukup terkenal.

Norzie Pak Wan Chik pula akan membawa penonton menjelajah ke bumi Amerika Syarikat buat kali kedua dalam siri As Salam yang menemui penonton setiap Khamis jam 5.35 petang. Jika musim lepas fokus As Salam memaparkan kejayaan individu serta sumbangan mereka kepada masyarakat, kali ini pula Norzie akan memfokuskan kepada medium dakwah.

JS Pictures pula sekali lagi membawa penonton mengikuti liku liku hidup Ta’In dalam siri Ta’in 3T yang menemui penonton setiap Ahad jam 9 malam. Siri ini dibintangi Wahid Senario, Sheila Rusly, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

Sementara itu, penonton setia TV3 juga berpeluang pulang beraya secara percuma dengan menaiki bas yang ditaja TV3. Sebanyak 10 bas Transnasional menyediakan perkhidmatan ke destinasi di Johor Bahru, Kelantan, Terengganu, Alor Star dan Kuantan kepada 400 penonton bertuah dengan menyertai Kuiz Balik Beraya Bersama TV3.

Penonton hanya perlu menonton Malaysia Hari Ini setiap Isnin hingga Jumaat dan menjawab beberapa soalan mudah untuk memenangi empat tiket percuma pergi dan balik ke kampung halaman dengan membuat panggilan ke program MHI.

Read more!

Thursday, August 28, 2008

"Ampang Medikal" - Episode 1

www.ntv7.com.my/Shows/Watch-Episode1

Read more!

Yusry taruh harapan


www.hmetro.com.my
Oleh Mohd Nasif Badruddin

KEJAYAAN filem sulung terbitan KRU, Cicakman yang meraih kutipan filem tempatan tertinggi 2006 berjumlah RM6.7 juta menjadi sandaran buat trio adik-beradik tampil dengan sekual Cicakman 2 - Planet Hitam yang akan menjengah pawagam akhir tahun ini. Bagaimanapun pengarahnya, Yusry Abdul Halim tidak berani meletakkan harapan tinggi terhadap filem ini melihatkan keadaan semasa yang tidak menentu akibat kenaikan harga minyak sehingga menjejaskan kutipan filem antarabangsa.

"Susah nak cakap sebab situasi pasaran sekarang berubah-ubah. Sejak harga minyak naik, bukan saja harga barang turut naik, malah kutipan filem termasuk Hollywood pun terjejas.

"Memang saya menaruh harapan untuk filem ini mencapai kutipan pecah panggung. Tetapi saya perlu berpijak di bumi nyata dan mengakui keadaan pasaran sekarang.


"Biarlah sasaran yang diletakkan logik dan tidak terlalu tinggi," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman kerjasama antara KRU Studios dan Celcom (M) Bhd, baru-baru ini.

Kata pengarah muda itu lagi, filem yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak selama 35 hari akhir tahun lalu menjalani proses pasca produksi lebih tujuh bulan termasuk memasukkan teknik imej janaan komputer (CGI).

Katanya, hampir separuh filem itu menggunakan CGI membabitkan lebih 800 shot. Teknik berkenaan digunakan untuk menampilkan suasana berbeza dari segi landskap, pertarungan dan beberapa perkara lagi.

"Cicakman pertama lebih kepada eksperimen dan kami banyak menerima maklum balas serta komen membina. Dari situ, Cicakman 2 - Planet Hitam memperbetulkan kekurangan apabila kita menukar kostum, menambah aksi, dan mengurangkan komedi.

"Jalan ceritanya agak berat sedikit berbanding yang pertama kerana Cicakman kali ini mempunyai banyak tanggungjawab dan banyak musuh. Tetapi ia masih mengekalkan konsep aksi komedi," katanya.

Dari segi aksi lagak ngeri pula, ada yang dilakukan pelakon asal sendiri serta menggunakan khidmat pelagak ngeri dan membabitkan teknik CGI. Kata Yusry, ada pelakon seperti Saiful Apek yang sanggup melakukan sendiri aksi ngeri, tetapi terpaksa ditolak bimbang terjadi perkara yang tidak diingini.

Sepuluh lagu baru dicipta sebagai lagu tema dan dimuatkan dalam album runut bunyi Cicakman 2 - Planet Hitam antaranya Planet Hitam (Tyco), Dibius Cinta (Melly Goeslow dan Yusry KRU) serta Mau Yang Besar (Pianka).

Lagu Dibius Cinta menjadi lagu duet pertama Melly Goeslow bersama artis Malaysia. Kata Yusry, tidak sukar berkerjasama dengan Melly kerana dia begitu senang memberikan komitmen, malah turut memberi idea untuk pembikinan video klip yang menjalani penggambaran sehari di Jakarta, Indonesia.

Selain mengekalkan pelakon asal seperti Saiful Apek sebagai Cicakman/Hairi, Aznil Nawawi (Profesor Klon), Fasha Sandha (Tania), AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost), ia turut dibintangi muka baru seperti Sharifah Amani (Iman), Tamara Blaszenky (Rrama) dan Louisa Chong (Miss Cheef) selain beberapa penampilan khas daripada Linda Onn dan Julia Zieglar.

Sementara itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, berkata filem ini juga turut mendapat pengiktirafan rasmi di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-13 pada 2 hingga 10 Oktober ini melalui jemputan 'World Premier' bagi segmen Super Hero di rantau Asia.

"Filem yang akan mula menemui penonton di 60 pawagam tanah air pada 11 Disember ini akan diedarkan di empat negara apabila Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) akan mengedar untuk pasaran Malaysia dan Brunei, Cathay-Keris Films Pte Ltd (Singapura) dan PT Tripar Multi Vision Plus (Indonesia).

"Bagi mevariasikan koleksi peribadi, terdapat banyak produk Cicakman yang boleh diperoleh antaranya siri komik, barangan sekolah, buku warna dan novel. Paling terbaru, kini turut dipasarkan novel Rrama, watak baru yang diperkenalkan dalam Cicakman 2 - Planet Hitam," katanya.

Kerjasama antara KRU Studios dan Celcom terjalin selaras pakatan perniagaan lebih strategik bukan saja untuk promosi filem yang dinantikan tahun ini, tetapi juga pelbagai tawaran menarik bagi pelanggan Celcom.

Filem terbitan KRU Studios dengan kerjasama GBSB ini baru selesai proses pembikinan 'A Print' di Bangkok, Thailand dan mendapat kelulusan bersih Lembaga Penapisan Filem Malaysia untuk tontonan umum.

Naib Pengerusi Kanan Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy, berkata sebagai penaja utama, Celcom menawarkan kandungan mudah alih yang menarik kepada peminat antaranya nada dering monofonik, polifonik, logo operator, trailer dan banyak lagi berkaitan filem ini.

Read more!

"Qasidah Buat Laila" - Erma Fatimah

www.hmetro.com.my

‘Jumpa saya di mahkamah’
Oleh Nor Akmar Samudin

Bagaimanapun Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad ketika ditemui di majlis pelancaran lapan dramanya baru-baru itu, enggan memanjangkan perkara itu sebaliknya bersedia untuk bersemuka dengan lelaki yang mendakwa penjaga mereka di mahkamah.

Harian Metro difahamkan, penjaga kanak-kanak itu menghubungi Erma untuk menyatakan hasrat menyerahkan dua anaknya yang ketika itu berusia tiga dan empat tahun, kepada Rumah Anak Yatim Bakawali yang diasaskan Erma.

Namun, rumah anak yatim itu tidak menerima kanak-kanak di bawah tujuh tahun. Bagaimanapun, atas rasa simpati terhadap kanak-kanak itu Erma sempat menjaga mereka selama dua bulan sebelum menyerahkannya kepada kakak angkatnya.



Hanim dan Firdaus sempat berada di bawah jagaan kakak angkatnya itu hampir enam bulan. Atas sebab tertentu, mereka kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Perkara itu berlaku pada 2004 tetapi hanya baru-baru ini penjaga kepada dua kanak-kanak itu mendakwa Erma tidak amanah kerana menyerahkan mereka berdua kepada pihak lain. Dia juga mendakwa kanak-kanak itu tidak dijaga dengan sempurna.

“Saya tidak mahu komen mengenai perkara ini kerana tidak mahu memberi publisiti murahan kepada orang yang tidak bertanggungjawab.

“Untuk mengetahui kedudukan sebenar perkara itu, sila berjumpa saya di mahkamah. Sudah banyak kali dia mengugut hendak menghantar surat saman dan sebagainya tetapi selama sebulan menunggu, saya tidak dapat satu surat pun.

“Apabila ditanya mana surat itu, dia memberi pelbagai alasan. Oleh itu saya mohon peguam saya keluarkan surat kepadanya supaya dia tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan mengenai saya ataupun dia sendiri kepada media.

“Saya ingin mengingatkan lelaki itu jangan sesuka hati memberi kenyataan kepada sesiapa. Siapa yang bersalah dan siapa yang benar, biar undang-undang menentukannya. Saya tidak suka mengaibkan orang, jadi biar mahkamah yang putuskan perkara ini.

“Dalam hal ini saya kasihan kanak-kanak itu. Mereka sudah besar dan boleh berfikir mengenai masalah mereka,” katanya.

Pada hari itu, Erma melancarkan lapan dramanya, Aku Bukan Andalusia, Qasidah Buat Laila, Kau Mencipta Dosaku, Tetamu Allah, Nur Kasih Di Jabal Rahmah, Tasbih Cinta, Jangan dan Khalifah Di Bumi Allah. Semua drama itu diarahkan Erma dan diterbitkan Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd dan Teratak G2. Ia usaha Erma dengan rakannya, Nanee Suria.

Bagaimanapun, enam daripada drama itu belum siap sepenuhnya kerana ada beberapa babak yang perlu menjalani penggambaran di Makkah. Drama itu, Aku Bukan Andalusia, Qasidah Buat Laila, Kau Mencipta Dosaku, Tetamu Allah, Nur Kasih Di Jabal Rahmah dan Tasbih Cinta.

“Sudah dua kali mohon visa ziarah tetapi belum diluluskan sehingga kini. Mengikut jangkaan, tayangan semua drama itu pada Ramadan ini tetapi jika belum mendapat visa, terpaksalah ia ditayangkan pada Aidiladha pula.

“Itu pun tengok kepada keadaan. Terpaksalah saya bersabar dan reda dengan dugaan ini. Sementara menunggu visa diluluskan, terpaksalah saya ‘melepaskan’ artis yang terbabit dengan penggambaran di Makkah itu. Saya tidak boleh ‘ikat’ mereka lama kerana mereka juga ada komitment lain.

“Jika masalah visa selesai, saya akan menghubungi mereka semula,” katanya.

Antara artis yang terbabit dalam pembikinan lapan drama itu ialah Fahrin Ahmad, Ady Putra, Julia Ziegler, Datuk Rahim Razali, Siti Shahrizah, Norhafizah Sabudin, Ziana Zain, Umie Aida dan Norish Karman.

Read more!

Sunday, August 24, 2008

Anatomy of a medical series


http://star-ecentral.com
By SHAMALA VELU

Sunday August 24, 2008


A new local TV series aims to provide American-style quality with Malaysian-style flavour.

A LOCALLY produced medical drama that’s like the Emmy- and Golden Globes-winning Grey’s Anatomy? Could that actually happen?

Well, Ntv7 likes to think so. At a recent launch press conference, the channel’s new series, Ampang Medikal, was likened to Anatomy, with its producer saying it offers similar challenges, emotional setbacks, and predicaments doctors in the popular American drama have had to face.

In fact, just like Meredith Grey was at one stage on Anatomy, Ampang Medikal’s lead character, Dr Siti Ayeesah, is torn also between two lovers.

Rusdiana Rusdi, 23, (also known as Diana, currently host of Ntv7’s Whoa!) plays Dr Siti, a reserved woman who upholds traditional values. Yet, she finds herself attracted to two men, paediatrician Dr Jeffrey (played by Mohd Fazlie Abdul Rahim) and surgeon Dr Idris (Nasrizal Ngasri).

As if her complicated love life isn’t enough to contend with, Dr Siti is also going through one of the hardest periods in the journey towards becoming a doctor: the housemanship. Sharing her time at the Ampang Medikal hospital are colleagues Dr Melissa (Julia Ziegler), Sui Chen (Chelsia Ng), and Dr Rajesh (Jag Dave Singh).

‘Ampang Medikal’ premiered on Thursday. You can catch the show every week on that day at 8.30pm on Ntv7. To catch repeats on-line, go to ntv7.com.my.


Well, the elements do sound very similar those that comprise Anatomy, right down to the mixed bunch of people making up an ensemble cast.

But Ampang Medikal isn’t quite the complete clone of the American show, executive producer Keith Chong of Niche Films Sdn Bhd, maintains.

“The exciting thing is the fact that it is a local drama that upholds our own cultural values and beliefs. The show portrays diversity and aims to project the fact that, whatever race one is, one’s blood is still red.”

One reason medical dramas of all forms are so popular with viewers all over the world is that they strike a universal chord, as Chong points out: “All people get sick at some point, most go to hospitals to seek help at some point in their lives. Health problems are generally of interest to all people, no matter what background they come from.”

Apart from that, Chong, thinks the show also has all the ingredients of a great drama: “It has relationships issues, medical issues, concerned family members, death, of course, and many other intricate problems doctors have to deal with,” he says.

For instance, one of the episodes deals with an increasingly common situation in our society today, that of estranged generations: when Dr Siti delivers the bad news of a terminal diagnosis to a patient, she gets to know him better and discovers that he was once a famous, widely travelled photo-journalist who is now alone and estranged from his family.

Impressed by how kind and caring and cheerful the man remains in the face of his terminal illness, Dr Siti decides to find his son and reunite him with his dying father.

“There are some truly heart-rending moments that will leave you wanting more,” says Rusdiana, adding that the series has many interesting subplots such as the difficulties people living with HIV/AIDS face.

And, of course, heart-pounding emergency case scenarios are not left out. Those are particularly difficult for the actors, as they have to spit out all that medical jargon really quickly!

“It has not been easy learning the medical terms and jargon, but I get advise from friends in the medical profession when I need help,” Rusdiana smiles.

“The most difficult part is being serious and professional. Dr Siti is a totally different role from my hosting one, which requires me to be fresh and bubbly.” This has given her the opportunity to grow as an actress, she says.

As the show’s narrator, the young actress does carry a fair bit of weight on her shoulders. But she’s confident she’s up to the job of keeping viewers interested, especially with some help from the complex plotlines on the series and the ensemble acting it requires.

There’s the story arc revolving around Dr Manah (Nor Aliyah Lee), for instance, who is a respected and established cardiologist with great leadership qualities at the hospital but whose personal life is a total wreck. After discovering that her husband has been unfaithful, Dr Manah divorces him, then finds herself vulnerable to the charms of neurologist Dr Amir Shah Stephens (Azhar Sulaiman). What she doesn’t know is that Dr Amir has a dark secret....

And that, there, is exactly what this series is all about to Azhar: the chemistry between the characters.

“It’s what makes the show come alive,” says the actor who loves watching medical dramas.

He was excited when he first heard about Ampang Medikal and was eager to audition for a part: “It’s the first time I’m acting as a doctor and I find it very challenging,” he says, adding, like Rusdiana, that “The hard part is familiarising one’s self with the medical words and terms.”

He adds earnestly that, “It’s going to be a great show. It has really been a good experience for me.”

Interestingly, Azhar’s involvement in Ampang Medikal has sparked a new venture in his life: he recently set up a production house offering quality mock hospital equipment after realising there is a dire need for it in the local film industry.

“It is not easy to get permission to shoot in hospitals (Ampang Medikal managed to shoot some scenes in Assunta Hospital in Petaling Jaya but could do so only on weekends) and I realised that there is a need for such facilities,” the canny actor explains.

The production house – called, appropriately enough, Emergency Room – in Plaza Damas in Sri Hartamas, KL, even has a realistic-looking emergency room!

‘Ampang Medikal’ premiered on Thursday. You can catch the show every week on that day at 8.30pm on Ntv7. To catch repeats on-line, go to ntv7.com.my.

Read more!

Thursday, August 21, 2008

Kisah di sebalik Ampang Medikal

www.bharian.com.my

Mula bersiaran malam ini di ntv7 dengan menampilkan empat pelakon hebat


INFO: Ampang Medikal
- Disiarkan setiap hari Khamis, jam 8.30 hingga 9.30 malam hanya di saluran ntv7
- Terbitan bersama Primeworks Studios Sdn Bhd dan Niche Films.
- Untuk menonton semula episod yang telah ditayangkan, layari Catchup TV di www.ntv7.com.my

DRAMA bercorak siri perubatan atau medikal seperti Grey's Anatomy, Scrub, Chicago Hope dan ER (Emergency Rooms) dari produksi luar sering mencuri tumpuan penonton di Malaysia sehingga ada yang menjadikan siri itu sebagai mesti tonton.

Sebagai saluran penyiar, ntv7 tidak ketinggalan menyiarkan drama berjudul Ampang Medikal yang mula menemui penonton setia saluran itu mulai malam ini.

Pengarahnya, Keith Chong berkata drama seperti itu sedikit sebanyak memberi inspirasi kepadanya untuk membikin drama ini tetapi seboleh-bolehnya dia tidak mahu terus-terusan dibayangi drama luar itu sebaliknya diperhebatkan dengan kandungan tempatan dengan menampilkan wajah, budaya dan rencah tempatan.

Drama terbitan bersama Primeworks Studio dan Niche Films ini mengambil durasi masa selama empat bulan untuk disiapkan bermula sejak 5 Mei dan berlanjutan hingga 15 September ini.

Kata Keith lagi, penulis skrip drama arahannya sudah membuat penyelidikan termasuk mendapatkan perunding yang pakar dalam soal perubatan dan bidang kedoktoran.

Ia menampilkan nama hebat seperti Azhar Sulaiman, Nur Aliah Lee (Vee), Ngasrizal Ngasri, Julia Ziegler dan beberapa nama baru termasuk pengacara Whoa! di ntv7 iaitu Rusdiana Ramli.

Hip menyingkap kisah Rusdiana Ramli, Azhar Sulaiman, Vee dan Julia Ziegler ketika sidang media drama ini dijalankan baru-baru ini.

Gembira dapat watak Dr Siti

AMPANG Medikal menjadi drama sulung yang menampilkan Rusdiana Rusdi atau Diana, 23, sebagai antara watak penting. Rusdiana masih mengacarakan program Whoa! bersama Hafiz di ntv7. Dia pernah mendapat naib juara dalam pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang dan aktif membabitkan diri dalam iklan komersial seperti Hotlink, Mobile Wallet dan Malaysian Dream Girls.

Kata Rusdiana, sejak usia sembilan tahun lagi, dia sudah mula menjadi model iklan. Dunia lakonan baginya menjadi satu bidang loncatan demi merealisasikan cita-citanya mahu bergelar Pegawai Perhubungan Awam (PRO). Pengalaman menjadi Dr Siti dalam drama Ampang Medikal memberi satu ruang untuk terus melebarkan bakatnya.

"Sebelum ini saya pernah berlakon beberapa buah drama termasuk Kasih Suci tapi semuanya sekadar pelakon pembantu dan ekstra. Dalam drama Ampang Medikal saya dapat merasai pengalaman menjadi doktor. Tak dapat jadi doktor betul-betul, berlakon jadi doktor pun kira oklah. Saya masih baru dan hijau dalam dunia ini, harapnya kehadiran saya akan disedari dan saya ingin berkongsi sedikit bakat yang ada," kata anak bongsu daripada empat beradik yang berkelulusan diploma pengiklanan.

Niche Film milik kakak Julia

BIARPUN sibuk dengan komitmen beberapa kerja dalam satu masa, Julia Ziegler, 24, akan cuba sebaik mungkin memastikan aturan jadualnya. Selain sibuk dengan drama Ampang Medikal, Julia juga terbabit menjalani penggambaran Kasih Iftitah menghiasi slot Samarinda, TV3 menjelang Ramadan ini.

Syarikat Niche Film yang menjadi penerbit bersama drama Ampang Medikal ialah produksi milik kakaknya, Linda Ziegler. Keterujaannya menonton drama seperti Scrub dan Grey's Anatomy semakin memuncak apabila mula ditawarkan watak Dr Melissa oleh kakaknya sendiri. Aktres dan model yang pernah digosipkan dengan Pierre Andre ini kini mengaku masih solo.

"Saya yang mula memperkenalkan Linda ke dalam beberapa produksi dan alhamdulillah semakin hari, dia mula mendapat tempat membikin drama dan telefilem. Untuk drama ini, saya percaya kepada cita rasa Linda dan pengarah.

"Mengenai soal cinta, saya seboleh-bolehnya tidak mahu terjebak dengan sebarang perhubungan lagi. Saya sedang membaikpulih hati yang pernah retak rentetan cinta sebelum ini. Saya tidak mahu hati saya yang sudah kecewa, kembali retak. Kalau saya mahu bercinta sekalipun, biarlah saya mulakan dengan hati yang baru," kata Julia yang sudah pun selesai menjalani penggambaran filem Teman Selamanya yang turut menampilkan Pierre Andre.

Tak pernah tonton drama medikal

JIKA sesetengah pelakon menjadikan drama atau genre filem berkaitan sebagai rujukan untuk berlakon, ternyata tidak bagi Nur Aliah Lee (Vee). Biarpun pertama kali diberi peranan sebagai Dr Maznah, Vee sama sekali tidak menonton drama atau filem mengenai bidang perubatan atas alasan tertentu. Anaknya Putera Muhamad Ameen juga diundang berlakon sebagai Daniel menjadi anak kepada Dr Maznah.

Bekas isteri kepada Aziz M Osman ini masih berhubungan baik dengan pengarah tersohor itu. Terkini Vee mengakui, yang dia ada berkawan rapat dengan seorang lelaki lebih kurang setahun lalu.

"Saya tidak menonton apa-apa drama atau filem yang menjurus kepada genre yang sama dengan Ampang Medikal kerana saya bimbang akan terikut-ikut dengan watak yang sedia ada," kata Vee.

Klinik khas untuk penggambaran

GARA-gara mula terbabit dengan drama Ampang Medikal, percaya atau tidak, pelakon kacak, Azhar Sulaiman, 38, sudah pun membuka klinik.

Dalam sibuk berlakon dan bekerja sepenuh masa sebagai arkitek di syarikat Design Nexus Architect, Azhar masih mampu menguruskan klinik yang dibukanya sejak sebulan lalu. Klinik itu diberi nama Emergency Rooms di Plaza Damas.

Sudah berlakon pelbagai watak, menjadi Dr Amir Shah Stephens buat pertama kalinya juga menjadi momen indah dalam hidup suami kepada Chempaka Emalin ini.

"Sebenarnya saya buka klinik itu untuk tujuan penggambaran bagi mana-mana produksi yang berminat. Ia ada set atau studio khas yang boleh digunakan untuk drama atau filem yang membabitkan babak atau suasana di pusat perubatan.

"Klinik dengan keluasan 1200 kaki persegi ini dimuatkan dengan ruang menunggu, bilik doktor, wad, kaunter pertanyaan dan beberapa lagi ruang berkaitan. Alhamdulillah perniagaan 'klinik' saya ini semakin mendapat sambutan. Saya hanya mengenakan caj RM400 sehari.

"Sebagai arkitek, saya masih sibuk dengan beberapa projek termasuk projek kerajaan. Saya akan merekacipta ruang bagi fakulti kejuruteraan elektrik di UiTM, Skudai, Johor tidak lama lagi. Sesibuk manapun, saya akan pastikan ada masa untuk keluarga (isteri dan anak-anak)," demikian ungkap Azhar Sulaiman yang sudah 13 tahun bahagia mengecapi kehidupan berumahtangga termasuk dengan kehadiran Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.

Azhar juga akan memulakan projek sulungnya bersama TV3 untuk menerbitkan telefilem sempena Aidilfitri nanti berjudul Potret Aidilfitri dijangka sudah memulakan penggambaran pada 20 Ogos lalu.

Read more!